Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Monday, May 11, 2009

siapa yang salah ? 3

“Sha, kemaslah pakaian Sha. Kejap lagi Pak Ngah kamu sampai, kita nak bertolak awal.”
Aku masih diam di dalam bilik. Pakaianku satu pun masih belum ku masukkan ke dalam beg pakaian.
Kenapa perlu aku?
“Sebenarnya, Sha bukan anak kandung mak. Sha anak angkat arwah ayah Sha. Anak kakak ipar arwah ayah.”
Bingung. Terkejut. Semuanya sudah jadi berbelit sekarang. Arwah ayah? Anak angkat? Kakak ipar?
“Mak Ngah cakap apa ni?.”
Air mataku sudah mula mencucur turun. Aku anak angkat? Jadi aku anak siapa?
Lama aku diam mendengar cerita Mak Ngah. Dua tiga patah keluar, dua tiga titis air mata mengalir. Rupa-rupanya selama ini, aku selalu bergaduh melawan abang, selalu habiskan duit abang, tak nak kerja sebab ada orang tanggung, rupanya…
“Sha tak tau, sebenarnya arwah ayah Sha tu ada dua orang isteri. Mak yang pertama. Ayah teringin nak anak perempuan, sebab tu dia kahwin lagi. Perempuan janda anak tiga. Tapi dengan bini kedua, langsung tak ada anak. Tapi kebetulan pula, kakak ipar ayah belah sana meninggal waktu bersalin. Anak dialah yang ayah ambil. Anak tu ialah Sha sendiri.”
“Jadi…”
Mak Ngah angguk. “ Sha anak yatim. Ayah kandung Sha meninggal waktu bertugas jadi co-pilot dalam TUDM.”
“Mana isteri kedua ayah, Mak Ngah? Mak cik Sha?.” Aku sudah tidak keruan. Aku mahu mencari identiti ku yang sebenar.
“Nama dia Sabrina. Dia dah bercerai dengan ayah Sha lepas Sha lahir. Dia tak nak jaga Sha tapi ayah Sha nak juga. Sebab tu Sha ada di sini. Mak Ngah pun dah tak ambil tahu cerita pasal Sabrina ni.”
Ya, siapalah mahu ambil tahu hal perempuan lain yang merampas kebahagiaan adiknya sendiri?
Ah, kucar-kacirnya salasilahku….malu..sedih..




“Sha? Dah siap kemas?.”
“Ya, Mak Ngah.” Kelam-kabut aku mencapai beg lusuh jenama Adidas yang dibeli abang di pasar malam. Menyumbatkan semua pakaian ke dalamnya. Tidak lupa juga gambar ayah dan ibu di dalam laci meja.
Di luar, Mak Ngah duduk-duduk bersama abang, Pak Ngah dan Izzah. Izzah saja yang masih sanggup tinggal bermalam di sini sedangkan kakak-kakak dan abang dia dah lama lesap. Tak biasa rumah papan.
“Mari kita bertolak. Nanti lambat, jam pula.” Pak Ngah bangun.
Aku menurut di belakang Mak Ngah. Abang masih tunduk. Tiba-tiba aku jadi teramat segan dengan dia. Mana boleh kami bersalam lagi. Kami bukan adik-beradik. Patutlah aku yang kena pindah menumpang di rumah Mak Ngah. Siapalah aku di rumah ni.
Lagipun takkan kami berdua nak duduk satu rumah sedangkan kami tak ada hubungan darah. Nanti entah apa pula orang kata. Tapi bagi aku, abang sangat jujur, amanah dan tak ada sebab nak hilang kepercayaan dengan dia.
“Abang, saya jalan dulu.” Ucapku dengan suara paling lemah. Dia angguk dan masih tak tengok pada aku.
Sampailah kereta kami menjauh, abang masih tunduk. Kenapa dia langsung tak cakap apa-apa? Apa salah aku?
Tapi masih ada perkara yang bermain dalam otak aku sekarang. Abang dah lama tahu ke kami bukan adik-beradik kandung? Atau abang pun sama macam aku, puas bermain dan bermesra selama ini dan baru tahu yang aku bukan adiknya?
Bayangkan waktu aku masih sekolah rendah, dia selalu nampak aku tak pakai baju atau kadang-kadang pakai baju depan dia. Sedangkan waktu itu dia sudah menjejak tingkatan tiga. Masa tu dia dah tahu ke?

7 comments:

  1. waa..
    sedihnye..
    sha dk mane.
    mesti abg syg sya sangat2..

    ReplyDelete
  2. sedihnya, sambung cepat ye

    ReplyDelete
  3. sdhnyer...menarik citer ni..sambung lh cepat..x sabar nak tahu

    ReplyDelete
  4. pndek sgt...

    xpuas....

    ReplyDelete
  5. bagus..
    _aBaNGkeEraNi_

    ReplyDelete
  6. adess
    adesss
    hukhukhuk
    tidakkkkkkkkk
    kenapa begini takdirku
    hahahaha
    cm aku lk yg jd sha tu..
    tp bess ar akak flow citer ni..
    truskn..truskn
    eheeeeeee
    thx yoo wat kn citer gini..
    moge ending die bess
    eheeeee

    ReplyDelete
  7. aduh nape cedih ni...air mata tak benti da ni
    huhuhu...makkkkkkkkk

    ReplyDelete

cakap aje..saya layan..

Popular Posts