Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Monday, April 26, 2010

Mr & Mrs BFF 20

“Ada hikmah juga ya hujan tu turun malam ni, yang.” Khusyairi berbisik suka di telinga isterinya membuatkan Amishah meremang bulu roma.
Ini bukan kali pertama mereka tidur berdua di atas katil yang sama tapi entah kenapa kali yang ini jantungnya mengada-ngada tak mahu berhenti berdegup. Tapi kalau berhenti berdegup, maksudnya dah mati...ah..
Mungkin sebab aku dah suka dekat dia ke?
Seram sejuk rasanya. Hujan yang tadi lebat mujur sudah semakin reda. Tapi sejuk di dalam dirinya saja yang tak mahu reda. Semakin rapat tubuh Khusyairi, semakin dia terasa mahu menangis.
“Jauh sikit boleh tak?.” Pintanya dalam malu.
“Alah, takkan peluk pinggang pun tak boleh? Aku kan suami kau. Tak berdosa pun.”
“Memanglah tak berdosa tapi...”
“Tapi apanya? Tak salah. Ke kau tak suka aku dekat dengan kau? Tak suka aku tidur atas katil ni dengan kau?.”
“Hish, bukanlah cuma..”
“Bukan? Jadi kau sukalah aku tidur sama dengan kau ya?.” Khusyairi senyum penuh harapan. Dagu lekuknya diletak pada bahu Amishah. Malam-malam yang sejuk seperti ini...berkongsi selimut dengan Amishah yang wanginya terasa melebih-lebih pula malam ini...oh, kuatkan imanku!
“Ri!.”
“Okey...okey, janganlah marah. Gurau aje.”
“Ri!.”
“Yelah, aku tidur. Aku tak dekat-dekat dah.” Spontan tangannya melurut jatuh ke tilam. Daripada Amishah merajuk, dia rela menyimpan perasaan dalam hatinya yang semakin mengganas ini.
Khusyairi mengalihkan tubuh membelakangkan Amishah. Matanya sudah mahu terpejam apabila guruh berdentum kuat secara tiba-tiba menyebabkan seseorang di belakangnya tiba-tiba sudah memeluk tubuhnya. Dia tahu dia lelaki tapi mukanya terasa ketat dan panas semacam tiba-tiba. Shah?


