8
“Morning, encik.”
Beg sandang diturunkan
ke atas meja. Beberapa keping surat di atas meja dibelek satu-persatu. Dengan
fail macam-macam. Ini baru seminggu cuti. Kalau lama-lama, agaknya boleh penuh
satu bilik ni dengan macam-macam benda.
“Encik nak kopi macam
biasa?.”
“Hurmm..”
Walaupun lelaki berkot
hitam di depannya langsung tak memberi respon positif, Hanna senyum juga.
Tangkas dia bergerak meninggalkan Badri menuju ke pantry. Dalam keadaan
sekarang ni, tak berani dia nak bertanya lebih-lebih.
Karang tak pasal-pasal
ada pula yang merasa pelempang sulung Badri. Bukannya orang tak tahu. Semua
orang dekat ofis ni dah dengar cerita Badri kehilangan isteri di malam
perkahwinan sendiri.
“Buat apa tu?.”
Hanna kerling Aliya di
muka pintu. Mug kosong di tangan segera diisi dengan serbuk kopi Arabica
kesukaan Badri. “Buat kopilah.”
“Oh, Encik Bad dah
masuk ofis!.”
“Baru aje dia sampai.
Duduk pun belum lagi.” Badri tu memang macam tu. Dia datang kerja sebelum pukul
8 walaupun ofis mula beroperasi sejam kemudian. Disebabkan takut malu, nak tak
nak terpaksalah dia datang lebih awal daripada Badri.
Melihat kerja-kerja
Hanna masih belum selesai, Aliya bergerak mendekat. Hanna PA Badri. Dah
tentu-tentu banyak benda yang Hanna tahu berbanding dia.
“Kau tengok, dia macam
mana?.” Bisiknya sambil sesekali mata mengerling ke arah pintu. Risau juga
kalau Badri terdengar.
“Macam mana apa?.”
“Iyelah. Lepas kes
malam tu, dia nampak macam mana? Okey ke? Muram ke? Garang ke?.”
Sengih kecil Hanna
memandang Aliya. Suka sangat menyibuk hal oranglah budak secretary seorang ni. “Dia nampak biasa aje. Tak ada perubahan
pun.”
“Really? Dia tak sedih
ke?.”
“Manalah aku nak tahu
dia sedih ke tidak. Kau ni pun. Takkan dia nak cerita dengan aku hal peribadi
dia.” Aliya ni lah, kan. Dia nak tanya Badri tu banyak-banyak soalan pun macam
tak berani, inikan pula nak tanya keadaan dia sekarang. “Lagipun, Liya. Cuba
kau letak diri kau dalam keadaan dia. Kau tak sedih ke kalau husband kau lari waktu malam perkahwinan
kau? Mestilah dia sedih.”
Kalau difikirkan logik,
tak tahu apa lagi yang isteri Badri tu tak mahu sangat dengan Badri. Lelaki
hebat macam Badri tu, tak sempat petik jari, berduyun perempuan datang nak
menawarkan diri jadi isteri.
Kalau dah tak nak
sangat, kenapa tak lari sebelum majlis akad nikah?
“Tak ada perasaan
sungguhlah perempuan tu.”
Laju Aliya mengangguk.
Setuju. Perempuan macam tu memang patut diajar. Dah tahu tak suka, patut tak
payahlah terima pinangan Badri. Ini dah siap nikah bagai, resepsi pun bukan
main gah buat kat hotel, alih-alih dia lari pula.
“Kesian, Encik Bad. Tak
pasal-pasal kena tinggal.”
“Itulah pasal. Patut
kalau tak nak, tarik dirilah awal-awal. Boleh aku jadi pengganti ke apa.”
Selamba dia menuturkan sambil tangan sibuk mencapai sebiji mug di dalam
kabinet. Awal-awal pagi macam ni, rasa lapar pula bila terhidu bau kopi.
Bulat matanya dengan
tangan mencekak pinggang. Pinggang Aliya disiku dengan sebelah tangan. “Ewah..ewah..ada
hati juga kau rupanya dengan Encik Bad ya, Liya. Tapi tak payah nak mimpi
lebih-lebihlah. Dia dah jadi suami orang.”
“Eh, siapa tak nakkan
lelaki macam Encik Bad tu! Lelaki yang datang dengan full package kut. Kau tak nak?.”
Hanna geleng lekas.
Walaupun Badri tu lelaki idaman semua orang, termasuk dia sendiri tapi nak
berangan dapat jadi isteri lelaki tu memang tak pernah dia buat.
Dia sedar diri. Jangan
kata dia yang biasa-biasa aje, tu Cik Balkis yang lawa, ayu, bijak, anak orang
kaya-raya tu pun sampai sekarang Badri tak pandang.
“Kalau dah namanya
suami orang, baik kau lupakan ajelah impian kau tu, Liya. Kau tak ingat wife dia hari tu? Lawa tau.” Walaupun
dia tak adalah nampak jelas sangat muka isteri Badri tu tapi dari jauh dia
boleh nampak, perempuan tu memang cantik bergaya.
“Wife? Kalau dah lari tu, bukan wife
lagilah namanya, cik Hanna oi.”
nak lagi..nak lagi..hehehe..
ReplyDeleteopen lagi ke untuk novel susun silang kata>??
open maksudnya?
ReplyDeleteSambung2....
ReplyDeletebila nk ada n3 bru?
ReplyDelete