Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Sunday, February 16, 2014

Jangan Curi Hatiku 8

8


“Morning, encik.”
Beg sandang diturunkan ke atas meja. Beberapa keping surat di atas meja dibelek satu-persatu. Dengan fail macam-macam. Ini baru seminggu cuti. Kalau lama-lama, agaknya boleh penuh satu bilik ni dengan macam-macam benda.
“Encik nak kopi macam biasa?.”
“Hurmm..”
Walaupun lelaki berkot hitam di depannya langsung tak memberi respon positif, Hanna senyum juga. Tangkas dia bergerak meninggalkan Badri menuju ke pantry. Dalam keadaan sekarang ni, tak berani dia nak bertanya lebih-lebih.
Karang tak pasal-pasal ada pula yang merasa pelempang sulung Badri. Bukannya orang tak tahu. Semua orang dekat ofis ni dah dengar cerita Badri kehilangan isteri di malam perkahwinan sendiri.
“Buat apa tu?.”
Hanna kerling Aliya di muka pintu. Mug kosong di tangan segera diisi dengan serbuk kopi Arabica kesukaan Badri. “Buat kopilah.”
“Oh, Encik Bad dah masuk ofis!.”
“Baru aje dia sampai. Duduk pun belum lagi.” Badri tu memang macam tu. Dia datang kerja sebelum pukul 8 walaupun ofis mula beroperasi sejam kemudian. Disebabkan takut malu, nak tak nak terpaksalah dia datang lebih awal daripada Badri.
Melihat kerja-kerja Hanna masih belum selesai, Aliya bergerak mendekat. Hanna PA Badri. Dah tentu-tentu banyak benda yang Hanna tahu berbanding dia.
“Kau tengok, dia macam mana?.” Bisiknya sambil sesekali mata mengerling ke arah pintu. Risau juga kalau Badri terdengar.
“Macam mana apa?.”
“Iyelah. Lepas kes malam tu, dia nampak macam mana? Okey ke? Muram ke? Garang ke?.”
Sengih kecil Hanna memandang Aliya. Suka sangat menyibuk hal oranglah budak secretary seorang ni. “Dia nampak biasa aje. Tak ada perubahan pun.”
“Really? Dia tak sedih ke?.”
“Manalah aku nak tahu dia sedih ke tidak. Kau ni pun. Takkan dia nak cerita dengan aku hal peribadi dia.” Aliya ni lah, kan. Dia nak tanya Badri tu banyak-banyak soalan pun macam tak berani, inikan pula nak tanya keadaan dia sekarang. “Lagipun, Liya. Cuba kau letak diri kau dalam keadaan dia. Kau tak sedih ke kalau husband kau lari waktu malam perkahwinan kau? Mestilah dia sedih.”
Kalau difikirkan logik, tak tahu apa lagi yang isteri Badri tu tak mahu sangat dengan Badri. Lelaki hebat macam Badri tu, tak sempat petik jari, berduyun perempuan datang nak menawarkan diri jadi isteri.
Kalau dah tak nak sangat, kenapa tak lari sebelum majlis akad nikah?
“Tak ada perasaan sungguhlah perempuan tu.”
Laju Aliya mengangguk. Setuju. Perempuan macam tu memang patut diajar. Dah tahu tak suka, patut tak payahlah terima pinangan Badri. Ini dah siap nikah bagai, resepsi pun bukan main gah buat kat hotel, alih-alih dia lari pula.
“Kesian, Encik Bad. Tak pasal-pasal kena tinggal.”
“Itulah pasal. Patut kalau tak nak, tarik dirilah awal-awal. Boleh aku jadi pengganti ke apa.” Selamba dia menuturkan sambil tangan sibuk mencapai sebiji mug di dalam kabinet. Awal-awal pagi macam ni, rasa lapar pula bila terhidu bau kopi.
Bulat matanya dengan tangan mencekak pinggang. Pinggang Aliya disiku dengan sebelah tangan. “Ewah..ewah..ada hati juga kau rupanya dengan Encik Bad ya, Liya. Tapi tak payah nak mimpi lebih-lebihlah. Dia dah jadi suami orang.”
“Eh, siapa tak nakkan lelaki macam Encik Bad tu! Lelaki yang datang dengan full package kut. Kau tak nak?.”
Hanna geleng lekas. Walaupun Badri tu lelaki idaman semua orang, termasuk dia sendiri tapi nak berangan dapat jadi isteri lelaki tu memang tak pernah dia buat.
Dia sedar diri. Jangan kata dia yang biasa-biasa aje, tu Cik Balkis yang lawa, ayu, bijak, anak orang kaya-raya tu pun sampai sekarang Badri tak pandang.
“Kalau dah namanya suami orang, baik kau lupakan ajelah impian kau tu, Liya. Kau tak ingat wife dia hari tu? Lawa tau.” Walaupun dia tak adalah nampak jelas sangat muka isteri Badri tu tapi dari jauh dia boleh nampak, perempuan tu memang cantik bergaya.

