Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Friday, May 22, 2009

this cerpen done when my head is still serabut


Best Friend Forever

Sepi. Memang sepi. Malam jumaat yang sangat sepi pernah dia rasakan sepanjang hidupnya yang baru menjengah alam remaja.
Dia menoleh ke kiri. Kepada kawannya yang sedang pulas tidur. Masih awal pun dia dah nak tidur? Tak bangun-bangun. Dari mula azan maghrib berkumandang, Marissa sudah menutup mata. Alasannya, penat. Selalu anak dara yang seorang ini memang akan tutup mata every time ada peluang.
“Hei, tak sesuai betul alasan merapu kau tu. Tak buat apa, lagi nak kata penat. Segan tau aku nak dengar?.”
Alih-alih, Marissa ketawa pusing-pusing. Marissa memang hantu tidur. Dia tak pandai stay up malam-malam. Sebab tu kot muka dia cantik? Tak nampak lesu. Segar. Bertenaga? Tak adalah sangat.
Tapi better lah berbanding aku yang orang kata nampak ‘dewasa’ sangat ni…huhu…akhirnya dia ketawa sendiri selepas puas mengutuk kelemahan diri sendiri di dalam hati.
Dia menyambung lagi monolognya. Menyumpah seranah dengan kekurangan diri. Semuanya serba tak kena. Dah lah rendah ( pernah diisytiharkan sebagai oleh gurunya yang tak sayang mulut sebagai kemetot), badan pula asyik nak naik aje. Bosan.
Ilyasa mengeluh lagi. Bosannya hidup jadi beast ni…
“Eh, makin cun lah kau sekarang lya.” Hah, itu old friendnya yang cakap. Eh, bukan cakap…sms aje pun. Right after dia send kan gambar terbarunya. Kononlah latest…padahal itu gambar a year ago. Lenguh juga dia memilih gambar yang akan menampakkan dirinya agak lawa dan paling penting…slim sikit.
Mula-mula membacanya, terasa kembang juga hidung. Berdebar jantung. Iyelah, tak pernah dikatakan cantik. Paling tidak, pernah dipuji comel dua kali.
Ya, dua kali aje. Satu kali time dia mula-mula masuk sekolah ni. By someone yang begok, tunjukkan sangat minat pada dia. Siap nak berlagak romantic lagi tapi tak ada maknanya. Tak tersentuh hati langsung Ilyasa dibuatnya.
Masa tu, badannya masih slim..bukan setakat slim, cengkung macam penagih dadah yang berbulan tak dapat supply. Jadi masa itu dia berlagak…buat tak layan ajelah. Tak handsome pun.
Kali kedua by someone yang pernah jadi classmate nya waktu form 3. Sekarang dah form five. Dah dua tahun berlalu. Tapi dia still ingat sampai bila-bila. Sweet memory jugaklah kiranya. Yelah..benda jarang terjadi, bila dah terjadi..kenang sampai bila-bila, beb..
“Eh, cute pula aku tengok si ilya ni kalau dia senyum.”
Huh, jangankan ayat…nada dan intonasinya pun dia masih ingat. Entah ikhlas entah apa, tapi mukanya memang blushing habis dan sebab nak cover perasan, dia terus ubah riak muka jadi serius balik..
“Ilya?.”
Suara Marissa yang serak basah mengejutkannya. Dia membeliakkan mata berpura-pura pandang skrin hand phone. Jangan dia dikatakan dreaming lagi…Marissa ni suka sangat mainkan orang sampai kadang-kadang terasa juga dibuatnya.
“Kenapa?.”
“Kau tak mandi lagi ke? Pukul berapa dah ni?.”
Gulp…blushing, again..
“Relax lah, awal lagi. Geng lagi dua orang tu pun tak jumpa lagi jalan balik bilik ni.”
Automatic, Marissa bangun. Matanya yang…yang apa erk?, entahlah…membulat.
“Diorang tak balik lagi? Hoish, diorang dua ni buat apa kat luar?.”
“Mana aku tahu. Release tension lah tu. “ hmm…examnya tak habis lagi, dah release tension..haha..tapi suka hatilah…





“Ris, barang yang kau nak tu.”
Marissa yang baring-baring malas terus bangun. Teruja. Cepat aje dia tangkap beg plastik dihulur Yana.
“Thanks….”
Yana senyum. Hmm..dah dapat, sukalah dia..
“So, buat apa kat bandar tadi? Ada jumpa mana-mana hot guys?.”
“Mana ada. Tak ada masalah. Kitorang sibuk tau.”
“Ada tu, yana tak nak share. Kedekut.” Sekali mulut celupar Ilya dah menyampuk. Budak seorang ni, kadang-kadang lepas cakap tapi selalunya dia ni suka buat lawak spontan. Hidup dengan dia, boleh buat perut pecah nak gelak. Tapi sekali dia dah cakap tu, mana-mana yang sensitive kena get prepare lah.
“Mana adalah. Pandai aje.” Revinna bersuara dari sebalik katil. Sibuk nak kemaskan hadiah untuk kawan baik dia yang birthday esok lusa.



