Happy reading, guys...or should I say, awak? Huhu. Takpe..takpe...Saya tetap hargai korang yang sudi membaca.
3
“Tak sangka akhirnya
sampai juga jodoh kau eh!.”
Gelas berisi air sirap
diteguk sedikit rakus. Senyum-sumbing Ikmal di sebelah buat dia rasa macam nak
campak saja gelasnya ke meja.
“Pandailah kau
bercakap. Kena kat batang hidung kau nanti, hah, baru tahu langit tu tinggi ke
rendah, beb.” Marahnya terlampias.
Ikmal ketawa suka. Tak
sangka betul yang Badri akhirnya terperangkap dalam pelan cari jodoh Datin
Asma. Ingatkan bila Badri dah jadi CEO syarikat, adalah yang Badri berkenan
dekat syarikat tu, tapi rupanya tak juga.
Sebagai kawan sejati
yang risaukan Badri, dia sebenarnya sokong seratus-peratus tindakan Datin Asma
menjodohkan Badri dengan anak guru mengajinya dulu. Anak orang baik-baik tu,
nak apa lagi?
Cantik pun cantik.
Bijak. Ada kerjaya. Dah lebih dari cukuplah tu.
“Relax, okay. Pengantin
baru kenalah cool.” Bahu Badri ditepuk-tepuk. “Auni tu okey apa. Cukup pakej.
Anak ustazah pula tu.”
“Berhenti sebut nama
dialah, Mal. Rimaslah.”
Kedua tangannya Ikmal
angkat tinggi. Surrender. Nampak gayanya, dalam pada ada sifat penurut Badri,
marah juga dia. Dia pun sebenarnya tak faham dengan Badri. Sungguh-sungguh dia
merayu dekat Datin Asma supaya batalkan saja rancangannya tapi sampai sekarang,
dia yakin Badri tak pernah suka mana-mana perempuan.
Jadi apa masalahnya
kalau Badri terima saja Auni Zara tu dengan hati terbuka?
Dari pandangan
lelakinya waktu melihat isteri yang baru saja diakad nikahkan dengan Badri tu
nampak sopan saja. Anak ustazah kut. Insyaallah baik.
“Tak apalah kalau kau
belum boleh terima Auni tu sekarang. Aku cuma boleh doakan yang terbaik untuk
korang berdua.” Mana tahu, berkat doanya nanti Badri dan Auni boleh jadi
pasangan suami-isteri yang bahagia. Kan?
Rengus kasar Badri
dibalasnya dengan senyuman. Jam di tangan dikerling. Pukul 10 malam. Orang
ramai yang tadi memenuhi dewan sudah berkurang jumlahnya. Ada yang tinggal pun
cuma sepupu-sepupu Badri dan adik-beradiknya yang dua orang tu.
Disebabkan Badri
jugalah, majlis nikah dan resepsinya dibuat tak semeriah waktu adik-adiknya
kahwin dulu. Badri cuma mahu majlis serba sederhana. Ini pun, nasib baiklah
Badri berjaya dipaksa oleh Datin Asma untuk bersanding.
“Eh, Bad! Aku dah nak
kena gerak balik ni. Dah lewat. Esok aku kena kerja. Kau lainlah. Cuti
honeymoon.” Usiknya nakal. Kain sampin yang masih setia melilit pinggang
dikibas sekali lalu.
“Awal lagi kut. Baru
pukul 10.”
Ikmal cepat menggeleng.
Awal apanya kalau dah pukul 10. Karang dia bangun lambat, datang ofis lambat,
dia juga yang kena.
“Tak ada. Tak ada. Aku
nak balik. Kau pergilah naik atas. Check Auni dah ready ke belum. Dah lama tu dia naik atas tunggu kau.”
Badri sengaja menayang
muka tegang memandang Ikmal yang mengekeh ketawa. Ingat dia jenis lelaki macam
mana yang senang-senang hati nak merampas mahkota perempuan yang dia tak suka?
“Kau jangan nak main
kasar eh!.”
Dari mengekeh, ketawa
Ikmal jadi bertambah kuat. “Relax, bro. You’re going to be just fine. Doaku
bersamamu, sahabat.”
“Cis!.”
“Good luck, Bad. Do
your best!.” Usikan Ikmal masih tak berhenti. Ditepuk-tepuknya bahu Badri
dengan senyum nakal.
Belum sempat Badri
membalas, bahunya tiba-tiba terasa berat dirempuh seseorang. Mujur tangan Ikmal
cekap menahan. Kelibat Bisyri yang pucat memandangnya buat dia jadi pelik
sendiri.
“Apa hal adik ni? Pucat
aje muka.” Tegurnya. Sumpah, muka Bisyri pucat mengalahkan mayat.
“Pengantin.”
“Pengantin apanya?,”
Tangan Bisyri turun
naik sama pantas dengan gerakan dadanya. Dia cuba untuk menarik nafas tapi
susah. Dadanya sudah rasa sempit yang amat.
Datin Asma yang tadinya
ralit melayan adik-beradiknya berbual bersama Puan Aisya di meja sebelah datang
mencelah. “Kenapa ni, adik? Muka pucat bagai ni. Jangan takutkan mamalah. Adik
okey ke?”
“Ma..peng..pengantin..ma…pengantin…”
tercungap-cungap dia menuturkan dalam sibuk nak mencari nafas.
“Pengantin apa?.”
Jazakallahu khairan, ukhti for reading. ^-^
pendeknya.....
ReplyDeletekena jimat,syg...hihi....nnti xde apa nak post lg...
Delete