Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Monday, January 27, 2014

Jangan Curi Hatiku 4

As I mentioned b4, I kena berjimat sebab idea I taklah sehebat mana nak sambung bab dalam masa pendek. Ampun, yeee... ^-^   I hope I'm strong enough not to waste my time watch TV. Drama2 kat TV tu buat I tergoda aje. Hukhuk.


4

Secawan kopi panas yang dihulur memaksa dia mengangkat pandang. Dia cuba untuk membalas senyuman manis Farid tapi tak mampu.
You look tired, darling. Minum sikit kopi ni.” Ujar Farid prihatin.
Dari Bangsar ke KLIA, memanglah tak jauh mana tapi Zara baru juga selesai majlis nikah kemudian resepsi di hotel. Memang penatlah duduk melayan tetamu tak habis-habis.
“Nah. It’s black coffee.”
Zara mengeluh dalam payah. Kepalanya tengah berserabut sekarang ni. Jiwanya jadi tak tentu hala. Teringatkan Puan Aisya. Macam mana reaksi mak kalau berita kehilangannya sampai ke telinga mak ya?
Kopi panas masih berasap nipis dibawa ke tepi bibir. Sesekali dia renung Farid yang duduk selamba di sebelah dengan iPhone 5 di tangan kanan. Nampak relaks sangat sedangkan dia macam tak senang duduk.
Farid, can you promise me something?.” Tangan kiri Farid yang diletak ke bahunya digenggam erat.
Promise you what?.”
Anak mata kecoklatan Farid yang selalu merenungnya dengan penuh cinta itu Zara pandang dalam. “Promise me that you’ll always be by my side? Forever? Love me? Protect me? Care for me? Can you?.”
Dear, you shouldn’t say that. You know how much I love you, right?.” iPhone di tangan disumbat ke dalam kocek seluar. Makin erat dia memeluk bahu Zara. Cuba memberi kekuatan.
I know but..”
“Shhh…dah…dah..jangan nangis lagi. I’m here for you.” Setitis dua air mata yang mengalir ke pipi segera diseka dengan hujung jari.
“I takut, Farid. I risaukan mak. Macam mana dengan dia? Siapa nak jaga dia lepas ni?.”
Beberapa pasang mata yang mencuri pandang dengan macam-macam riak pada mereka sekadar dibuat tak nampak. Farid hembus nafasnya perlahan-lahan. Ini mesti Zara lupa. Mereka dah berbincang dua hari lepas. Dan Zara langsung tak membantah bila dia bagi cadangan untuk mereka berdua lari ke Frankfurt malam ni.
“You ada sedara-mara, dear. Tak payah risau. Mak you ada adik-beradik, kan? Dia orang akan jaga mak you.” Lembut suaranya cuba memujuk.
Zara geleng kepala perlahan. Cawan kopi yang baru seteguk singgah ke tekak dihulur semula pada Farid. Dia tak lalu nak isi perut walau dengan apa sekali pun.
“Mak Ngah tu tak sihat. Dia sendiri pun selalu admit dalam wad.”
“Yang lain?.”
Mak Ngah is her only one sister.” Adik-beradik Puan Aisya tu cuma ada tiga. Pak Long kan dah meninggal dunia 3 tahun lepas.
“Oh!.”
Air matanya laju saja turun ke pipi. Dia anak tunggal. Kalau dia dah pergi, siapa pula yang nak tengok-tengokkan mak? Takkan nak susahkan Mak Ngah yang tak berapa sihat tu? Anak-anak Mak Ngah? Tak mungkin.
You, kita cancel ajelah plan bodoh ni!.”
Tangan yang sibuk mengelus lengan Zara terhenti sejenak. Tebal kerutannya memamndang gadis berselendang hitam di sebelah. “Sorry?.”
I tak sampai hati, you. I sayangkan mak I.” dia dah lama kehilangan arwah abah. Dan untuk kehilangan mak pula, dia rasa tak sanggup. Dia tak sedia lagi. Puan Aisya tu orang yang paling dia sayang dalam dunia ni.
Dear.”
Kedua-dua bahunya sudah digenggam Farid. Lambat-lambat barulah dia berani mendongak. Dia tahu Farid marah.
I know how you’re feeling but kita dah sama-sama bincang dan kita dah sama-sama setuju. We’re going to Frankfurt. Sampai keadaan reda then kita akan balik. You akan dapat talak sebab nusyuz, after iddah, I’ll marry you. Remember that?.”
“Mak I ?.”
Sekali lagi, dia larikan hujung jari mengesat pipi mungil Zara yang lembap dengan air mata. “She’ll be fine. I can guarantee. Lagipun I boleh hire mana-mana bibik untuk temankan mak you.”
Dia masih nak membalas sebenarnya namun belum sempat dia nak menggerakkan bibir, kedengaran pengumuman membenarkan penumpang bergerak masuk ke dalam perut kapal. Saat melihat Farid bangun menjinjit beg dengan dua buah passport dan boarding pass di tangan, mulutnya jadi terkunci.
“Jom, sayang. Jangan sedih-sedih lagi. Once keadaan dah reda nanti, kita akan balik cepat-cepat. I promise.”

Dalam malas, Zara anggukkan saja kepala sebelum menurut langkah Farid menuju laluan masuk ke dalam kapal. 

No comments:

Post a Comment

cakap aje..saya layan..

Popular Posts