Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah
Powered By Blogger

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Sunday, February 2, 2014

Jangan Curi Hatiku 5

Assalam. 

5

“Rokok tu takkan mampu selesaikan masalah.”
Niat Badri hendak menyalakan sebatang lagi rokok terhenti sejenak. Pandangan yang tadi cuma terpaku menghadap langit malam yang gelap kini dialih ke muka pintu.
“Aku tahu.” Malas dia membalas. Lighter diseluk dari poket seluar lalu mula membakar hujung rokok di tangan. Berkepul-kepul asap berebut meninggalkan mulut.
“Kalau dah tahu, merokok lagi buat apa? The pain is still there.”
Badri jeling tajam pada si penutur yang kini sudah elok bersandar ke dinding, juga sedang memandang dirinya. “Just shut your mouth.”
“Bad, sudah-sudahlah tu!.”
“Aku kata diam, diamlah. I don’t need a motivator.” Rengusnya kuat. Makin serabut rasa jiwa melihat Ikmal datang menyibuk sama di saat dia cuma perlu bersendirian. Kalau datang tu diam membisu, tak apalah. Ini sibuk nak nasihat itu ini.
Dada langit gelap, kosong tak berbintang langsung. Bulan pun malu-malu nak menampakkan diri malam ini. Badri hembus kuat asap rokok melalui rongga hidung sambil mata dipejam rapat.
“Pergi ambil wudhu. Sembahyang.”
Auni Zara.
Badri ketap bibirnya geram. Nak menyebut sebaris nama perempuan itu pun dia rasa macam nak jerut saja leher anak Puan Aisya tu. Biar mati sesak nafas. Biar berbirat leher sampai tertusuk ke daging.
“Bad, cari Allah. Mengadu dengan Dia. Bukan dengan rokok. Rokok tu apa yang dia boleh buat?.”
Kalau suatu hari nanti dia berjumpa semula dengan perempuan bernama Auni Zara itu, dia tahu apa nak buat. Sesaat pun dia takkan biarkan Auni Zara tu tenang.
“Jom. Aku temankan kau.” Ikmal tepuk kuat bahu Badri.
Seketika Badri terkebil-kebil merenung Ikmal yang tiba-tiba menyerupai Auni Zara. Dua tiga saat, dia pandang ‘Auni Zara’ yang elok memegang bahunya dengan bibir tersenyum sinis.
“Bad?.”
Halus suara ‘Auni Zara’ buat darahnya tiba-tiba membuak naik ke otak. Sepantas kilat, tengkuk ‘Auni Zara’ dicengkam sekuat hati. Malam ini, kalau dia jadi pembunuh, dia sanggup. Biar ke tali gantung. Biar.
“Bad! Weh, Bad!.”
Badri eratkan lagi cengkamannya hingga kulit muka ‘Auni Zara’ bertukar biru. Ada rasa suka dalam hatinya melihat rontaan ‘Auni Zara’ makin kuat. Biar kali ini dia rasa macam mana sakitnya bila dimalukan, dipermainkan macam apa yang sedang dia rasa sekarang.
“Badri Afif!.”
Pap!
Auch!
Terasa berbisa pipinya. Pedih. Cengkamannya segera dilepaskan lalu tangan kiri dibawa ke pipi, mengelus kulit muka yang confirm sudah merah berbirat.
“Apa Bad ni? Dah gila ke? Nak bunuh orang? Hah? Dah tak ingat Allah? Nak sangat masuk neraka? Nak ke tali gantung?.” Lantang Datin Asma menjerit. Melengking suaranya sampai ke telinga.
Badri pandang ‘Auni Zara’ yang kini sudah bertukar rupa. “Mal?.”
Ikmal masih tercungap-cungap. Bazli yang entah bila muncul memapah Ikmal ke arah kerusi. Allah! Merah batang leher Ikmal dicekiknya. Lekas-lekas dia mengejar. Sungguh, Allah swt masih sayangkan dia. Allah selamatkan dia daripada jadi pembunuh. Pembunuh kawan baik sendiri.
Nauzubillah.
“Mal, I’m so sorry. Aku tak sengaja. Kau okey ke?.”
Ikmal angguk perlahan. Perit tekaknya nak bersuara. Dia faham Badri tengah stress. Tindakan Badri dia takkan simpan dalam hati. Kalau dia yang kena macam mana Auni Zara kenakan Badri, rasanya dia pun akan jadi separuh gila macam Badri juga.
“Sorry, mal. Aku betul-betul tak sengaja.” tutur Badri, bersalah.
“Kalau mama tak sampai awal tadi, Bad dah jadi pembunuh. Tahu tak?.”
Mujurlah dia cepat perasan, sejak balik dari hospital tadi, Badri hilang tak ada di dalam rumah. Sudahlah sepanjang masa sejak dari hotel, kemudian ke hospital tadi Badri diam membisu dengan muka tak berperasaan.
Betul sangkaannya. Alih-alih, waktu dia berdiri di muka pintu, dia nampak Ikmal sudah lemah dicekik dek Badri. Allahuakbar, mahu gugur jantung dibuatnya.
Auni Zara.
Datin Asma genggam erat penumbuk sendiri. Nafasnya ditarik payah.
Terima kasih kerana berjaya memalukan kami sekeluarga.




Any comment, just leave it here. Sebarang cadangan penambahbaikan dialu-alukan.

2 comments:

cakap aje..saya layan..

Popular Posts