Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Wednesday, June 30, 2010

Mr & Mrs BFF 31

wadaaa....hehe..teruskanlah membaca yer..tak tahu nak pesan apa dah, kepala dan hati ni rasa kosong semacam aje sejak kebelakangan ni (Hehe..bukan pasal nak kawen lagi dah)...tak tahu sebab apa..


“Sayang, good afternoon.” Ucapnya ceria. Dia sudah berniat mahu mendaratkan sebuah ciuman selamat pagi di pipi mungil Amishah bila isterinya mengelak pantas.

Tadi dia meninggalkan Amishah kerana perlu bermesyuarat dengan pihak pengurusan syarikat Datuk Rahman. Ada perkara perlu dibincangkan segera. Semasa dia pergi pagi tadi, Amishah masih lena diulit mimpi dan kini dia sampai, Amishah baru membuka mata.

“Kenapa ni, sayang?.” Dia cuba mendekat. Mengelus anak rambut Amishah yang mula mencecah anak mata.

Amishah mengalih tubuh ke arah bertentangan. Membelakangkan suaminya yang semakin tertanya-tanya.

“Sayang, abang salah apa pula kali ini? Marah sebab abang pergi waktu sayang masih tidur ke? atau sebab abang lambat naik?.”

Soalannya tidak berjawab. Dalam kesenyapan itu, seketika kemudian, yang kedengaran cuma esak tangis Amishah. Khusyairi sudah mengetap bibir.

Bukan dia bosan dengan karenah Amishah. Bukan dia malas hendak melayani tangis sendu Amishah. Dia tidak pernah bosan berdepan dengan isterinya ini. Malah kalau boleh dia sanggup melayani apa saja karenahnya.

Tapi dia cukup tidak tahan bila dia dihukum begini. Dihukum tanpa dia tahu apa salahnya sendiri. menghadapi kesenyapan begini, oh Tuhan…

“Okeylah, kalau sayang tak rasa nak cakap sekarang, abang tak paksa. Abang nak mandi sekejap. Nanti abang turun belikan makanan ya. Sayang lapar kan?.”

Amishah kaku di pembaringannya. Khusyairi angkat bahu. Dia bingkas menanggalkan pakaian dan terus berlalu membawa tuala di bahu menuju bilik mandi. Dia rimas dengan pakaiannya, dan sebenarnya mahu menenangkan hati dengan dinginnya air di bilik mandi.

“Sayang, abang turun dulu ya. Nak belikan makanan untuk isteri abang ni. Sekejap lagi abang balik.”

Itu pesanan Khusyairi sebelum dia berlalu turun sebentar tadi. Siap dengan ciuman hangat ditinggalkan di atas dahinya. Memang dia enggan pada mulanya tapi melihatkan riak wajah Khusyairi, akhirnya dia menadahkan saja dahinya kepada lelaki itu.

Perempuan itu…

Fikirannya kembali kepada kedatangan seorang perempuan yang langsung tidak memperkenalkan diri, memandangnya seolah-olah dirinya seorang pembantu rumah paling hina, dan terus mencari-cari Khusyairi.

“Encik Khusyairi Latif mana?.” Soalnya kasar dengan mata melilau memandang ke dalam bilik. Amishah lekas merapatkan pintu.

“Dia sedang meeting sekarang. Ada apa boleh saya bantu? Atau nak disampaikan ke?.”

“Dekat mana dia meeting?.”

Amishah mengerut dahi. “Err..sebelum itu, boleh saya tahu nama cik?.”

“Buat apa kau nak tahu nama aku? Kau siapa? Secretary? PA? atau perempuan simpanan dia?.”

Amishah membeliakkan mata. Celupar! Itu rumusannya saat itu dan rumusannya itu hampir-hampir membuatkan tangannya naik menyentuh pipi wanita di hadapannya.

“Bercakap tu biarlah berlapik sikit.” Dia cuba menahan sabar mengenangkan ada kemungkinan wanita ini ada kaitannya dengan kerja-kerja Khusyairi.

“Like I care!.”

“Suka hatilah, cik.”

“Hei, kau pergi cakap dekat jantan tu, telefon aku secepat mungkin. Aku call dia berpuluh kali pun tak dapat. Dan cakap dengan dia, ingatkan dia tu lelaki budiman, rupanya sama aje macam yang lain.”

“Jantan?.” Khusyairi dipanggilnya jantan?

“Eh, berapa dia bayar kau?.”

“Bayar apa? Aku bukan..”

“Dengan aku dia buat tak mahu. Berlagak alim. Tak sangka betul.”

“What are you talking about, huh?.” Amishah sudah bercekak pinggang. Dalam hati, dia sudah terasa kepedihannya.

“Sudahlah. I have no time to waste. Gotta go.”

Dan wanita itu terus berlalu dengan lenggang lenggoknya yang sumpah pasti menggoda hatta lelaki buta sekali pun.

Tapi bukan itu persoalannya sekarang. Dia cuma mahu tahu siapa wanita misteri itu. Apa hubungannya dengan Khusyairi. Sampai bertelefon berpuluh kali. Siapa dia?

Air mata yang mula menuruni pipi dibiarkan begitu saja. Kenapa Khusyairi memperlakukannya sampai begini sekali. Siapa perempuan itu sebenarnya? Adakah dia yang dipanggil sayang oleh Khusyairi dulu..adakah dia…

“Sayang?.”

Suara Khusyairi ceria di pendengaran. Dia sudah kembali. Amishah menarik selimut menutupi wajahnya. Tak sangka pula hanya sebentar dia dapat merasai kebahagian hidup bersama lelaki ini.

“Yang, abang dah belikan macam-macam ni. Bangun ya, kita makan sama.”

Walau sedikit terguris dengan reaksi Amishah, dia cuba untuk tidak terlalu melayani rasa hatinya. Mungkin Amishah sedang dilanda masalah.

“Sayang? Amishah?.”

Tangis Amishah semakin kuat pula mendengar pujuk rayu Khusyairi. Dia benci dengan keadaan ini. Separuh hatinya lemah mendengar suara Khusyairi sedang separuh lagi membengkak marah.


10 comments:

  1. sian kat shah...pujuk la die ri n bitau cite sbnr...

    ReplyDelete
  2. Allah...buhsan sungguh la bile heroin pompuan perangai cenggini.sumthing wrong happens,diamkn diri.nangis2,majuk.last2,lari.hero lak clueless,xtau pe salah die.amishah,come on la,dah kwn dr kecik kan..rahsia luar,dalam sume tau.cbe tnya elok2,jgn perangai cm budak2~

    ReplyDelete
  3. aiyoyoyo.. jgn la nangis je.
    tanya la kt kusyairi tu..

    ReplyDelete
  4. ala,,,,
    shah tye la khusyairi dulu,,,
    jgn la nangis trus,,,,
    kesian khusyairi n shah,,,

    ReplyDelete
  5. gaduh besar ke dorang nih?

    ReplyDelete
  6. confront................................

    ReplyDelete
  7. hahah.. klo aku jd khusyairi dah lame aku lempang si shah tu.. klo dah gadoh truk br dia ade sesi perbncgn..heheh

    ReplyDelete
  8. saya paling menyampah watak pompuan cenggini
    problem dala relationship cengini lah
    communication problem
    no discussion...xtahu tanya la...
    grrrrrrrrr geramnya

    ReplyDelete

cakap aje..saya layan..

Popular Posts