Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Saturday, July 17, 2010

Mr & Mrs BFF 34

p/s : Ampuuunn...lambat update..bz bah..hihi..besalah dah nak jadi cegu ni..maaf yer..harap2 xde yg merajuk dgn saya..hihi


Lamunannya tercantas dek ketukan seseorang di pintu biliknya. Air mata yang masih bersisa lekas disapu sebelum dia membenarkan emaknya masuk.
“Kenapa tak keluar makan ni?.” Mak Biah melabuh punggung dengan kerutan berlapis di dahinya. Dahi Amishah dijamah dengan belakang telapak tangan. Sudah berkurangan panasnya.
“Mishah tak selera, mak.”
“Kalau tak selera, mak masakkan bubur ya.” Pujuknya.
Gelengan Amishah lekas dan padu. Dia memang tiada hati langsung hendak mengisi perut walaupun dia tahu sendiri, sudah sehari semalam dia tidak menjamah apa-apa. Paling tidak pun, cuma separuh gelas susu suam buatan emak mentuanya yang dia hirup sebelum balik ke Kuala Lipis pagi tadi.
“Tak elok macam ni. Dah demam berapa hari, kenalah makan sedikit. Biar ada tenaga. Risau mak dibuatnya kalau kamu begini, Mishah.”
“Mak..” bahu kurus Mak Biah diraih lemah. “Mak janganlah risau sangat. Nanti kalau Mishah lapar, Mishah panggil mak ya?.”
“Takkan kamu tak rasa lapar sedikit pun?.”
Amishah menggeleng cuma. Dalam keadaan seperti ini, dia seolah-olah langsung tidak punya rasa lapar.
“Ubat dah makan?.”
“Nantilah, mak.”
“Macam mana nak makan ubat kalau perut tu kosong sangat. Tak nak makan nasi dengan bubur, kamu ada teringin nak makan benda lain ke?.”
Sekali lagi dia menggelengkan kepala. “Mak, Mishah demam biasa ajelah. Nak teringin makan apa pula.”
“Yelah, manalah tahu demam ni sebab ada apa-apa dekat dalam tu.” Bibirnya dijuih ke arah perut Amishah membuatkan Amishah berdebar sendiri. Kuat sangatkah firasat emaknya?
“Tak adalah, mak.”
Mak Biah mengeluh dalam hati. Perlahan-lahan dia mengangkat punggung. “Oh ya, Khusyairi dah sampai Sabah ke?.”
Khusyairi? Amishah terdiam seketika. Dia tidak tahu apa-apa. Telefonnya dibiarkan mati sendiri sejak semalam. Sejak semalam jugalah, dia belum berbicara dengan lelaki itu. Dia tiada hati hendak melayani apa juga yang diperkatakan Khusyairi.
Malahan lelaki itu juga tadinya pergi ke airport dihantar ayahnya. Dia langsung tidak mahu menghantar sama. Dia berpura-pura lemah di hadapan Encik Latif tadi. Mujurlah orang tua itu percaya saja dengan lakonannya.
“Mishah, kalau ada masalah, cubalah bawa berbincang dengan sesiapa. Jangan simpan sendiri.”
Amishah lekas angkat kepala. Sesuatu menjengah di benaknya. Mak Biah dapat tahu dari mana yang rumah tangganya saat ini dilanda badai? Khusyairi yang buka mulutkah? Takkanlah…
“Apa maksud mak?.” Soalnya pula.
Mak Biah mengukir senyuman penuh erti. Bila Amishah bermenung, bermuram durja seperti ini, dia sudah mula merasakan sesuatu. Tambahan pula bila anaknya ini kelihatan tidak mesra langsung dengan Khusyairi.
“Nak, mak ni dah lama hidup. Dah berpuluh tahun menempuh alam rumahtangga. Tak banyak, sikit-sikit tu mak tahulah apa yang berlaku. Mak boleh nampak, Mishah.”
“Err…”
“Dahlah, mak nak keluar dulu. Nanti mak masakkan bubur untuk kamu. Apa pun, kalau rasa nak berbincang dengan abah, bincanglah. Insyaallah abah boleh jadi pendengar yang baik.”






