Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah
Powered By Blogger

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Tuesday, January 21, 2014

Jangan Curi Hatiku 1

After a very long hibernating period, aku rasa dah tiba masanya aku hidupkan semula blog yang makin usang dimamah usia ni. Ceh, dimamah tu! Bahasa kamus dewan. Tak apa, kalau bukan kita nak guna bahasa kita, siapa lagi?

Ok, tak mau melalut panjang.
 Jemput baca novel seterusnya yang mudah-mudahan berjaya disiapkan menjadi manuskrip insyaallah. Doakan aku....please?


Prolog

“Tak sangka akhirnya sampai juga jodoh kau eh!.”
Gelas berisi air sirap diteguk sedikit rakus. Senyum-sumbing Ikmal di sebelah buat dia rasa macam nak campak saja gelasnya ke meja. Hempas ke muka Ikmal pun boleh juga kut.
“Pandailah kau bercakap. Kena kat batang hidung kau nanti, hah, baru tahu langit tu tinggi ke rendah, beb.” Marahnya terlampias.
Ikmal ketawa suka. Tak sangka betul yang Badri akhirnya terperangkap dalam pelan cari jodoh Datin Asma. Ingatkan bila Badri dah jadi CEO syarikat, adalah yang Badri berkenan dekat syarikat tu, tapi rupanya tak juga.
Sebagai kawan sejati yang risaukan Badri, dia sebenarnya sokong seratus-peratus tindakan Datin Asma menjodohkan Badri dengan anak guru mengajinya dulu. Anak orang baik-baik tu, nak apa lagi?
Cantik pun cantik. Bijak. Ada kerjaya. Dah lebih dari cukuplah tu.
“Relax, okay. Pengantin baru kenalah cool.” Bahu Badri ditepuk-tepuk. “Auni tu okey apa. Cukup pakej. Anak ustazah pula tu.”
“Berhenti sebut nama dialah, Mal. Rimaslah.”
Kedua tangannya Ikmal angkat tinggi. Surrender. Nampak gayanya, dalam pada ada sifat penurut Badri, marah juga dia. Dia pun sebenarnya tak faham dengan Badri. Sungguh-sungguh dia merayu dekat Datin Asma supaya batalkan saja rancangannya tapi sampai sekarang, dia yakin Badri tak pernah suka mana-mana perempuan.
Jadi apa masalahnya kalau Badri terima saja Auni Zara tu dengan hati terbuka?
Dari pandangan mata lelakinya waktu melihat isteri yang baru saja diakad nikahkan dengan Badri tu nampak sopan saja. Anak ustazah kut. Insyaallah baik.