Wife? Kalau dah lari tu, bukan wife lagilah namanya, cik Hanna oi.”

Saturday, February 15, 2014

3 Hari Tanpa Elektrik


Inilah kisahnya. Banjirrrrrr yg sangat dahsyat. Tak dengar pun? Haih, as always, apa2 yg jadi dekat Sabah ni memang jaaaarang dapat liputan media, cetak atau elektronik. Entahlah kenapa. Wondering sungguh eh?


Jalan ni jalan saya nak kena lalu pergi sekolah. Ni selepas jambatan. Hari khamis tu, saya lewat pergi sekolah atas sebab tak dapat dielak. Waktu lalu satu simpang, saya dah nampak jalan kat simpang tu orang dah guna perahu. Dalam hati kata kesiannya. 
Sampai kat sekolah, GB sangka saya turun lewat sebab takut nak lalu air dah naik. GB, bukan tu sebabnya. Hehe. Kita orang tak sempat duduk pun dalam staff room, kawan kepada GB dah call suruh kita semua yg dari pekan ni cepat-cepat keluar. Tutup sekolah sebab air dah mula naik. Waktu tu baru jam 7.45 lebih kurang. Saya sampai sekolah 7.35. 
Kita orang pun tergesa-gesalah buat perhimpunan tergempar. Panggil the children dan taklimatkan sikit suruh terus balik rumah. Then kami pun bergegaslah tinggalkan sekolah. Unfortunately, sampai satu area, jalan dah jammed sungguh. Kami terpaksa tunggu turn nak lalu jalan yang dah dinaiki air. Kami ingat parasnya tak tinggi mana. Rupanya dah tinggi dan arus pun deras.
Well, untuk si Proton Saga saya tu, memang beratus kali fikir nak bagi dia berenang masuk air. Kawan yg guna Exora, selamat dah dia berenangkan Exora baru dia tu sebab dia lelaki.Hehe. Berani jer nak lalu . Then hampir 3 jam kita orang tunggu (tunggu sebab kawan2 senior ni kata, biasanya cepat surut), at last buat keputusan pusing semula pergi tumpang park kereta kat rumah kawan. Tak ada pilihan lain dah. Mujurlah kawan yang tumpang kereta saya tu, husband dia kerja dengan JKM so husband dialah yang usaha carikan kereta nak jemput kami berdua yang terperangkap tak dapat balik pekan ni.
Alhamdulillah, dia datang selepas sejam lebih dengan kereta Off-road yang tinggi tu. Imagine, kereta macam tu pun boleh masuk air waktu kita orang lalu dalam air. Masyaallah, naik pening kepala saya sebaik saja turun dari kereta tu. Tapi big thanks to husband kawan ni dan team kebajikan. 

Ini pula, jalan belakang rumah saya. Siap guna bot lagi orang2 kampung tu. Simpang yang ada tanda biru tu menuju ke balai polis.
Bila dah lalui semua ni, saya terfikir juga, kenapalah pihak media selalu berat sebelah? Jangankan bantuan, liputan pun kami tak dapat, bak kata seseorang. Memang betullah. Kami pun banjir juga. Ada certain kawasan, sampai nak tenggelam habis rumah dia orang. Sepatutnya janganlah amalkan lagi lepas ni. 




Gambar 4 keping ni pula gambar banjir dekat Beaufort, my lovely hometown yang akan sentiasa menerima limpahan air banjir dari Tenom, tempat saya bertugas. Kalau Tenom banjir, for sure Beaufort akan banjir juga. Mudah-mudahan cepatlah surut. 



