Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Friday, January 23, 2009

An Andalusia's Story 7

Aku betul-betul trauma. Terkejut. Tak sangka. Aku tahu dia memang gatal orangnya tapi ingatkan dia hormat dengan aku. Syukurlah bos datang tepat masanya.
Waktu aku bergelut dan makin hilang tenaga itulah dia datang menyelamatkanku.
“Bos.”
Rasa malu pun aku dah tak rasa bila aku terus peluk dia. Iyelah, kesucian aku hampir diragut. Siapa yang tak takut sangat.
Sempat juga bos hentak kasut tumit tinggi aku di kepala datuk sebelum kami kelam-kabut lari. Beg pakaian pun nasib baik dah kemas.




“Liya, makan dulu yerk.”
“Tak apalah, bos. Saya dah tak ada selera.”
Dia panggung kepala. Pegang pipi aku. “Kalau bos lapar, bos makanlah dulu. Saya tunggu bos.”
Lama kami bertentang mata. Dengan bos, aku rasa agak selamat. Selama ini kami asyik berdua, tak pernah dia nak ambil kesempatan. Padahal peluang dan ruang untuk dia banyak sangat.
Di hotel pun selalunya bilik kami mesti bersebelahan. Dia hantar aku sampai depan pintu, jemput aku malah kadang-kadang kalau dia dah nakkan sesuatu dokumen tu, dia akan masuk aje bilik aku suka hati dia.
“Hmm..saya tak lapar sangat. Kalau tak nak makan, kita terus balik. Ok?.”
Aku angguk. Sekarang pun dah nak malam, kalau lambat-lambat sangat nanti tengah malam pula baru sampai kat rumah. Dah lah buat report polis tadi lama sangat.
Sepanjang jalan, aku asyik melamun dan akhirnya terus tidur. Bos ajak juga berbual tapi aku rasa mengantuk sangat. Entah sampai mana baru aku bangun bila terasa kereta berhenti.
“Bos?.”
Eh, mana dia ni? Aku kat mana ni? Perlahan-lahan aku cuba tengok kawasan sekeliling. Restoran. Bos?
Kelam-kabut aku keluar dapatkan bos yang tengah makan nasi. Aku betul-betul takut duduk seorang dalam kereta. Gelap pula tu.
“Lah, lapar ke?.”
“Bos ni tinggalkan orang macam tu aje. Saya takut tau.” Hampir-hampir air mata ni nak keluar.
“Sorry, liya. Liya tidur tadi so saya malaslah nak kejutkan. Marah?.”
“Tak. Saya suka sangat.”
“Alah, janganlah marah. Saya tak ada niat nak tinggalkan awak tadi.”
Aku diam. Dia juga diam. Nasi di pinggan dia masih banyak. Mesti dia lapar sangat. Sekarang pun dah pukul sembilan.
“Lapar tak?.”
Aku angguk lagi. Memang aku lapar. Tengah hari tadi pun aku tak makan.
“Kita share ok? Kalau nak order, lambat pula.”
“Share?.”
Selambanya mamat ni. Eeii…tak pernah aku share makanan dengan orang selama ni. Dengan mak pun tak. Ini dengan bos?
“Share ajelah. Senang.”
“Heeiii, senang ke kedekut? Takut saya order yang mahallah tu.”
“Ya Allah, kedekut apanya. Lain kali saya belanja awak makan kat hotel. Order lah apa aje yang awak nak. Saya tak kisah.”
“Alah…entah betul entah tak.”
“Nak makan ke tak?.”
Hish, geramnya dengan mamat kedekut ni. Tapi aku tetap ambil sudu kat tangan dia. Lapar gila ni.
“Eh, tapi..”
“Apa lagi?.” Tangan dia makin laju menyuap daripada tadi.
Entahlah, mungkin perasaan aku aje tapi aku rasa dia jadi tambah selera pula makan dengan aku. Setahu aku dia bukannya selalu makan nasi waktu malam begini.
“Kita share nasi ni, bos ni tak ada AIDS ke?.”






“Eh, liya. Bila lagi kau nak masuk kerja ni hah?.”
“Aku cuti lah. Kalau aku tak masuk pun kenapa? Kau rindu kat aku ke?.”
“Hmm..masalahnya bukan aku. Tu bos kau tu. Kesian aku tengok dia. Buat air sendiri. Buat itu ini pun sendiri.”
Bos aku? Syaitan tu dah lepas ke?
“Datuk tu?.”
“Datuk apa pula?.”
Eh, Amirah ni nak mainkan aku ke? Siapa lagi bos aku sekarang kalau bukan orang tua sial tu?




Ke mana pula semua barang-barang aku ni? Dah lah aku sampai aje tadi semua orang tengok aku lain macam. Takkan diorang dah tahu pasal kes aku tu? Tapi siapa yang gatal sangat mulut tu?
Bos? Ish, dia bukan macam tu orangnya. Dia jarang nak malukan orang. Tapi kalau bukan dia siapa lagi? Mana ada orang lain yang tahu pasal kes orang tua gatal tu.
“Eh, Liya? What are you doing here?.”
Khairani?
“I kerja lah. Ke saya dah kena fired ni? Barang-barang I semua dah tak ada. Siapa yang buang?.”
Aku risau separuh mati, dia boleh pula senyum macam ni. Kenapa dengan semua orang ni hah?
“Rani? I kena fired ke?.”
“Fired? Siapa fired you?.”
“Habis mana barang-barang I?.”
Khairani menggeleng. “You tak tahu ke I dah kena balik ke position I? Ini meja I sekarang.”
Kena balik position asal? Tapi itu dia. Aku ni????

3 comments:

  1. haha...x sbr nk tgu smbgn die..hehe

    ReplyDelete
  2. cepat2 sambung k....best...

    ~mia~

    ReplyDelete
  3. insyaallah kalau ada kesempatan tapi sepanjang minggu ni mungkin x dapat kot..saya balik kampung..susah nak dapat line..upload pun susah kan??

    ReplyDelete

cakap aje..saya layan..

Popular Posts