Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Sunday, May 17, 2009

siapa yang salah? 4

Tinggal di rumah batu sederhana mewah Mak Ngah ni sepatutnya buat aku lagi selesa tapi hakikatnya tidak begitu.

Mak Ngah, Pak Ngah dan Fahmi keluar bekerja sepanjang hari. Tinggal aku kena uruskan Izzah, Nadia dan Nasya yang perlu ke sekolah. Berurusan dengan Izzah bukan perkara rumit tapi bila berdepan dengan si kembar, hati yang lembut pun boleh jadi keras.

Semalam Nasya tengking aku sebab tak iron baju sekolah dia elok-elok. Bukan aku yang tak buat kerja betul-betul tapi lepas aku dah iron baju tu dan letak atas katil, Izzah terpijak pula. Kusutlah.

“Akak ni itu pun tak reti nak buat ke?.”

Baru lima belas tahun, dah pandai tengking aku sampai macam tu sekali. Padahal kami sepupu. Oh, ya..aku lupa aku anak angkat.

Tapi sekurang-kurangnya hormatlah aku yang enam tahun lagi tua daripada dia ni.

Nadia pula selalu mendera aku dalam diam. Kalau tak perhati betul-betul, orang memang tak cakap dia biadab sebab anak Mak Ngah yang seorang ni lemah-lembut, suara dia lemah-gemalai.

“Akak, tolong masakkan saya ikan masak stim ya. Saya nak bawa bekal pergi sekolah.” Dengan lagak manjanya, dia peluk aku dari belakang.

“Okey, akak boleh masakkan.”

Lalu malamnya aku tidur lewat sebab nak sediakan bahan nak masak ikan stim dan ayam masak kunyit untuk Nadia. Sebelum subuh pula aku bangun memasak. Bertungkus-lumus seorang diri.

“Nadia, akak dah masukkan bekal Nadia dalam paper bag tu. Jangan lupa bawa pula.”

“Nadia, kenapa nak bawa bekal pula?.” Mak Ngah tiba-tiba muncul antara kami. Sudah lengkap dengan sut nak ke pejabat.

“Hah? Bekal? Mana Nadia minta bekal pula, mama? Nadia kan selalu makan kat kantin tapi mama, ni akak ni paksa Nadia bawa bekal juga. Dia cakap makanan kat kantin tu kotor. Tak bersih. Jadi Nadia setujulah.” Panjang lebar dia mereka cerita, aku di hujung tangga ni rasa macam nak pengsan.

Mak Ngah tengok aku lain macam. “Betul Sha cakap macam tu?.”

“Eh..”

“Alah, mama..mungkin betul kot makanan kat kantin tu kotor. Nanti Nadia suruh papa cakap dengan Aunty Sara.”

Pak Ngah yang kebetulan baru nak turun sarapan terus ikut menyampuk bila nama dia kena sebut.

“Kenapa dengan Aunty Sara?.”

“Abang, betulkah adik abang tu handle kantin tak bersih?.”

Adik? Maknanya…

Aku dah rasa nak pitam masa nampak perubahan kat muka Pak Ngah. Adik sendiri dikata. Siapa tak marah?

“Sha, Mak Ngah tak suka Sha cakap sebarangan macam tu. Sha ada pergi tengok ke kantin sekolah Nadia tu? Kotor ke? Sekali lagi Mak Ngah dengar Sha cakap macam tu, Sha kena merayu dengan Pak Ngah kalau nak terus tinggal kat sini.”

Dan aku terdiam macam orang bisu di tempat yang sama. Masih kaku di hujung tangga. Masih aku ingat jelingan tajam Mak Ngah dan senyum sumbing Nadia dengan aku. Dan itu takkan aku lupa sampai bila-bila.

Lepas mengemas rumah ( keseluruhan isi rumah ), aku bergegas pula memandu kereta kancil Mak Ngah ke sekolah Izzah. Anak kecil seorang ni paling pantang lambat dijemput.