Sunday, February 9, 2014

Jangan Curi Hatiku 7

7


Pertama kali dia masuk ke rumah teres ini, empat hari lepas untuk menjalani upacara akad nikah. Tak sangka pula, kali ini dia masuk untuk kali kedua, tapi sebagai seseorang yang tak pasti dengan status sendiri.
Nak dikata menantu, orang yang menjadikan dia bergelar menantu tu dah melarikan diri entah ke mana yang dia takkan cari walau sekali pun.
Nak dikata tetamu, dia dah lafazkan akad nikah dengan anak tuan punya rumah ni.
Selesai saja Kak Habsah mengemaskan segala macam keperluan asas Puan Aisya ke dalam sebuah beg pakaian, wanita berdua itu segera dibawa menuju ke Taman Wawasan. Rumah teres milik keluarga Ikmal yang disewanya itu sudah siap berkemas dengan segala macam perabot.
Jadi Kak Habsah tak perlu nak bersusah-payah mengemas lagi. Tugasnya selepas ini cuma memastikan kebajikan Puan Aisya terjaga dengan sempurna. Itu saja.
Kerusi roda yang diduduki Puan Aisya ditolak perlahan-lahan ke ruang tamu. Puan Aisya masih dengan kebisuannya, langsung tak beriak dibawa ke mana sekali pun.
“Encik Bad, pakaian Puan Aisya ni nak letak di mana?.”
“Oh, letak aje dulu! Nanti-nanti Kak Habsah tolong bawa naik atas, simpan dalam bilik mak.”
Tadi selepas dia singgahkan Bazli di kondo, barulah dia ke rumah Kak Habsah. Menjemput bekas pekerjanya yang baik hati dan lemah-lembut ini untuk dijadikan teman Puan Aisya. Itu pun memang rezeki dialah dapat pujuk Kak Habsah.
Rupa-rupanya sebelum ni Kak Habsah tengah bercadang nak ikut saja anak bongsunya yang buat bisnes dekat Kelantan nun sebab dia sunyi duduk seorang diri di sini.
“Kak Habsah.” Badri memanggil sebaik saja ternampak kelibat Kak Habsah menuruni anak tangga.
“Ya, encik?.”
“Ni, saya tinggalkan mak dengan Kak Habsah ya. Saya keluar belikan barang dapur sekejap. Ada apa-apa Kak Habsah nak kirim ke? Saya belikan.” Ramah dia menawarkan bantuan.
Dia tak periksa pun dekat dapur tu ada bahan basah atau kering lagi ke tidak kerana kata Ikmal, adik lelakinya baru saja mengosongkan rumah ini dan adik lelaki Ikmal tu jenis yang rajin memasak sendiri di rumah.
Kak Habsah menggeleng laju. Dia dah siap-siap beli barang keperluan peribadinya dengan Hasurah yang datang nak mengajak dia tinggal bersama di Kelantan minggu lepas.
“Kak Habsah tak ada apa nak beli dah, encik.”
“Betul tak ada?.”
Senyum kecil Kak Habsah ditanya begitu. Tegas-tegas Badri sewaktu di pejabat dulu, dia tahu sifat prihatin dan pemurah majikannya yang seorang ni. Badri memang tak suka berkira dengan sesiapa pun.
“Insyaallah tak ada apa lagi yang kurang setakat ni, encik.” Yakin dia menjawab.
Badri angguk puas hati. Selepas mengucap salam, langkahnya dibawa menuju ke arah Honda Odyssey yang diletak di depan pintu utama. Sengaja dia bawa kereta lebih besar untuk menjemput Puan Aisya tadi supaya senang nak membawa Puan Aisya keluar dari kereta walaupun dia tak selesa nak mengguna kereta begitu.





