Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Thursday, April 8, 2010

Mr & Mrs BFF 17

“Hah, Khusyairi. Meeting tu tak jadi petang ni. Postpone pergi minggu depan.”

Jeritan kuat itu menarik perhatiannya. Di balik pintu, Munirah mengangkat tangan tanda bagus dan spontan bibirnya mengukir senyuman. Syukur alhamdulillah!

“Betul tak jadi?.”

“Lah, buat apa saya nak menipu pula. Tak ada hallah nak kelentong bos sendiri. Meeting kena tangguh sebab bos besar ada hal lain nak selesaikan dekat HQ.”

“Oh, baguslah. Saya pun tak selesai nak revise case lagi. Takut pula kalau Datuk naik angin. Silap-silap, ada yang kena potong gaji nanti. Bertambah miskinlah saya.” Selanya dengan gelengan.

Disebabkan sibuk menjaga Amishah di hospital, perjalanan projek mereka masih ada yang belum dia dalami sepenuhnya. Memang mengejutkan apabila dia dikejutkan dengan berita bahawa hari ini Datuk Rahman akan turun padang mahu mengadakan mesyuarat. Mahu disembur dia nanti kalau ada maklumat yang diberikannya tidak memuaskan hati.

“Hish, mustahillah bos pula yang kena marah. Orang kepercayaan dia sendiri.”

Khusyairi menggeleng. “Jangan berharap sangat. Datuk ni lain sikit orangnya.”

“Insyaallah, tak mungkin.”

“Mudah-mudahan macam itulah juga.” Doanya.

“Lagipun bakal menantu, mana boleh nak perkecilkan macam tu aje. Ye tak?.”

Entah kenapa, kata-kata itu hampir membuat dia menyemburkan air milo panas di mulutnya ke lantai. Bakal menantu?

“Hish, apa kamu cakapkan ni? Bakal menantu apa?.”

Munirah senyum simpul. Semua orang sudah tahu Nurainah gila bayang dekat Khusyairi. Takkanlah Khusyairi sendiri tak perasan pula? Ke saja buat-buat tak faham pula kot?

“Alah, bos. Dah masuk perahu, janganlah buat-buat tak tahu.”

“Apa pula masuk perahu semua ni? Hish, tak kuasalah saya nak bercakap dengan awak, Mun. Awak ni kalau bab merepek memang nombor satu. Dah, sekarang get me the file. Saya kena siapkan cepat sebelum jam empat. Nak balik awal!.”

Sekali lagi Munirah senyum sendiri memandangnya penuh erti. Belum pun sempat dia mahu bersuara, dari arah belakang, seorang gadis berbaju kurung pesak biru muncul. Serentak dia mengeluh di dalam hati.

“Syairi!.”



Dengan beberapa barangan basah yang begitu terhad di dalam peti sejuk, Amishah cuma mampu menyediakan hidangan makan malam yang ala kadar.

Di atas meja, tempe goreng bercampur kacang bersalut madu, ayam percik tak cukup bahan dan sayur kangkung tanpa belacan sudah sedia menunggu. Pukul tujuh dia sudah siap memasak tetapi Khusyairi memberitahu dia akan balik sedikit lewat.

Walau kecewa tetapi dia cuba memujuk hati. Memang Khusyairi sibuk bekerja. Apa boleh buat. Lagipun sedikit sebanyak, kesibukan lelaki itu bukan saja-saja. Tiap bulan, lima enam ratus masuk juga ke dalam akaunnya.

“Tak apa. Nafkah dari suami kau.” Itu alasannya bila Amishah cuba menolak pemberian itu. Besar sangat jumlahnya!

“Ri, aku kan dah ada gaji. Aku makan seorang aje. Bagi mak dengan abah sikit, ada banyak lagi untuk aku.”

“Shah, kita kahwin olok-olok pun, nafkah tetap kena jalan. Kalau tak nak pakai sekarang pun boleh simpan. Mana tahu nanti nak kena pakai.”

“Nafkah?.” Amishah tahan debaran. “Zahir dan batin ke?”.

Dan yang kedengaran selepas itu cumalah bunyi ketawa Khusyairi.

Ah, Khusyairi! Mengingatkan lelaki itu, Amishah menjeling jam di dinding. Sudah sejam melewati pukul tujuh. Khusyairi masih belum muncul juga.

Amishah meletak kepala di penjuru sofa. Selesa sebentar rasanya sebelum telefon di atas meja kopi bergetar. Mesej!