Perjalanan yang sepatutnya hanya memakan masa setengah jam menjadi sejam dibuatnya. Dalam hati, dua-dua enggan berpisah.
Khusyairi sengaja menekan sedikit sahaja pedal minyak. Meter di depan mata pun baru mencecah 50 km sejam. Jelingan dua tiga pemandu lain yang memotong dibiarkan dengan riak selamba.
Amishah di sebelah menekur pandangan ke luar tingkap. Malu ada, bahagia pun ada. Malu sebab sekarang dengan rasminya Khusyairi sudah tahu macam-macam tentang dirinya. Bahagia sebab dia dapat merasa kasih-sayang lelaki seorang ini. Lelaki yang paling memahami tapi manjanya mengalahkan anak-anak kecil. Kuat merajuk tapi dia suka memujuk.
“Errr....tak nak singgah hi-tea dulu ke?.” Antara dengar dan tidak suara Khusyairi memecah kesepian di dalam kereta. Amishah telan liur.
Sejak kejadian semalam, ini baru kali ketiga dia mendengar suara suaminya. Entah Khusyairi malu atau apa? Tapi takkanlah dia malu? Sejak semalam senyum memanjang tengok orang tu apa?
“Ermm, terpulang pada kaulah. Aku ikut aje.” Walau malunya setebal pasir di pantai, dia sedaya upaya mahu berlagak biasa. Kalau tidak, Khusyairi mesti akan mengejek nanti.
“Okey.”
Angguk serentak. Kereta dibelok perlahan masuk ke satu simpang. Amishah diam memandang ke luar. Sunyi semacam. Satu dua kereta saja yang kelihatan.
“Eh, kita nak pergi mana ni?.”
“Pergi minumlah. Kenapa?.”
“Tak nampak restoran pun? Kau nak bawa aku ke mana sebenarnya?.”
Entah soalannya menampakkan sangat kerisauan atau kebodohan, tapi Khusyairi sudah menepuk pehanya dengan gelengan tak berhenti. Sekali lagi kereta membelok masuk ke satu simpangan lain. Sehinggalah sampai ke satu kawasan, Amishah sendiri terangguk-angguk.
Berderet kereta pelbagai bentuk di kawasan tempat letak kereta di luar sana. Suasana riuh di kawasan pantai dan restoran. Spontan matanya singgah memandang orang sebelah.
“Jom keluarlah. Kita minum dulu ya. Ada sejam lebih lagi nak masuk kapal kan.”
Amishah angguk pantas. Belum sempat mencapai beg tangan yang diletak di tempat duduk belakang, Khusyairi sudah lebih pantas bertindak.
“Thanks.”
“Benda kecil. Jom keluar.” Ajaknya sekali lagi.
Amishah segera membuka pintu mendapatkan Khusyairi yang sudah berdiri meluruskan pinggang di tepi kereta. Letih agaknya!
Tadi setengah hari lelaki itu ke tapak pembinaan kemudian pergi berurusan di bank sebentar sebelum pulang ke rumah solat dan makan. Dan kini terpaksa pula menghantarnya ke airport.
“Nak minum apa, yang?.”
“Teh O ais limau cukuplah. Kau nak makan apa-apa ke?.”
“Rasa kenyang dengan nasi ayam kau masak tadi. Sedap sangat. Tapi aku nak minum macam kau juga.” Memang nasi ayam yang disediakan Amishah tadi mengancam selera siapa pun yang merasa. Sampai dua kali bertambah dibuatnya.
“Iyelah sangat sedapnya tu.”
“Betul, sedap. Tapi entah bilalah baru aku dapat merasa lagi nak makan masakan kau bila balik dari office.” Anak matanya singgah terus ke wajah Amishah.
Walaupun dia tidak pasti dengan perasaan sebenar Amishah padanya namun hal semalam itu...seolah-olah membuktikan bahawa isterinya ini turut menyimpan perasaan yang sama...tapi benarkah telahannya ini?
Ah, entah betul entahkan tidak....
Amishah yang dia kenal sejak kecil memang suka mengalah pada macam-macam kehendaknya. Apakah hal semalam itu cuma kerana dia tidak sampai hati mengecewakan aku? Seperti kebiasaannya?
Tapi....
“Ri?.” Panggilan lembut dengan usapan di tangannya membuatkan dia lekas-lekas meraup muka. Melihat pelayan lelaki yang berdiri dengan dua gelas air di atas dulang, Khusyairi tersengih menutup malu.
“Thanks.”
“Jemput minum, kak, bang.”
“Ya..ya..” Laju anggukannya. Amishah di sisi sudah tergeleng kepala. Macam-macamlah Khusyairi ni..
“Menungkan apa panjang sangat tu? Sampai tak sedar budak tu dah berdiri lama tengok kau.”
Sekali lagi dia senyum. Menjeling pada Amishah yang masih cuba menahan ketawa. Manisnya riak muka Amishah membuat dia lupa seketika pada soalan gadis itu.
“Ri? Ri?.”
“Hah?.”
“Apa hal ni? Aku tahulah kita dah nak berpisah sekejap lagi tapi tak usahlah kau dok usha muka aku sampai macam tu sekali. Tak bertambah cantiknya pun.”
Memanglah tak bertambah cantik tapi kau memang yang paling cantik dalam hati aku sekarang dan sampai bila-bila pun, shah...
“Tengok tu! Pantang aku cakap sikit, dah mula balik mengelamun dia tu.”
“Eh, aku bukan mengelamunlah, yang...suka buat tuduhan melulu macam tu.” Dia cuba berdalih. Teh O ais limau di depan mata segera dicapai.
Panjang cebikan Amishah mendengar jawapannya. “Habis tu? Berfikir ya?.”
“Tak adalah. Aku sedang menikmati keindahan alam.”
“Keindahan alam?.” Peliknya. Spontan Amishah meliarkan pandangan ke segenap ruang. Bukan nak mengata tapi pantainya tak boleh dikategorikan pun sebagai indah. Pohon ru pun macam dah berpuluh tahun tak bercantas. Ini...restoran ini sendiri pun amatlah uzur. Bak kata orang, sekali diserang anak-anak kecil tsunami, sudah lama restoran ini dibawa masuk oleh ombak ke dalam laut. “Alam mana yang kau tengok?.”
“Alam..alam sekitar...kan cantik, mendamaikan, sampai susah nak hilang dari pandangan dan fikiran.”
Amishah angkat kening dengan senyuman bermakna, yang hanya dia sendiri mengerti maksudnya. “Apa-apa ajelah, Ri. Tak habis-habis.”
Khusyairi ketawa bahagia di dalam hati. Ah, bahagianya kalau Amishah boleh menambah cuti! Dia mahu menikmati keindahan ‘alam’ ini sekali lagi, sepuas-puasnya sebelum berpisah...oh, tuhan, aku cinta isteri aku!

7 comments:

  1. wah..mereka dah share rasa yg sama ke cikgu tyea??

    ReplyDelete
  2. akhirnya....tiba2 hujan lebat dan flight delay...haha...kuang3

    ReplyDelete
  3. seronok jer kan si kusyairi tu...
    harap2 ank dato' tu sedar la yg kusyairi tu dah kawen..

    ReplyDelete
  4. wahh..
    cikgu, boleh tanya soklan kontroversi ker??
    dorang tu dah ehem..ehem.. ke??
    terima kasih..

    dorang tu pasti ke dengan perasaan masing2??

    ReplyDelete
  5. sweet2... bila la shah & ri nk tukar panggilan dr aku & kau ni... x proper la bila dah kawin... hehehe...

    ReplyDelete
  6. To Miz Ruha :
    Tima kaceh daun keladi..lain kali pujilah lagi..haha
    To akak :
    begitulah nampaknya..hehe...
    To Ly :
    Ehem..ehem..yeke? tunggu...
    To Sue :
    Asalkan ada cinta, happy bah..hehe
    To Wendy :
    Hehe..kau erk..ehem2 yang kau tanya..hehe..kau rasa macam tu ke?
    To Alreinsy :
    Haha..itulah pasal...

    ReplyDelete

cakap aje..saya layan..

Popular Posts