Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Saturday, May 22, 2010

Extra sambungan Mr & Mrs BFF 27 : Preview

hurm..dah jadi habitlah pula tulis2 kat atas sini yer..jangan marah..ini alkisahnya nak previewkan pada korang2 yang sweet..cerita baru yg akan aku publish dalam masa terdekat ni tapi 1 episod ajelah..harap korang suka..tinggallah komen, hehe..boleh? boleh? boleh?


1
“Umi, angah nak kahwin!.”
“Apa?.” Hampir terjegil anak mata Puan Maisarah melihat anak gadisnya muncul tiba-tiba di rumahnya dengan usul yang begitu hangat.
“Betul, umi. Angah, anak umi ni nak kahwin.” Balasnya, masih merendahkan suara namun dengan nada yang cukup yakin sekali.
Puan Maisarah tergeleng-geleng. Hairan. Aneh. Sejak bila pula satu-satunya anak gadis yang dia ada ini berani berbicara soal perkahwinan? Bukankah selama ini dia juga yang berkeras nak membujang? Malas nak menjaga hati suami. Malas nak memasak. Macam-macam alasannya.
“Hish, kamu ni suka sangat mengarutkan, angah?.”
“Apa pula yang mengarutnya, umi? Angah cakap betul ni. Kenapa, umi tak suka ke tengok angah kahwin?.” Dia pula cuba mempersoalkan tindakan Puan Maisarah. Lengan wanita bertubuh sederhana itu digenggamnya erat.
“Ada umi cakap umi tak suka ke?.”
“Habis tu, umi buat muka tak percaya. Macam tak suka pula angah nak kahwin.” Dia punyalah menguatkan hati mendedahkan niatnya, uminya boleh pula bereaksi begini.
“Angah, umi lebih dari suka tau. Angah ni dah 30 tahun. Dah kira lewat nak kahwin. Tapi angah cakap nak kahwin, dengan siapa? Orang mana? Umi ni kenal ke? Anak siapa? Baik ke orangnya?.”
Satu demi satu soalan Puan Maisarah disambut gerakan bahu Syuhada. Calon? Bercakap soal calon…
“Mana ada calon, umi.” Lemah suaranya. Antara malu dan kecewa.
“Tak ada calon?.” Sekali lagi Puan Maisarah menjegil anak mata. Disentuhnya lekas dahi Syuhada. Biasa saja. Tak panas pun?
“Kamu kata nak kahwin tapi tak ada calon? Habis macam mana? Astaghfirullah, angah. Kamu ni okey ke tidak?.”
Syuhada cebik bibir tak berapa mungilnya. Dia sudah jenuh dikata andartu. Baik oleh kaum keluarga malah kawan-kawan merangkap pekerja-pekerjanya di kedai buku. Semuanya dengan mulut tak diinsuranskan mengata dia tak laku.
Hendak kata dia tak laku, mungkin ya mungkin tidak. Mukanya manis juga dipandang. Kalau rupa yang jadi sandaran, kawan baiknya di kolej dulu, Humairah, bukannya cantik pun tapi sudah dua kali dia menikah. Mukanya dipenuhi jerawat halus, badannya cukup-cukup makan saja tapi laku pula.
“Tapi umi, angah betul-betul nak kahwin. Walau apa pun yang jadi. Angah nak kahwin.” Rayunya dengan suara keresahan.
Memandang Puan Maisarah yang sudah punya dua orang cucu ini, dia betul-betul berharap.
“Iyalah, nak kahwin pun kena ada pasangan. Nak kahwin dengan siapa?.” Tangannya dielus mesra Puan Maisarah. Cuba untuk tidak merendahkan semangat Syuhada. Syuhada sudah mahu bercakap soal perkahwinan pun dia gembira, apa lagi kalau anak gadisnya ini benar-benar bernikah.
“Umi tolong carikan?.”
Puan Maisarah tuding jari ke arah dada. “Umi pula yang nak kena carikan? Cari dekat mana, angah?.”
“Mana-manalah, umi. Umi kan ramai kawan, cubalah risik-risikkan kalau ada anak bujang diorang yang berkenan dengan angah. Angah sanggup terima. Asalkan dia beragama.”
Biarlah dikatakan orang terdesak. Memang hakikatnya dia sedang terdesak pun sekarang. Tidak lama lagi umurnya akan mencecah 31 tahun. Semakin tua. Dan pastilah semakin tak laku!
“Siapa-siapa saja?.”
“Siapa pun, umi. Angah percaya dengan pilihan umi. Kalau dia datang meminang pun, umi terima aje. Tak payah tanya-tanya angah. Angah cuma nak kahwin.”
“Oh..” Kepalanya diangguk setuju walau dalam hati, simpatinya menggunung tinggi buat Syuhada. Nampaknya keadaan sudah terlalu nazak. Syuhada betul-betul mahu dinikahi! Syuhada mahu kahwin!


Kak Tyea @ love @ T~M~I

3 comments:

  1. wah,,xsbr nk kawen tu,,,
    sape calon nyer,,,,???erm,,,,,

    nk tau nie,,,

    ReplyDelete
  2. eh..ni dah macam cerita dalam mimpin tyea nih..
    sufian ek?haha

    ReplyDelete
  3. to miz ruha & Wendy :
    Huhu..sorry, baru nak komen...at least, waktu2 aku nak nangis ni aku terus happy tengok korang punya komen..thankss....

    ReplyDelete

cakap aje..saya layan..

Popular Posts