“Lamanya hantar dia.”
Niat hendak melangkah naik ke bilik terhenti di depan tangga. Melihat Datin Asma duduk berpeluk tubuh di sofa, Badri halakan langkah kaki ke arah mamanya.
“Bad belikan barang-barang sikit untuk mak.” Marah-marah pun, benci-benci pun, dia masih ada rasa kesian dengan Puan Aisya yang dah disahkan lumpuh separuh badan tu. Tak sampai hati pula tinggalkan saja Puan Aisya duduk seorang di rumah.
“Belikan barang?.”
Dia angguk. Punggung dibawa duduk ke sofa sambil kepala terus direbahkan ke belakang. Penat. Jiwa dan raga.
“Bad tak payah nak susahkan diri jaga orang tua tu, Bad. Kita dah tak ada kaitan dengan dia lagi.”
“Ma?.”
Dengus kasar Datin Asma dipandang dengan mata masih separuh terpejam. Hari tu, bukan main mamanya memaksa dia kahwin dengan anak Puan Aisya tu. Alih-alih dah jadi begini, dia disuruh jangan pedulikan Puan Aisya pula.
“Mama nak, Bad cepat-cepat uruskan permohonan cerai korang. Bad ceraikan aje perempuan tak senonoh tu.”
“Bukan dia anak orang baik-baik ke, ma? Bukan anak ustazah?.” Sarkastik Badri membalas.
Terherot bibir Datin Asma disindir anak sendiri. Tahulah, memang salah dia sebab memandai-mandai memaksa Badri menikah dengan Auni Zara. Iyelah, dia cuma kenal Auni Zara tu sebagai anak bekas guru mengajinya. Haruslah dia fikir yang baik-baik sebab Puan Aisya tu baik budi-pekerti.
Tapi dah Allah swt nak beri ujian. Nak buat macam mana.
“Mama tahulah salah mama. Tapi sekarang ni, mama nak Bad cepat-cepat ceraikan dia. Tak ada faedah simpan isteri tak guna macam tu. Buat tambah dosa Bad aje.” Cemuhnya dengan dada meluap marah.
Kalau dia tahu Puan Aisya tak pandai didik anak dara sendiri dengan agama, beri percuma pun dia tak nak terima Auni Zara tu jadi menantu.
“Bad!.”
“Hurmm.”
“Dengar tak apa mama cakap ni? Bad jangan lambat-lambat. Karang benda lain pula yang jadi.” Mana tahu perempuan tu tiba-tiba datang dengan air mata tak berhenti mengalir pada Badri minta simpati?
Kan?
Manalah tahu.

Jadi sebelum benda luar alam begitu berlaku, eloklah Badri cepat-cepat ke pejabat agama dan uruskan perceraian dengan Auni Zara, perempuan yang dia takkan maafkan sampai bila-bila sebab dah memalukan keluarganya dan Badri Afif.





#Sekadar iklan. Sesiapa yang berminat nak beli novel kedua saya, Susun Silang Kata, boleh PM saya kat FB Pen Patah atau boleh tinggalkan komen kat bawah. Saya beri free postage dan harga lebih murah. Kalau nak, boleh juga saya turunkan sign tak berapa nak cantik saya kat situ. ^-^

