Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Tuesday, March 3, 2009

An aNdAluSia'S StOrY 21

“Kau dengan lelaki yang kau panggil bos tu, ada apa-apa ke?.”

“Hah?.” Sekali aku kuatkan suara, semua yang bising-bising tadi tiba-tiba diam. Hah...

“Mana ada apa-apa pulak? Akak ni serkap jarang aje.”

“Eleh, aku tengok dia lain macam aje dengan kau tau. Kau layan dia pun dah macam layan suami.”

What???? Part ni aku dah tak terkata apa dah. Speechless.



Tetamu dah mula berduyun datang. Mak aku tengok macam tak menang tangan aje kat depan tu dengan nenek. Maklum ajelah, first wedding jadi mak jemput pun macam nak satu negara ni aje.

Aku pula sibuk kat bahagian dapur. Tolong isikan bekas makanan sebelum budak-budak lelaki pergi hantar kat khemah hidangan. Nanti kalau orang-orang office sampai, baru aku tukar pakaian duduk melayan kat depan.

Bos masih kat bilik. Lepas makan ubat, dia terus tidur. Aku tak sempat nak pergi jenguk lagi. Lagipun panas badan dia dah kurang jadi tak adalah dia lemah macam semalam.

Kebetulan pula baju melayu yang dia suruh bawa semalam sesuai dengan tema kitorang. Tapi bila dah aku selesai iron baju tu, aku pula yang malu sendiri.

Apa pula orang kata nanti? Pakai baju sedondon? Hish, tak naklah aku!!



“Wow, besarnya hadiah!!!.”

Dania dengan Khairil ni macam orang baru balik fun fair aje. Dengan hadiah macam ni punya besar.

“Aku punya walaupun kecil tapi aku nak kau tau benda ni mahal sangat.” Usik Amirah.

Linda, Kak Mun sekeluarga, Gary dengan tunang dia, Asyraff dengan..Asyraff?

“Eh, macam mana kau boleh ada kat sini pula?.”

Cakap semalam mak dia sakit masuk hospital, ini ada pula dia kat rumah aku?

“Mak dah boleh discharge petang nanti. Kau ni pun macam tak suka aje aku datang tau.”

“Aku bukan tak sukalah. Aku..”

“Liya?.”

Dengar aje suara tu, semua diorang diam. Tolak aku ke tepi dan terus serbu ke belakang. Adoilah...dah lah tadi sangka aku yang nak nikah. Ni kalau aku jatuh terbongkang dekat sini, siapa nak tanggung malu? Aku juga.

“Bos macam mana boleh ada kat sini lagi awal dari kitorang? Bukan ke bos demam semalam?.”

Pertama kali, aku nampak reaksi dia gelabah. Muka dia memang dah jadi merah padam. Nasib baik aku masih boleh buat selamba.

“Bos demam. Tak ada orang nak jagakan so aku ajaklah tinggal sini. Lagi pun senanglah bos nak tolong-tolong aku kat sini. Tak gitu, bos?.”

“Betullah.”

“Tapi aku musykil juga kenapa korang pakai baju color sama ni? Family liya pakai color purple. Korang pula color brown. Ada apa-apa ke ni? Bos? Liya?.”

Ish, iye ke color sama? Aku tengok baju kebaya aku color brown memanglah. Ini baju baru aku buat. Tapi baju melayu bos?

“Bos? Saya iron baju warna purple kan? Kenapa pakai baju lain pula?.” Hah, tak tau menghargai orang langsung. Aku dah susah-payah tolong dia iron, dia bukannya nak pakai. Cis!!!

“Ironkan?.”

“Yalah. Aku penat-penat tolong iron. Dia buka..”

“Kau tolong ironkan baju bos, liya? Eh, aku rasa macam korang ni..”



Adoi, apa hal lah mulut aku ni tak boleh nak control langsung hah? Bos pun yang dia pergi cari pasal pakai baju sedondon juga dengan aku apa hal? Kan sekarang semua orang dah salah sangka. Hish, monyet betul!!!

“Liya, pergi kemaskan pakaian si armand.”

Huh, jangan harap! Dia bukan tak ada tangan nak kemas sendiri. Nak suruh-suruh orang pula.

