Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah
Powered By Blogger

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Friday, March 26, 2010

Mr & Mrs BFF 16

Orang ramai sudah berbaris panjang mahu meninggalkan perut kapal. Amishah capai beg tangan di tepi kerusi. Ditolehnya pada Khusyairi yang masih duduk tegak, tanpa ada tanda-tanda mahu bangun.
“Ri, tak nak keluar ke?.”
Lelaki itu tidak memberi reaksi apa-apa. Orang ramai yang lalu-lalang di sisinya juga tidak dipedulikan.
“Kenapa ni, Ri?.” Amishah duduk semula. Bila Khusyairi membisu begitu, pasti ada sesuatu yang sedang menyakitkan hatinya. Bahu lelaki berbaju kemeja hitam itu diusapnya perlahan.
“Ri, jom keluarlah ya. Pramugari tu dah signal suruh keluar.”
Khusyairi mengeluh lemah. Apabila tangan Amishah mula mencapai kotak makanannya yang belum bersentuh, dia cepat-cepat menahan.
“Nak makan ke?.”
“Temankan aku makan sekarang kalau kau nak aku keluar dari kapal ni.” Arahnya dengan riak selamba sedang Amishah sudah terkebil-kebil.
Dia boleh saja menolak dan membiarkan Khusyairi terus duduk di dalam perut kapal ini. Biar sampai dia dihalau oleh kapten kapal. Tetapi seperti selalu, dia tetap akur. Dia tidak kisah terpaksa menjadi seperti emak kepada Khusyairi malah melayannya adalah perkara paling membahagiakan.
Dalam hati, dia senyum sendiri. Kotak makanan Khusyairi dibuka. Sudu dan garfu dihulur.
“Okey, jom makan.”
“Sayang, kita kongsi ya. Kau makan separuh, aku makan separuh. Kau makan dulu.”



“Aku betul-betul harap aku boleh apply cuti, shah. Tapi kompeni kedekut sangat. Kata kalau aku tak kerja sehari, kompeni boleh bankrap.” Omelnya sambil menyua kek kukus pandan buatan Amishah ke mulut.
Salah satu sebab yang buat dia sayang betul pada Amishah ialah kelebihannya yang pandai memasak. Suruhlah masak apa saja, dia akan sediakan. Kalah emaknya sendiri.
“It’s okay. Kalau kau kerja dengan aku pun, aku tak bagi cuti lama-lama.”
“Tak adalah. Kalau aku cuti, boleh juga aku temankan kau dekat rumah ni. Atau bawa kau jalan-jalan.”
Temankan di rumah? Amishah telan liur sendiri. Macamlah Khusyairi jujur dengan apa yang dia cakap. Habis tu, girlfriend yang satu lagi tu? Tak rindu ke?
“Aku okey. Kau teruskan aje kerja kau. Yang penting, jam 5 nanti kau balik. Jangan lupakan aku terus, sudah.”
Kata-kata Amishah mengundang ketawa kuat Khusyairi. Mana boleh dia lupa wanita kurus lampai ini? Sesaat pun sukar untuk dia lupa.
“Shah, kalau boleh, jam 12 ni pun aku nak balik.” Ujarnya dengan senyuman. Kalaulah Amishah ambil serius setiap kata-katanya...
Ikatan tali leher Khusyairi dikemaskan Amishah. “Nak balik lunch ke?.”
“Kau nak ke masak untuk aku?.”
“Ri, aku sentiasa sanggup buat apa saja untuk kau tau! Jangan kau lupakan tu.”
“Apa-apa pun yang aku minta?.” Keningnya sengaja diangkat. Khusyairi sudah mula senyum nakal.
Amishah angguk yakin. Selagi dia mampu, apa pun permintaan Khusyairi dia akan tunaikan. Lelaki ini memang menyenangkan hatinya. Walau kadang-kadang dia nampak manja keterlaluan, Amishah sendiri tidak kisah.
“Whatever you want, Ri.”
“Err...kalau aku minta...”
Keningnya dijungkit tinggi. “Nak minta apa? Masakkan sayur kangkung? Atau kebab ayam? Ke ikan kukus?.”
“Ermm...”
“Ish, kalau dah susah sangat nak cakap, sms lah aku nanti. Sekarang kau geraklah. Nanti jam, susah kau nak sampai office before 9 o’clock.”
Khusyairi ketawa perlahan dengan apa yang akan dia katakan nanti pada Amishah. Biar gadis ini terbeliak mata. Tapi tak boleh marah sebab dia akan bawa sekali kunci rumah ke pejabat. Jangan biar pisang berbuah dua kali! Jangan sampai si dia lari sekali lagi!


