Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Wednesday, May 1, 2013

Encik Sudu dan Puan Garfu



1


Gelas tinggi berisi iced mocha di atas meja dicapai rakus. Sekejap saja dia menghirup, sudah tinggal separuh isinya.
“Eh, cool lah, bro.” satu suara menyampuk.
Uwais spontan menjeling. Rasa macam hendak dia luku kepala Haikal yang sibuk menayang sengih pura-pura ikhlasnya dari tadi.
“Pandailah nak suruh orang cool.”
Haikal melepas ketawa yang cuba ditahan sejak tadi. Bahu kanan Uwais ditepuk-tepuk perlahan.
“Belum kena kat batang hidung sendiri, senanglah cakap sabar, relax, cool. Cuba kena kat kau nanti, baru tahu langit tu tinggi ke rendah.” Panjang bebelan Uwais. Kalau bukan sebab gelas di tangannya kaca, mahu dia hempas sekali di atas meja.
“Amboi, sejak dua menjak ni kau siap pandai bermadah bagai!.”
“Ada juga yang makan gelas ni nanti, Kal. Kau jangan nak cari pasal.” Haikal ni bukan boleh diharap sangat kalau nak masuk bab-bab luahan perasaan. Boleh jadi tambah bengang dibuatnya ada.
Pinggan berisi fish and chips dipandang malas. Habis mati seleranya bila nak diingat balik perbincangan dengan emak tadi.
Melihat kesenyapan Uwais, Haikal berdehem dua tiga kali. Faham, orang tengah stress. “Okey, sorry. Nanti balik rumah, cuba bincanglah dengan emak ayah kau. Kalau bincang tak berjaya, kau pujuk-rayu ke, ugut ke.”
“Dengan mak? Dengan ayah tu?.” Uwais terus menggeleng. Ayah dan emak tu, bukan spesis ibu bapa yang akan mempertimbangkan kata-kata anak. Jadi jangan haraplah ada istilah berbincangnya.
“Iyelah, aku rasa elok kau cuba dulu. Jangan mengalah awal-awal.”
“Tak ada maknanya nak bincang semua tu dengan dia orang. Mahu ayah jerkah aku nanti ada. Malaslah.” Uwais dah cukup kenal ayah tu punya perangai. Mengalahkan jeneral tentera kalau masuk bab anak melawan perintah.
Haikal ikut menarik nafas panjang. Masalah negara ni!
Siapa kata dia tak kesiankan Uwais? Dia kesian sangat bila tiba-tiba Uwais datang dengan berita gempak. Ayah dan emaknya suruh dia kahwin dengan anak kawan baik sendiri.
“Habis tu, kau dah redha lah ni?.”
Gelas yang sudah kosong ditolak ke tengah meja. Uwais merengus lagi. “Gila ke nak redha macam tu aje? Perempuan tu sudahlah aku tak berapa kenal, tak berapa suka, tak berapa selesa.”
“Then, what’s your plan? Dare to tell me?.” Haikal makin mendekat. Dua keningnya sengaja diangkat tinggi memandang muka masam mencuka Uwais.
“Adalah.”
“Heh? Dengan best friend pun nak rahsia ke?.”
Uwais sengih sinis. Oh, nak dengar plan baru mengaku best friend! Tadi siap gelakkan bagai. Bukannya nak beri apa-apa idea ke apa. Tak bernas pun tak apa. Asalkan nampaklah juga sikit usaha nak menolong tu. Ini tidak. Habuk pun tak ada.
“Plan ni cuma aku seorang aje yang tahu setakat ni. No sharing basis hatta dengan best friend sendiri sekali pun. This is private and confidential.” Tuturnya angkuh.
“Alah, private and confidential lah sangat. Aku tunggu, dalam dua tiga hari ni confirm kau juga yang bocor rahsia dengan aku.” Haikal sudah mencebik. Sombong. Ikut hati, mahu dia ketuk sikit kepala Uwais dengan sudu besi di dalam cawannya.
“Well, just wait and see.”



~Ampun & maaf andai tak memuaskan hati kamu yg membaca ~

1 comment:

  1. alaaaa..nak sambungan..pleasee.. :(

    ReplyDelete

cakap aje..saya layan..

Popular Posts