Thursday, February 6, 2014

Jangan Curi Hatiku 6

6


Wanita di atas kerusi roda itu dipandang tanpa perasaan. Selepas apa yang berlaku, Badri sendiri dah tak tahu nak mentafsir apa yang ada dalam hatinya terhadap Puan Aisya.
Bazli di sebelah diam tak berkutik. Dah tiga hari Bazli dan Datin Asma sanggup menemankan dia di sini tapi hari ini bila Puan Aisya dibenarkan keluar hospital, mamanya berkeras tak mahu ikut menjemput.
“Nak bawa ke mana ni, long?.” Soal Bazli setelah kereta mula bergerak meninggalkan perkarangan Gleneagles.
“Entah.”
Dari cermin pandang belakang, riak senyap membisu Puan Aisya jelas di mata. Sejak dari Puan Aisya jatuh pengsan di majlis resepsinya dulu, belum sekali pun dia mendengar suara ibu mentuanya.
“Dah tu? Nak bawa balik rumah along?.”
Senyum sinis Badri. “Nak bawa ke rumah? Ingat mama setuju ke? Karang mama pula yang pengsan.”
“Takkan nak suruh duduk seorang kat rumah mak cik kut? Siapa nak temankan?.” Dah anak tunggal dia yang entah apa-apa tu lari senyap-senyap, siapa lagi yang Puan Aisya ada? “Atau family lain ke? Adik-beradik mak cik?.”
“Manalah along kenal. Tapi kalau betullah sedara-mara mak ambil berat, patut lepas dah tahu kes kat hotel hari tu, dah berduyun datang melawat. Tapi haram. Seorang pun tak nampak muka.”
Memang pelik juga.
Tiga hari Puan Aisya ni kena tahan dalam wad, memang tak pernah ada seorang pun saudara-maranya yang datang menjenguk. Padahal waktu majlis nikah dan resepsi dulu, penuh saja meja yang dah khusus untuk keluarga belah pengantin perempuan.
Ke memang spesis keluarga Auni Zara memang macam ni? Spesis entah apa-apa? Badri senyum sinis tak berhenti sambil sesekali menjeling Puan Aisya di belakang. Dia dah dapat idea. Puan Aisya takkan dihantar tinggal di rumah lamanya lagi.
“So?.” Bazli kerling Badri yang cekap memusing stereng memasuki laluan menuju ke Bangsar.
Sekali lagi, dia sekadar angkat bahu. Masih keliru. Nak bawa pulang ke kondo, memang taklah. Mahunya mengamuk Datin Asma nanti.
“Tinggal kat hotel, okey tak?.”
“Hish! Mengarut.”
“Mengarut apa benda pula, long? Betullah.” Dah tak ada orang yang sudi nak claim Puan Aisya, nak buat macam mana? Daripada hantar ke rumah kebajikan atau orang tua, lagilah haru jadinya.
Laju Badri menggeleng. Cadangan tak masuk akal langsung. Macamlah dekat hotel tu nanti ada bibik yang boleh…eh, kejap…bibik?
iPhone di atas dashboard segera dicapai. Dia rasa dia dah dapat idea macam mana nak uruskan Puan Aisya. “Kau cari nombor Ikmal kejap. Mesej kat dia, along nak nombor telefon Kak Habsah. Urgent.”
“Siapa Kak Habsah?.”
“Alah…bekas tea lady merangkap cleaner kat ofis dulu.” Kak Habsah pun dah tak jaga suaminya yang sakit dulu tu. Baru sekarang dia teringat. Nasib baik.
“Bekas?,” Bazli kerutkan kening. “Dia okey ke?.”
Melihat lampu merah bertukar hijau sebelum sempat dia nak menekan brek, Badri pijak semula pedal minyak. “Kenapa kalau bekas?.”
“Iyelah. Bekas ni bunyi macam dia kena pecat. Did you?.”
“Mana adalah. Kak Habsah tu sendiri yang resign sebab husband dia sakit tenat. Tapi sekarang dah meninggal, so along rasa Kak Habsah tu perlukan pendapatan. And, for me, she is okay and nice.”
Iyelah, Kak Habsah tu lemah-lembut saja orangnya. Semua orang dalam ofis pun suka dengan dia. Insyaallah kalau setakat nak temankan dan urus Puan Aisya sikit-sikit tu, Kak Habsah tak akan susahlah.
Okay then. Li risau aje.”
Tak sempat menahan, bibirnya dah laju menyenget ke kanan. “Care nampak?.”
“Mak orang kut, long. Kalau orang buat mama macam tu, tak ke hancur hati kita?.”
“Iyelah. Along main-main aje. I know you very well, bro. You’re such a nice son.” Pujinya sambil sebelah tangan sempat menepuk bahu si adik lelaki yang memang dia kenal sangat hati budinya.
Okey, Alhamdulillah. Selesai satu masalah.

Tapi Auni Zara, masalah kita berdua tak selesai lagi.



^-^

Wassalam. Pendekkan? Tapi okeylah tu daripada tak ada. Heee...jimat2. Kerajaan kan suh kita berjimat.Hehe.

Sunday, February 2, 2014

Jangan Curi Hatiku 5

Assalam. 