Melihat sahaja nombor yang tertera pada skrin, senyumannya melebar pantas. Namun seketika cuma apabila selepas itu, dia kembali berbaring. Dengan hati yang kecewa. Dan sebal!

I’m so sorry, dear. Aku kena stay back sekejap. Lepas ni kalau semua inspection process siap, aku akan balik secepat mungkin. Tunggu tau.

Ah, apalah gunanya menunggu kalau cuma kecewa yang akan aku dapat? Keluhan kecilnya terlepas lagi. Penat memasak yang tadinya sudah hilang kini terasa mengisi seluruh ruang hati. Terasa sengal otot sendi dibuatnya.

Pukul sembilan setengah!

Khusyairi menoleh ke arah jam di dashboard kereta. Risau dan bersalah menguasai diri. Entah macam mana agaknya keadaan Amishah di rumah sendirian!

Selepas selesai dengan tugasnya pukul lima setengah tadi, dia sudah berkira-kira mahu terus pulang sebelum Nuraina muncul sekali lagi, dengan niat yang sama.

Pertama kali dia datang, Khusyairi sudah berhasil menipu namun kali kedua itu tadi, dia terperangkap dalam jeratnya sendiri. Alasan kononnya dia sedang berpuasa terbongkar apabila wanita manja itu melihat dia meneguk air mineral di dalam pantry.

“Oh, kata puasa! Awal berbuka nampak?.” Sergahnya dengan senyuman melirik mesra.

Khusyairi cuma mampu mempamer sengihan tak berharga. Kantoi! Betul-betul dia kantoi!

“Ermm...I memang puasa tadi tapi rasa tak sedap badan pula. Jadi I makanlah panadol.”

“Lah, tadi kata puasa. Sekarang kata tak sedap badanlah pula. Nakallah you ni, Syairi! But I like it.”

Dan sebelum sempat dia mengelak, lengannya sudah disambar terus dipeluk erat. Ah, bertambah lagilah dosa nampaknya! Kalau diikutkan hati, sebenarnya dia memang sungguh-sungguh tak mahu keluar dengan gadis seorang itu.

Dengan Nuraina, makannya berjam-jam. Dari pukul enam masuk ke dalam restoran sampailah ke pukul lapan.

“Mengada-ngada!.”

Nuraina memang mengada-ngada. Makannya sengaja dilambat-lambatkan. Menyudu ais krim pun macam dihidangkan batu. Mengunyah macam nenek tua.

Lepas dah kenyang, merengek pula minta temankan ke kedai pakaian. Khusyairi seakan hendak pengsan bila dia diusung ke sana ke mari. Dan hampir-hampir mati bila dibawa memilih pakaian dalam. Sungguh tak sopannya anak gadis Datuk Rahman! Belajarnya sampai ke luar negeri tapi akalnya pendek.

Itu pun nasibnya memang sangat baik malam ini. Kalau selalu Nuraina akan berjalan mengeliling satu pusat membeli-belah, kali ini gadis itu tiba-tiba disuruh pulang segera ke rumah oleh ibunya.

Dia pun apalagi. Sebaik sahaja berpura-pura berat hati melepaskan Nuraina, segera bergegas masuk ke dalam kereta dan kini dia sudah pun sampai ke blok apartmentnya.

Langkah kakinya lemah gemalai menaiki tangga. Briefcasenya ditinggalkan saja di dalam kereta. Penat. Di atas sana, dia cuma mahu menumpukan sepenuh perhatian kepada Amishah.

p/s : salam ukhwah salam alaik....minta ampun banyak2 sebab terlalu busy dan mengabaikan perasaan korang yang tertunggu-tunggu ( bling..bling..yeke???)...harap masih ada yang sudi membaca garapan karut saya ni....

5 comments:

  1. dah ada watak antagonis la pulak..
    teruskan sambung yerrr...
    jgn risau, kalau dah takda org yg nak baca garapan mengarut lagi kalut ni, saya kan ada!!
    saya setia aper??

    ReplyDelete
  2. hahaha..wendy..pandai nampak..hehe..bagus...

    ReplyDelete
  3. bengang betul bace...
    apelah khushairi ni...
    tak faham ke yang nuraina tu gila kat die..
    yang pergi rahsiakan status die tu buat aper?
    gram bbetul..

    ReplyDelete
  4. khusyairi x solat maghrib ker???

    tpi btulla... nape die mesti rahsiakan status..
    x ptut betul..
    sian amishah

    ReplyDelete
  5. ooo... inilah org yg tepon Ri ari tu... naper dia x bgtau yg dia dah kawin??? sian Mishah...

    ReplyDelete

cakap aje..saya layan..

Popular Posts