Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah
Powered By Blogger

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Wednesday, January 22, 2014

Jangan Curi Hatiku 2

Salam.
Tak maw melalut panjang. Jemput baca sambungannya. ^-^


2
“Siapa tadi tu, mak?.”
Puan Aisya senyum kecil. Sempat dia lambaikan tangan pada wanita yang sudah selamat masuk ke dalam kereta Mercedez Benz hitam berkilat itu.
“Mak?.” Zara ikut menjenguk ke pintu.
Tadi dia sibuk dengan novel di bilik. Tak sedar langsung pun ada tetamu yang datang. Mak pun tak cakap apa-apa. Alih-alih waktu dia turun ke dapur sebab terasa nak minum tadi, mak sibuk bersalaman dengan seorang wanita berjubah ungu gelap di muka pintu.
“Itu Datin Asma.”
“Datin Asma mana? Zara tak kenal pun.” Ujarnya dengan kening berkerut. Sumpah dia tak ingat sesiapa dengan nama macam tu dalam kepalanya.
Dua biji gelas berisi baki minuman disusun ke dalam dulang. Datin Asma tu kelam-kabut. Nak habiskan minuman pun tak sempat. “Alah, Datin Asma yang dulu mak pernah ajar mengaji quran tu. Zara pernah aje ikut mak pergi rumah dia.”
Kerutan Zara makin dalam. Mahu dia soal bila pada Puan Aisya tapi akhirnya dibiarkan saja bila ternampak sekeping gambar di tepi remote Astro.
“Eh, gambar siapa pula ni!.”
Dulang yang sudah berisi gelas kotor dihantar ke dapur. Entahlah, lepas berbual dengan Datin Asma tadi, dia rasa bibirnya macam tak reti nak berhenti senyum pula. Sumpah dia gembira sangat bila Datin Asma beritahu tujuannya pulang ke Malaysia tadi.
Zara yang masih mengejar dengan gambar di tangan dibiarkan bertanya tak dapat jawapan.
“Lelaki ni, mak. Nak dibuat apa?.” Soal Zara gaya nakal. Pinggang Puan Aisya dicuit perlahan. Tak pernah-pernah mak simpan gambar lelaki selain gambar arwah abah selama ni. Takkanlah?
“Takkan nak buat suami.”
“Dah tu?.”
“Nak buat menantulah.” Selamba Puan Aisya membalas. Sempat matanya mengesan riak terkejut di muka anak tunggal kesayangannya yang seorang ini.
Gambar anak lelaki Datin Asma terlepas dari tangan. Zara pandang Puan Aisya yang sibuk mencuci gelas di sinki. Mak ni jarang bergurau. Lagi-lagi dalam bab nikah-munakahat ni, memang taklah.
“Apa maksud mak ni? Menantu apa?.” Takkan dia kut? Tapi dia memang anak tunggal Puan Aisya.
Tapi kalau bukan dia, siapa lagi? Zara tarik nafas panjang. Dia rasa dadanya tiba-tiba saja jadi laju detaknya.
“Menantulah. Suami anak mak.” Gelas yang sudah selesai dicuci, disusun elok di atas rak. Nanti-nantilah bila sudah kering baru dia masukkan ke dalam kabinet.
Laju Zara menggeleng. “Zara tak nak, mak. Zara dah ada pilihan sendiri.”
“Farid tu?.”
“What’s wrong with Farid, mak?,” Dia terasa tau bila mendengar nada jengkel Puan Aisya waktu menyebut nama Farid tu.
Mak memang tak pernah nampak bersungguh bila dia bercerita soal Farid. Hari raya lepas, mak boleh jadi ala-ala datin yang sombong pada Farid. Tapi nak buat macam mana. Dia rasa Farid tu okey saja. Cuma mungkin sebab dia tu tak berapa mahir dalam bidang agama. Tapi benda itukan boleh dipelajari kemudian.
Puan Aisya cuba untuk menenangkan diri sebelum tangannya mengelus kedua bahu Zara. Sengaja dia tenung anak tunggalnya dalam-dalam. Dia nak Zara faham niatnya. Dia cuma buat yang terbaik untuk masa depan Zara.
“Zara.”
“Zara betul-betul tak boleh dengar cakap mak kali ni. Jangan paksa Zara, mak. Zara tak nak.” Tegasnya dengan gelengan kepala yang tak berhenti-henti. Sumpah dia tak mahu kahwin dengan lelaki lain. Lebih-lebihlah kalau yang dia tak kenal.
Liur yang rasa menyekat pada tekak ditelan dengan payah. “Tolong dengar cakap mak, Zara. Ini semua untuk kebaikan Zara sendiri.”
“Please, mak. Zara dah ada Farid.”
“Mak tak boleh izinkan Zara menikah dengan Farid tu, Zara. Mak kenal dia macam mana.” Walaupun dia cuma jumpa Farid tak sampai sepuluh kali, dari pengamatannya, dia tahu Farid tu bukanlah calon yang sesuai untuk Auni Zara.
Tak kisahlah kalau Farid anak Tan Sri Mahmud yang hartanya melimpah-ruah tak habis dimakan sampai tujuh keturunan sekali pun.
Akhlak Farid. Agama Farid. Persekitaran keluarga Farid.

Dia langsung tak berkenan.



Pendek? 
Aku kena berjimat sebab aku baru siap 11 chapter setakat ni. Hehe.

2 comments:

cakap aje..saya layan..

Popular Posts