“Liya, tolong kemas. Armand tu sibuk tolong orang cuci pinggan kat bawah. Kejap lagi kan dia dah nak balik.”

“Tak nak, mak. Biarlah dia kemas sendiri.”

“Liya.”

Huh, aku nak tidur. Dahlah semalam aku kena tidur atas lantai. Lenguh badan. Sekarang aku nak tidur balik kat katil aku yang maha empuk kat dalam dunia ni.

Ahh...selesanya!!!!



“Liya.”

“Hmm...”

“Bangun kejap.”

Ish, siapa pula ni? Eh?

“Bos?.”

“Saya nak ambil baju melayu saya.”

“Ambil ajelah. Bos dah nak balik ke?.”

“Memang nak balik tapi tak siap kemas lagi. Baju melayu saya tu.”

“Kenapa?.”

“Awak bangunlah kejap. Saya nak ambil baju saya tu.”

Bangun? Aku mula garu kepala. Kepala? Rambut? Ahh....nampaknya dia dah puas tengok aku tak pakai tudung. Ya Allah!!! Kelam-kabut aku sarung tuala kat kepala. Bos dah mula sengih.

Bila aku duduk, baru aku perasan aku dah himpit baju melayu purple dia. Kenapa letak atas katil? Apalah...

“Lah, yang bos pergi simpan atas katil kenapa? Kan dah berkedut, padan muka.”

“Ish, tak cakap sorry pun.”

“Bukan salah saya. Saya iron dah cukup bagus tau.”

“Nanti dah jadi isteri, bukan cukup bagus lagi. Kewajipan.”

“Mana ada dalam quran, isteri wajib iron baju suami? Lagipun kalau saya kahwin nanti, suami sayalah yang kena iron baju saya. Gilir-gilir. Minggu ni saya, minggu depan dia.”

“Nak macam tu ke?.”

“Eh, mestilah. Suami isteri mestilah kena tolong-menolong. Takkan nak tengok orang perempuan aje buat kerja.” Aku memang pantang dengan lelaki pemalas. Semua kerja nak harapkan bini. Kalau laki aku macam tu nanti, siaplah dia.

Dia lipat baju dia ala kadar aje. Sambil melipat, dia tenung aku. Hmm..

“Mari saya ajar. Lipat baju pun hampeh.”

“Liya.” Baju melayu yang aku pegang dia rampas.

“Apa ni? Saya nak ajar bos lah.”

“Saya nak cakap sikit boleh? Lepas ni baru ajar saya lipat baju tu.”

“Cakap apa?.”

8 comments:

  1. cpat la smbung...
    bile diorg nk kawen ni????

    ~po0h cute~

    ReplyDelete
  2. salam tyea..
    huhuhu...bos nak lamar liya ke tu???
    hehehe...suke2..
    ibu tungguuuu.....

    ReplyDelete
  3. x sbar ni
    cpt ler new n3.... suspen giler

    ReplyDelete
  4. ala...., ni yg leceh ni tergantung. tak sa...bar rasanya. i'm waiting!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  5. hihihihi bile la epi ending tuk couple ni
    lmbt r armand tu
    cpt2 gtau kang melepas kang2

    kak tyea upload new entry cpt ckt ye
    xsabor dh ni hihihi

    ReplyDelete
  6. hai...nie yg xbest nie..
    bru nk feeling lbih2 dah abis..
    slack tul lah...huhuuu
    cpat2 smbng tau tyea..

    ReplyDelete
  7. pe bos nie..
    hahaha

    ReplyDelete
  8. salam tyea...
    time kaseh atas amalan doa tu,..
    ibu dah tulis besar2 kat kertas A4 dan tampal kat dinding bilik diaorg..
    kalo masuk bilik je trus nmpk...ank2 nih kalo x diigatkan x buat...
    jadi ibu yg kreatif nih tulis besar2 pakai maker pen biar jelas sbb ank2 ibu sumenya pakai spek....
    kalo x bca jugak x tau ah....hehehehe
    thx again dear...
    Insya-Allah moga diberkati oleh-Nya....

    ReplyDelete

cakap aje..saya layan..

Popular Posts