Bosan. Itu yang dia rasakan sejak Khusyairi meninggalkan rumah dua jam lepas. Sekarang sudah pun pukul sepuluh. Dia sendiri tidak tahu hendak berbuat apa lagi. Menonton TV, tiada apa yang menarik pun. Kebetulan laptop nya pula ditinggalkan di rumah.
Perlahan langkahnya diatur ke arah bilik tidur di hadapan biliknya. Dia mencuba nasib memutar tombol.
“Ek, tak kunci?.”
Dengan lafaz salam, Amishah melangkah masuk. Ruang bilik bercat merah itu nampak terlalu bersepah dengan sehelai baju t-shirt tersadai di atas katil, baju-baju kemeja dilonggokkan di dalam bakul pakaian dan stokin yang pastinya sudah digunakan bersepah di bawah katil.
Spontan jarinya mengepit hidung. Sibuk sangatkah Khusyairi sampai tak sempat nak mengemas bilik sendiri?
Dalam berkira-kira mahu keluar itulah telefon bimbitnya berdering kuat dari arah biliknya. Kelam-kabut dia berlari anak. Mana tahu abah atau emaknya yang menelefon.
“Assalamualaikum. Hello, Cikgu.” Suara parau lembut itu menyentakkannya seketika. Bukan Haji Rusdi. Atau Amri. Atau Nikman.
“Err...waalaikumsalam. Boleh saya tahu dengan siapa saya bercakap ni?.”
Suara itu kedengaran lagi selepas dia ketawa kecil. “Baru berapa hari cuti sekolah, takkan dah tak kenal suara saya kot, cikgu?.”
“Erm..sorrylah tapi memang saya dah lupa. Apa kata awak cakap aje siapa awak. Mungkin saya boleh ingat balik?.”
“Harap-harapnya masih ingatlah ya.”
Ah, Amishah ketap bibir. “Kalau awak tak cakap, macam mana awak nak tahu saya masih ingat ke tidak.”
“Okeylah. Ilyas ni. Ingat lagi?.”
Ilyas? Sekejapan dia sudah terkedu. Kepalanya digaru perlahan. Ilyas? Dari mana pula lelaki ini dapat nombor telefon aku? Dan apa yang dia nak dari aku waktu-waktu cuti macam ni? Jie pun tak pernah call waktu cuti.
“Ilyas? Cikgu Ilyas ke?.” Soalnya lagi walau dia tahu, memang hanya ada seorang Ilyas yang dia kenali.
“Alhamdulillah, ingat juga awak kat saya ya.” Dan nada kelegaan itu semakin menambah debarnya pula. Amishah memandang kosong pada almari kayu di depannya yang masih kosong. Sekosong fikiran dan hatinya mendengar suara lelaki itu.
“Apa tak ingat pula,cikgu. Rakan sekerja. Takkan lah boleh lupa pula.”
Ilyas mengekeh ketawa. “Manalah tahu. Kot kot cuti ni boleh terlupa. Maklumlah, dengar-dengarnya ada orang meredah laut china selatan cuti ni.”
“Redah laut china selatan? Siapa?.”
“Tak usahlah pura-pura pula, cikgu.”
Amishah melopong sendiri. Aku ke yang dia maksudkan? Meredah laut china selatan? Oh, maknanya ke Sabah! Beberapa ketika kemudian barulah senyuman terukir di bibirnya.
“Oh, cikgu maksudkan saya ke? Lah, siapa cakap saya meredah laut china selatan pula ni, cikgu?.” Dalihnya dengan gelak perlahan. Dalam hati, dia sudah dapat menjangka mulut siapa yang membawa khabar ini sampai ke telinga Ilyas.
“Tak penting siapa yang cakap. Cuma betullah cikgu meredah laut china selatan ya? Masih di Sabah ke?.”
“Macam mana pula cikgu boleh sangka saya ada dekat Sabah sekarang ni ya?.”
“Alah, cikgu.” Kemudian kedengaran pula suaranya ketawa halus. Tepat menampar ke gegendang telinga. “Tak usahlah bermain tarik tali pula. Sebenarnya kalau cikgu betul-betul ada di sana sekarang, saya ni nak minta tolong sesuatu.”
“Minta tolong? Apa tu?.”
“Tolong belikan mak saya gelang mutiara seutas, cikgu? Dia dah lama teringin tapi saya tak ada pula kesempatan nak ke sana. Jadi kalau boleh...”
Lah....gelang?
“Oh, nak gelang mutiara ke? Boleh tu. Insyaallah boleh saya belikan. Nak satu aje ke?.” Amishah terus teruja tanpa sedar sudah membenarkan dakwaan dia sememangnya berada di Sabah saat ini.


p/s : salam alaik...korang, ini new n3 just untuk korang..cikgu ni busy memanjang aje..kadang2 rasa x larat pun ada.esok cikgu akan diselia sekali lagi setelah tadi cikgu berpeluh ketiak diselia..susah jadi cikgu..cikgu harap korang yang masih doing business dgn cikgu korang tu, hormatlah diorang ye..huhu..kalaulah...and 1 more thing, esok cikgu balik kampung sebab my sis yg pregnant keguguran sampai masuk wad..nak melawat dia..tunggu cikgu balik ya..

2 comments:

cakap aje..saya layan..

Popular Posts