5

“Rokok tu takkan mampu selesaikan masalah.”
Niat Badri hendak menyalakan sebatang lagi rokok terhenti sejenak. Pandangan yang tadi cuma terpaku menghadap langit malam yang gelap kini dialih ke muka pintu.
“Aku tahu.” Malas dia membalas. Lighter diseluk dari poket seluar lalu mula membakar hujung rokok di tangan. Berkepul-kepul asap berebut meninggalkan mulut.
“Kalau dah tahu, merokok lagi buat apa? The pain is still there.”
Badri jeling tajam pada si penutur yang kini sudah elok bersandar ke dinding, juga sedang memandang dirinya. “Just shut your mouth.”
“Bad, sudah-sudahlah tu!.”
“Aku kata diam, diamlah. I don’t need a motivator.” Rengusnya kuat. Makin serabut rasa jiwa melihat Ikmal datang menyibuk sama di saat dia cuma perlu bersendirian. Kalau datang tu diam membisu, tak apalah. Ini sibuk nak nasihat itu ini.
Dada langit gelap, kosong tak berbintang langsung. Bulan pun malu-malu nak menampakkan diri malam ini. Badri hembus kuat asap rokok melalui rongga hidung sambil mata dipejam rapat.
“Pergi ambil wudhu. Sembahyang.”
Auni Zara.
Badri ketap bibirnya geram. Nak menyebut sebaris nama perempuan itu pun dia rasa macam nak jerut saja leher anak Puan Aisya tu. Biar mati sesak nafas. Biar berbirat leher sampai tertusuk ke daging.
“Bad, cari Allah. Mengadu dengan Dia. Bukan dengan rokok. Rokok tu apa yang dia boleh buat?.”
Kalau suatu hari nanti dia berjumpa semula dengan perempuan bernama Auni Zara itu, dia tahu apa nak buat. Sesaat pun dia takkan biarkan Auni Zara tu tenang.
“Jom. Aku temankan kau.” Ikmal tepuk kuat bahu Badri.
Seketika Badri terkebil-kebil merenung Ikmal yang tiba-tiba menyerupai Auni Zara. Dua tiga saat, dia pandang ‘Auni Zara’ yang elok memegang bahunya dengan bibir tersenyum sinis.
“Bad?.”
Halus suara ‘Auni Zara’ buat darahnya tiba-tiba membuak naik ke otak. Sepantas kilat, tengkuk ‘Auni Zara’ dicengkam sekuat hati. Malam ini, kalau dia jadi pembunuh, dia sanggup. Biar ke tali gantung. Biar.
“Bad! Weh, Bad!.”
Badri eratkan lagi cengkamannya hingga kulit muka ‘Auni Zara’ bertukar biru. Ada rasa suka dalam hatinya melihat rontaan ‘Auni Zara’ makin kuat. Biar kali ini dia rasa macam mana sakitnya bila dimalukan, dipermainkan macam apa yang sedang dia rasa sekarang.
“Badri Afif!.”
Pap!
Auch!
Terasa berbisa pipinya. Pedih. Cengkamannya segera dilepaskan lalu tangan kiri dibawa ke pipi, mengelus kulit muka yang confirm sudah merah berbirat.
“Apa Bad ni? Dah gila ke? Nak bunuh orang? Hah? Dah tak ingat Allah? Nak sangat masuk neraka? Nak ke tali gantung?.” Lantang Datin Asma menjerit. Melengking suaranya sampai ke telinga.
Badri pandang ‘Auni Zara’ yang kini sudah bertukar rupa. “Mal?.”
Ikmal masih tercungap-cungap. Bazli yang entah bila muncul memapah Ikmal ke arah kerusi. Allah! Merah batang leher Ikmal dicekiknya. Lekas-lekas dia mengejar. Sungguh, Allah swt masih sayangkan dia. Allah selamatkan dia daripada jadi pembunuh. Pembunuh kawan baik sendiri.
Nauzubillah.
“Mal, I’m so sorry. Aku tak sengaja. Kau okey ke?.”
Ikmal angguk perlahan. Perit tekaknya nak bersuara. Dia faham Badri tengah stress. Tindakan Badri dia takkan simpan dalam hati. Kalau dia yang kena macam mana Auni Zara kenakan Badri, rasanya dia pun akan jadi separuh gila macam Badri juga.
“Sorry, mal. Aku betul-betul tak sengaja.” tutur Badri, bersalah.
“Kalau mama tak sampai awal tadi, Bad dah jadi pembunuh. Tahu tak?.”
Mujurlah dia cepat perasan, sejak balik dari hospital tadi, Badri hilang tak ada di dalam rumah. Sudahlah sepanjang masa sejak dari hotel, kemudian ke hospital tadi Badri diam membisu dengan muka tak berperasaan.
Betul sangkaannya. Alih-alih, waktu dia berdiri di muka pintu, dia nampak Ikmal sudah lemah dicekik dek Badri. Allahuakbar, mahu gugur jantung dibuatnya.
Auni Zara.
Datin Asma genggam erat penumbuk sendiri. Nafasnya ditarik payah.
Terima kasih kerana berjaya memalukan kami sekeluarga.




Any comment, just leave it here. Sebarang cadangan penambahbaikan dialu-alukan.

Popular Posts