“Kenapa dengan bos ni? Nampak muram semacam aje?.” Tegur Aisyah sebaik selesai membuat pemantauan bersama Khusyairi di tapak projek.
Khusyairi mengalih pandangan. Seketika dia menghadap wajah gadis muda di sisinya, dia teringatkan Amishah. Keluhannya terlepas di luar dugaan membuatkan Aisyah sekali lagi memandangnya aneh.
“Bos ada problem ke?.”
Geleng. Dia memang sedang berdepan dengan masalah, masalah peribadi. Tidak mahu dia berkongsi kisah hati dan perasaan dengan pembantunya ini. Apatah lagi hendak berbincang soal Amishah, isterinya itu. Aisyah tidak tahu pun dia sudah bernikah. Malah tak ada seorang pun di antara para pekerja mahupun rakan-rakannya yang tahu hakikat ini.
“Bos?.”
“Aisyah, aku tak apa-apa. Jom balik office ajelah. Banyak kerja nak siapkan ni.” Akhirnya dia beralasan. Bukan mahu mengelak tapi Aisyah, pembantunya yang baik hati dan sopan-santun ini bukanlah orang yang sesuai untuk menjadi pendengar kepada masalahnya.
Dia mendahului langkah dan sebaik sahaja masuk ke biliknya, sedikit pun dia tidak mampu menyentuh sebarang kerja.
Dalam fikirannya saat ini cuma Amishah. Isterinya yang merajuk tanpa diketahui sama sekali sebabnya itu. Sudah berpuluh kali dia menelefon pun Amishah langsung tidak mengangkat.
Kiriman mesejnya sudah berjela-jela tapi satu pun tidak mendapat balasan. Dia cuma mahu bertanya khabar. Mahu tahu tahap kesihatan isterinya.

12 comments:

  1. ntahla
    borink ngan pompuan merajuk ni
    x puas ati
    direct je la
    tanya kn lebih puas hati
    xyah la simpan sorang2
    mkn diri jer

    ReplyDelete
  2. adesss...pndek sgt lol...
    smbung ag....
    mishah...jgn nk mngada sgt...
    ksian kusyairi..

    >>niCk<<

    ReplyDelete
  3. too short :(

    S'kay,waitin' 4 da next;)

    ReplyDelete
  4. ngada ngada!! lempang laju2 bru tau mishah nie..pd hal ape yg ank bos tue ckp xde laa ape sgt pn..tnyer je laa straight xyah pening2..haishh..mmg boring ngn pmpuan majuk ngada2 nie..haha..

    ReplyDelete
  5. why so complicated boring thp gaban

    ReplyDelete
  6. boring thp gaban so complicated

    ReplyDelete
  7. ala,,,
    nape pendek,,,,??

    xpuas lg bce,,
    nk lg,,,;)

    ReplyDelete
  8. kenapa isteri die tak nak berterus terang je??...
    boringlah macam tue...
    kalau tak pun...
    suruh lah perempuan tue yg buka cerita yang sie pergi ke hotek kusyairi

    ReplyDelete
  9. kak..np wt watak pmpuan bodo mcm mishah' eee meluat laa..ngada2 sungguh..

    ReplyDelete
  10. btl tu eloklh berterus terang tdklh ada slh faham, dln rmh tgga ni msti ada tlk ansur dn berbincang spya rmh tgga stsa dlm harmoni. apa2 pun cpt sbg ye..dn jgnlh pendek sgt x puas bacalh dh hbis.

    ReplyDelete
  11. k.tyea, laju kan skit jalan citer leh? cam penat tgk mishah pendam je prob. mybe settle if terus terang..

    ReplyDelete
  12. to all lovely readers :
    Huhu...sedihnya...terasa macam semua org marahkan aku jer..sedihnya..haha..sabar yer..aku dah tertulis macam ni..hihi..janganlah marah aku..

    ReplyDelete

cakap aje..saya layan..

Popular Posts