Nasib baik aku sampai awal. Kereta belum banyak tapi jenuh juga aku berdiri di pagar sekolah menunggu dia keluar dari kelas. Dalam ramai-ramai yang menunggu, nampaknya aku seorang ajelah yang paling muda.

Tepat jam 1 tengah hari barulah loceng berbunyi. Aku keluar semula dari kereta dan berbaris di depan pagar. Murid sekolah makin ramai tapi muka Izzah tak juga muncul.

“Cepatlah…please..”.

Nanti nak ke sekolah si kembar lagi, sesak bukan main. Aku lambat jemput, aku juga yang kena. Cepat aje diorang report dengan Mak Ngah.

Dah nak lengang kawasan sekolah barulah aku nampak Izzah terjengket-jengket berjalan. Darah!

“Kenapa dengan kaki Izzah ni?.” Aduh, kalut lagi..

Matanya dah mula nak merah. Belum sempat aku tahan, dia meraung sekuat hati macamlah cuma ada kami berdua di sini. Malu bukan main bila guru-guru yang masih ada memandang semacam.

“Shhh..dah..jangan nangis. Nanti akak ubatkan.”

“Sakit!!!!!!.”

“Ya, akak tahu. Kita singgah klinik dulu baru ambil akak Nadia dengan Nasya. Okey?.”





Walaupun tak ada duit sangat tapi terpaksa juga aku hulur duit bayarkan ubat Izzah. Mak Ngah pun bukannya pernah tinggalkan duit. Dia cuma isikan minyak kereta setiap petang dan belikan bahan untuk memasak.

“Okey, dah boleh jalan kan? Kita pergi ambil akak Izzah ya?.”

“Mana Izzah boleh jalan. Sakitlah, kak.” Dia dah mula merengek minta didukung. Adoi…

“Hmm…”

“Akak angkatlah Izzah.”

“Bukannya berat pun.”

Hah, yalah..tak berat kepala otak kau..dia baru tujuh tahun tapi berat dah 25 kilo. Aku yang dah 21 ni pun baru 49 kilo.

Sebab malas nak memaksa, aku usahakan juga menggagahkan diri mengangkat anak bongsu yang manja ini. Ya Allah…nak terkeluar isi perut aku..

“Cik? Okey ke?.”

Ah…doktor ni..malunya aku..

“As you can see, not okay. I can’t carry her.”

Dalam hati puas aku berdoa. Moga-moga dia akan tolong aku angkatkan budak seorang ni.

“Tak apalah…cik pergi bukakan pintu kereta. Saya angkat dia.” Ah…leganya..

“Ya, doktor.”

Izzah kerut muka juga sebab segan orang lain dukung tapi bila aku bagi isyarat okey, elok pula dia letak tangan kat bahu doktor ni. Mentang-mentang doktor handsome..

“Okey, duduk elok-elok.” Pesannya lagi waktu letak Izzah kat kerusi belakang. Alamak…kalau Izzah duduk belakang, maksudnya salah seorang dari si kembar akan duduk depan. Sebelah aku. Aduh..malasnya.

7 comments:

  1. alahai...
    kesian kt sha...
    mengada ngada btol la bebudak tu,,..

    ReplyDelete
  2. bestnyaa...bila nak smbg nie....

    ReplyDelete
  3. la cari lah kerja cepat2, sampai bila Sha tu nak makan/tanggung. Takkan tak nak kerja jugak lepas tahu anak angkat. Mak sedara ni datang kejap2 oklah. Kalau tumpang lama2 tak ok.

    ReplyDelete
  4. menymphnye ngn c0usin2 die tu....
    ape2 p0n,nice st0ry...

    ReplyDelete
  5. best2...x sbr nk tgu smbgn die...hihi~

    ReplyDelete
  6. kak tyea..
    its been a long time i didnt read ur story.
    citer baru ni bes bangat.
    keep it up.
    always pray 4 u :)

    -oewyn-

    ReplyDelete
  7. waa..tq..my pray 4 u too...oewyn

    ReplyDelete

cakap aje..saya layan..

Popular Posts