Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Wednesday, May 1, 2013

Cerpan - Serius, aku pun sukakan kau!

~ Ini cuma siri cerpen sepatutnya tapi knowing me, aku spesis yang tak pandai buat cerita pendek. Asal mula aje, sedar-sedar dah panjang. So I'll call it a cerpan. Hope you all like it.

1

Dia memang ada bakat besar bila masuk bab buat-buat tak nampak orang. Lalulah dengan cara apa sekalipun, dia akan guna ekor matanya melirik tempat lain.
Macam tadi.
Nur Aisya tarik nafas dalam-dalam sebelum menghempas tubuh ke atas tilam. Lega sikit tulang belakang yang terpaksa kerja lebih masa hari ini.
Lepas sarapan pagi tadi, dia terus ke rumah sebelah yang akan mengadakan majlis cukur jambul cucu mereka. Dia mula membantu dengan mengukur kelapa sampailah memerah santan kemudian menolong Kak Su mengisi bekas puding yang hampir 200 itu. Aduh, waktu itu dia sudah mula rasa hendak baring saja meluruskan pinggang!
Dan waktu dia bekerja dengan pinggang hendak terpulas itulah Adam muncul di dapur dengan teko besar. Mencari-cari wajah ibunya, Cik Liah.
"Ibu! "
Cik Liah yang asyik sangat menggulai rendang dalam kuali terus menoleh. "Hah, air dah habis ke?"
Anak bujang Cik Liah itu terus mengangguk. Teko di tangan dihulur pada Cik Liah yang meneruskan tugas tadi.
Entah kenapa, instinct dalam hati sudah menghantar isyarat. Cik Liah tengah sibuk tu!
Dan betul, waktu Nur Aisya baru hendak mengangkat muka, anak mata bulat Cik Liah tiba-tiba sudah menikam wajahnya.
"Saya ke tandas sekejap ya." Ujarnya dengan begitu pantas sebelum sempat Cik Liah membuka mulut.
Secepat kilat juga dia sudah melintas di hadapan Adam yang turut mengalih pandang kepadanya. Bukan lagi memandang tapi sudah mula merenung sebenarnya. Mujurlah dia masih belum kehilangan bakat semulajadinya itu membuatkannya dengan selamba terus menghala ke tandas.
Belum sanggup rasanya hendak berdepan anak tiri kesayangan Cik Liah tu. Dia pun tak tahu apa perasaannya melihat Adam di depan mata.
Hendak kata marah, nak marahkan apa?
Malu? Entah, mungkinlah kut.
"Adoi, mak!"
Nur Aisya menekup mulut melihat adiknya yang baru muncul di muka pintu. Sudu-sudu sudah bertaburan di atas lantai.
"Along fikirkan apa sampai boleh terlanggar orang ni?"Nur Nadya sudah mengomel. Mahunya tak marah bila kena kutip semula sudu yang baru saja selamat dilap bersih tu. Bukan sikit. Dekat seratus tu!
"Alamak, sorry!"
Bahu Nur Nadya ditepuk-tepuk. Manalah dia perasan ada orang dekat depan pintu ni.
"Along tolong."
Beberapa batang sudu yang paling hampir dengan hujung kaki sendiri dia kutip dengan rasa keliru tapi rasa itu terus bertukar bila ada sepasang tangan terlebih dahulu dah selamat menggenggam sudu-sudu tersebut.
"Saya tolong."

~ Pendek? Maaf. Akan ada sambungannya menyusul. No worry sebab semuanya dah siap hingga ke ending.

1 comment:

  1. alahai.....baru nk feeling...dh abissss...
    sambung sampai habis....
    huhuhuhu....

    ReplyDelete

cakap aje..saya layan..

Popular Posts