1
“Auni Zara tu budak baik. Mak dia cikgu mengaji mama dulu. Cantik pula tu.”
Sekeping gambar yang dihulur Datin Asma sekadar dijeling. Punyalah kelam-kabut dia tinggalkan meeting dengan budak-budak pejabat gara-gara Datin Asma. Mamanya tiba-tiba menelefon konon dah sampai ke depan rumah.
Mahunya dia tak terkelu. Datin Asma yang tengah seronok tinggal di Brussels nun tiba-tiba tercongok depan pintu rumah.
“Tujuan mama balik ni sebenarnya sebab nak cakap pasal Auni apa entah tu aje ke, ma? Membazir duit tambanglah.” Rengusnya. Mug berisi kopi di atas meja dibawa ke tepi bibir. Bertuah sungguh mama aku ni.
Jauh-jauh datang sebab nak bawa khabar dan gambar anak dara orang?
Huh!
Datin Asma herot bibirnya ke kanan sambil mata menjeling geram pada si anak. “Mama dah cukup baik sanggup balik sini tunjukkan gambar Auni tau. Bad ni tak reti nak syukur.”
“Alah, ma. Mana ada Bad suruh mama bawakan gambar dia.”
“Habis tu yang Bad tu umur dah 32 masih bujang macam ni, ingat tak buat mama risau? Suruh cari calon, mengelat memanjang. Ada-ada aje alasan Bad kan?.” Dia kadang-kadang sampai naik geram dengan anak sulung lelaki yang seorang ni.
Bila tanya, tak minat kat perempuan ke?, bersungguh Badri Afif nak marah merengus merajuk.
Tapi sejak sekolah menengah kemudian masuk universiti, ini dah kerja, pun masih tak pernah sebut nama mana-mana perempuan depan dia.
Adik-adik Badri yang dua orang tu, dah selamat dapat tiga orang anak masing-masing. Bazli tu, isteri dia dah mengandung anak keempat kut. Senang hati dia tengok Bazli dah selamat hidup rukun dengan keluarga sendiri.
Bisyri yang baru umur 28, baru sebulan bersalin anak ketiga. Sejuk hati dia sebagai mama bila tengok kehidupan anak perempuan sulung dia tu bahagia.
“Ma.”
Remote TV ditekan-tekan dua tiga kali. “Apa ma..ma?.”
Muncul juga sengih Badri melihat muncung panjang Datin Asma. “Okey, ma. Bad sedar diri. Memang Bad dah tua tapi Bad pun ada juga perasaan. Bad kalau boleh nak cari isteri sendiri. Tak mahulah yang mama carikan.”
“Badri! Are you saying that…” mencerlung mata Datin Asma merenung Badri di hujung sofa.
“Bukanlah, ma tapi Bad ada taste Bad sendiri.”
Taste?.” Datin Asma tercebik-cebik. “Bunyi macam lain aje kata taste. Ini bukan benda apa yang nak guna taste ke apa. Ini cakap pasal bakal isteri, Bad.”
“Okey…okey..bukan taste. Bad ada kriteria sendiri macam mana nak cari calon isteri.” Sengaja dia tekankan sebutan kriterianya biar Datin Asma puas hati. Mama ni. Mentang-mentang bekas pensyarah bahasa, semua pun nak kena standardkan bahasa.
Lambat-lambat dia jeling juga sekeping gambar di atas meja yang Datin Asma hulur padanya tadi. Okey, pakai tudung, cantik, nampak sopan. Tapi masalahnya dia tak kenal. Tak pernah kenal pun. So, macam mana nak suka? Nak hidup berdua sepanjang hayat?
Dan seorang Badri Afif memang tak berapa nak berkenan dengan orang-orang yang dia tak kenal. Inikan pula nak dibuat jadi isteri. Peneman hidup sepanjang hayat tu!
“Bad tak payah nak banyak bunyi sangat. Budak Auni ni, mama dah pernah jumpa tiga empat kali waktu mak dia datang mengajar mama dulu. She’s awesome. Mama yakin nanti kalau Bad dah jumpa dia, Bad pun boleh jatuh cinta.” Tegas Datin Asma.
Muktamad.
Malas dia nak buka petisyen untuk Badri persoalkan keputusannya. Dia tahu sangat kepetahan Badri dalam bab mempersoalkan arahannya selama ini.
Mug di tangan baru seteguk singgah ke tekak. Hilang nafsu dia nak menghirup kopi panas malam ini. “Bad tak nak, ma. Please? Bad ni dah 32 kan? Dah tua bangka kalau mama nak paksa-paksa kahwin pun. Tunggulah nanti kalau ada jodoh Bad, adalah tu.”
“Iyelah tu.”
“Ma.” Meleret suaranya cuba meraih simpati.
“Keputusan mama ni muktamad. Kalau Bad rasa macam nak kecewakan mama, silakan tolak keputusan mama. Okey?.” tuturnya sambil tangan meletak semula remote TV ke atas meja. Dah pukul 10 malam. Dia mengantuk. Nak tidur.

“Ma!.”




^0^ 
Please leave your comment. Pujian dialu-alukan. Hakhak.

No comments:

Post a Comment

cakap aje..saya layan..

Popular Posts