Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah
Powered By Blogger

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Saturday, January 25, 2014

Jangan Curi Hatiku 3

Happy reading, guys...or should I say, awak? Huhu. Takpe..takpe...Saya tetap hargai korang yang sudi membaca.


3

“Tak sangka akhirnya sampai juga jodoh kau eh!.”
Gelas berisi air sirap diteguk sedikit rakus. Senyum-sumbing Ikmal di sebelah buat dia rasa macam nak campak saja gelasnya ke meja.
“Pandailah kau bercakap. Kena kat batang hidung kau nanti, hah, baru tahu langit tu tinggi ke rendah, beb.” Marahnya terlampias.
Ikmal ketawa suka. Tak sangka betul yang Badri akhirnya terperangkap dalam pelan cari jodoh Datin Asma. Ingatkan bila Badri dah jadi CEO syarikat, adalah yang Badri berkenan dekat syarikat tu, tapi rupanya tak juga.
Sebagai kawan sejati yang risaukan Badri, dia sebenarnya sokong seratus-peratus tindakan Datin Asma menjodohkan Badri dengan anak guru mengajinya dulu. Anak orang baik-baik tu, nak apa lagi?
Cantik pun cantik. Bijak. Ada kerjaya. Dah lebih dari cukuplah tu.
“Relax, okay. Pengantin baru kenalah cool.” Bahu Badri ditepuk-tepuk. “Auni tu okey apa. Cukup pakej. Anak ustazah pula tu.”
“Berhenti sebut nama dialah, Mal. Rimaslah.”
Kedua tangannya Ikmal angkat tinggi. Surrender. Nampak gayanya, dalam pada ada sifat penurut Badri, marah juga dia. Dia pun sebenarnya tak faham dengan Badri. Sungguh-sungguh dia merayu dekat Datin Asma supaya batalkan saja rancangannya tapi sampai sekarang, dia yakin Badri tak pernah suka mana-mana perempuan.
Jadi apa masalahnya kalau Badri terima saja Auni Zara tu dengan hati terbuka?
Dari pandangan lelakinya waktu melihat isteri yang baru saja diakad nikahkan dengan Badri tu nampak sopan saja. Anak ustazah kut. Insyaallah baik.
“Tak apalah kalau kau belum boleh terima Auni tu sekarang. Aku cuma boleh doakan yang terbaik untuk korang berdua.” Mana tahu, berkat doanya nanti Badri dan Auni boleh jadi pasangan suami-isteri yang bahagia. Kan?
Rengus kasar Badri dibalasnya dengan senyuman. Jam di tangan dikerling. Pukul 10 malam. Orang ramai yang tadi memenuhi dewan sudah berkurang jumlahnya. Ada yang tinggal pun cuma sepupu-sepupu Badri dan adik-beradiknya yang dua orang tu.
Disebabkan Badri jugalah, majlis nikah dan resepsinya dibuat tak semeriah waktu adik-adiknya kahwin dulu. Badri cuma mahu majlis serba sederhana. Ini pun, nasib baiklah Badri berjaya dipaksa oleh Datin Asma untuk bersanding.
“Eh, Bad! Aku dah nak kena gerak balik ni. Dah lewat. Esok aku kena kerja. Kau lainlah. Cuti honeymoon.” Usiknya nakal. Kain sampin yang masih setia melilit pinggang dikibas sekali lalu.
“Awal lagi kut. Baru pukul 10.”
Ikmal cepat menggeleng. Awal apanya kalau dah pukul 10. Karang dia bangun lambat, datang ofis lambat, dia juga yang kena.
“Tak ada. Tak ada. Aku nak balik. Kau pergilah naik atas. Check Auni dah ready ke belum. Dah lama tu dia naik atas tunggu kau.”
Badri sengaja menayang muka tegang memandang Ikmal yang mengekeh ketawa. Ingat dia jenis lelaki macam mana yang senang-senang hati nak merampas mahkota perempuan yang dia tak suka?
“Kau jangan nak main kasar eh!.”
Dari mengekeh, ketawa Ikmal jadi bertambah kuat. “Relax, bro. You’re going to be just fine. Doaku bersamamu, sahabat.”
“Cis!.”
“Good luck, Bad. Do your best!.” Usikan Ikmal masih tak berhenti. Ditepuk-tepuknya bahu Badri dengan senyum nakal.
Belum sempat Badri membalas, bahunya tiba-tiba terasa berat dirempuh seseorang. Mujur tangan Ikmal cekap menahan. Kelibat Bisyri yang pucat memandangnya buat dia jadi pelik sendiri.
“Apa hal adik ni? Pucat aje muka.” Tegurnya. Sumpah, muka Bisyri pucat mengalahkan mayat.
“Pengantin.”
“Pengantin apanya?,”
Tangan Bisyri turun naik sama pantas dengan gerakan dadanya. Dia cuba untuk menarik nafas tapi susah. Dadanya sudah rasa sempit yang amat.
Datin Asma yang tadinya ralit melayan adik-beradiknya berbual bersama Puan Aisya di meja sebelah datang mencelah. “Kenapa ni, adik? Muka pucat bagai ni. Jangan takutkan mamalah. Adik okey ke?”
“Ma..peng..pengantin..ma…pengantin…” tercungap-cungap dia menuturkan dalam sibuk nak mencari nafas.

“Pengantin apa?.”




Jazakallahu khairan, ukhti for reading. ^-^

2 comments:

cakap aje..saya layan..

Popular Posts