Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah
Powered By Blogger

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Sunday, February 16, 2014

Jangan Curi Hatiku 8

8


“Morning, encik.”
Beg sandang diturunkan ke atas meja. Beberapa keping surat di atas meja dibelek satu-persatu. Dengan fail macam-macam. Ini baru seminggu cuti. Kalau lama-lama, agaknya boleh penuh satu bilik ni dengan macam-macam benda.
“Encik nak kopi macam biasa?.”
“Hurmm..”
Walaupun lelaki berkot hitam di depannya langsung tak memberi respon positif, Hanna senyum juga. Tangkas dia bergerak meninggalkan Badri menuju ke pantry. Dalam keadaan sekarang ni, tak berani dia nak bertanya lebih-lebih.
Karang tak pasal-pasal ada pula yang merasa pelempang sulung Badri. Bukannya orang tak tahu. Semua orang dekat ofis ni dah dengar cerita Badri kehilangan isteri di malam perkahwinan sendiri.
“Buat apa tu?.”
Hanna kerling Aliya di muka pintu. Mug kosong di tangan segera diisi dengan serbuk kopi Arabica kesukaan Badri. “Buat kopilah.”
“Oh, Encik Bad dah masuk ofis!.”
“Baru aje dia sampai. Duduk pun belum lagi.” Badri tu memang macam tu. Dia datang kerja sebelum pukul 8 walaupun ofis mula beroperasi sejam kemudian. Disebabkan takut malu, nak tak nak terpaksalah dia datang lebih awal daripada Badri.
Melihat kerja-kerja Hanna masih belum selesai, Aliya bergerak mendekat. Hanna PA Badri. Dah tentu-tentu banyak benda yang Hanna tahu berbanding dia.
“Kau tengok, dia macam mana?.” Bisiknya sambil sesekali mata mengerling ke arah pintu. Risau juga kalau Badri terdengar.
“Macam mana apa?.”
“Iyelah. Lepas kes malam tu, dia nampak macam mana? Okey ke? Muram ke? Garang ke?.”
Sengih kecil Hanna memandang Aliya. Suka sangat menyibuk hal oranglah budak secretary seorang ni. “Dia nampak biasa aje. Tak ada perubahan pun.”
“Really? Dia tak sedih ke?.”
“Manalah aku nak tahu dia sedih ke tidak. Kau ni pun. Takkan dia nak cerita dengan aku hal peribadi dia.” Aliya ni lah, kan. Dia nak tanya Badri tu banyak-banyak soalan pun macam tak berani, inikan pula nak tanya keadaan dia sekarang. “Lagipun, Liya. Cuba kau letak diri kau dalam keadaan dia. Kau tak sedih ke kalau husband kau lari waktu malam perkahwinan kau? Mestilah dia sedih.”
Kalau difikirkan logik, tak tahu apa lagi yang isteri Badri tu tak mahu sangat dengan Badri. Lelaki hebat macam Badri tu, tak sempat petik jari, berduyun perempuan datang nak menawarkan diri jadi isteri.
Kalau dah tak nak sangat, kenapa tak lari sebelum majlis akad nikah?
“Tak ada perasaan sungguhlah perempuan tu.”
Laju Aliya mengangguk. Setuju. Perempuan macam tu memang patut diajar. Dah tahu tak suka, patut tak payahlah terima pinangan Badri. Ini dah siap nikah bagai, resepsi pun bukan main gah buat kat hotel, alih-alih dia lari pula.
“Kesian, Encik Bad. Tak pasal-pasal kena tinggal.”
“Itulah pasal. Patut kalau tak nak, tarik dirilah awal-awal. Boleh aku jadi pengganti ke apa.” Selamba dia menuturkan sambil tangan sibuk mencapai sebiji mug di dalam kabinet. Awal-awal pagi macam ni, rasa lapar pula bila terhidu bau kopi.
Bulat matanya dengan tangan mencekak pinggang. Pinggang Aliya disiku dengan sebelah tangan. “Ewah..ewah..ada hati juga kau rupanya dengan Encik Bad ya, Liya. Tapi tak payah nak mimpi lebih-lebihlah. Dia dah jadi suami orang.”
“Eh, siapa tak nakkan lelaki macam Encik Bad tu! Lelaki yang datang dengan full package kut. Kau tak nak?.”
Hanna geleng lekas. Walaupun Badri tu lelaki idaman semua orang, termasuk dia sendiri tapi nak berangan dapat jadi isteri lelaki tu memang tak pernah dia buat.
Dia sedar diri. Jangan kata dia yang biasa-biasa aje, tu Cik Balkis yang lawa, ayu, bijak, anak orang kaya-raya tu pun sampai sekarang Badri tak pandang.
“Kalau dah namanya suami orang, baik kau lupakan ajelah impian kau tu, Liya. Kau tak ingat wife dia hari tu? Lawa tau.” Walaupun dia tak adalah nampak jelas sangat muka isteri Badri tu tapi dari jauh dia boleh nampak, perempuan tu memang cantik bergaya.

Wife? Kalau dah lari tu, bukan wife lagilah namanya, cik Hanna oi.”

4 comments:

cakap aje..saya layan..

Popular Posts