Dulu berkawan, sekarang dah lain…
Entah dah berapa kali, dia mengeluh lagi. Semua orang dalam bilik dah macam bisu. Kalau dulu, riuh memanjang. Sampai tengah-tengah malam. Nak kena jerit dek warden, si tua bangka tu baru diam.
Ada satu malam dulu, Marissa tiba-tiba rasa macam putus satu urat dalam kepala…disuruhnya Yana yang serba penakut tu pasang lagu kuat-kuat. Siap plug in speaker baru Yana pula tu.
Husna pun join sekali, matikan lampu. Gelap satu bilik. Bising dengan lagu gila-gila diorang. Nasiblah baik si tua tak ada masa tu. Kalau tak, siap-siap lah kena denda.
Itu dulu. Sekarang tak. Gara-gara satu benda kecik. Ilyah keluh kesal. Ya, kerana mulutnya yang lancang sangat ni lah. Cakap tak cover langsung. Sendiri sensitive bukan main, tapi kalau nak mainkan orang tak pula pikir sensitive orang.
Dah salah, ego pula. tak tegur siapa-siapa. Muka tegang all the time. Kalau tambah lawa, tak apa. Anytime..tapi…huhu.
Semuanya gara-gara dia main-mainkan yana. Dia betul-betul lupa yang yana pantang kalau tak cukup tidur. Bangun pagi, siap jadi bad mood lah dia. Lagi nak kacau.
“Ish, manalah wallet aku ni?.” Itu pun suara dah lain macam. Gegas. Rushing semacam. Yana bukan macam ilya yang berani datang lambat pergi kelas.
Dia pula boleh tahan ketawa sebab dia yang dok sembunyikan wallet tu bawah bantal. Sampailah yana dah give up tahap gila babi, barulah dia keluarkan. So…memang logic lah kan kalau yana mengamuk kat ilya?
Bila dah gaduh dengan yana, meaning to say, kena gaduh sama dengan best buddy dia..Rivenna. dua-dua buat muka masam.
And at last, marissa pula masuk campur. Niat saja nak tanya tapi diorang termengumpatlah pula. paling malang bila husna dah dengar. Apa lagi, pass lah cerita tu kat empunya tubuh…tambahlah teruk gaduh.
“Itulah kau. Cakap tu tak tengok sekeliling.”
“Hei, aku pula? jadi kau tak buka mulut ke tadi?.” Ilya memang panas hati. Sesuka hati aje Marissa menuduh.
“Aku dengar aje. Kau yang lebih-lebih.” Marissa, mana nak pernah kalah.
“Ah, kau ni kan ris. Kurang ajar betul, sama ajelah korang semua ni!!!.” Dan dia terus blah naik katil, tutup muka and tidur dalam marah.
Sekarang, dah tak sehaluan…nak minta maaf, ego..nak tunggu mood semua orang baik, rasanya bukan dalam sehari dua ni…adoi…serba-salah lagi.






Petang jumaat, ilyah ringankan tangan telefon ke rumah minta dijemput pulang. Siap dengan alasan reka-reka lagi untuk warden. Nenek sakit…biasalah..
“Eh, nenek dah tak ada. Janganlah buat main pula.”
“Ma, bukan sengaja. Tipu sunat.”
Dan akhirnya mamanya setuju. Dia menunggu nak dekat dua jam atas katil dengan muka garang. Dalam hati sunyi sebenarnya…tapi kawan-kawan semua buat hal. Masih tak bertegur.



“Apa hal kau balik ni?.”
“Oi, siot betul. Esok birthday akulah. Aku baliklah.”
“Aik…iyeke? Bukan kau selalu celebrate dengan kawan ke apa? Ni apa hal balik rumah pula? menyemak aje.”
Ilya buat muka dungu. Keraskan kepala tengok tv. Malas nak layan adik dia yang sama celupar dengan dia ni. Nanti-nanti layan, gaduh aje.




Mama memang best. Superb. Ilya tepuk tangan sendiri. Syok gila bila birthday dia kena celebrate besar-besaran. Ada kek, biasalah…makanan sedap-sedap…hadiah lagi…tapi ada satu hal buat dia still sedih. Kawan-kawan dia.
Selama ni asal birthday aje, confirm dengan kawan…tapi dia tak hit jackpot this year..ngam-ngam kena time angin semilir menyerang. Aduh…
Baru nak tiupkan api lilin, pintu tiba-tiba diketuk. Semua orang suspend and freeze sekejap sampailah birthday girl juga yang kena buka.
“Oh my god!!!!.”
“Happy birthday, ilya…we love you.”
Waaaa…..rasa nak nangis tau…dan ilya betul-betul tak tertahan and menangis depan pintu dengan birthday hat dia tu.
“Ingat juga korang kat aku. I’m sorry, guys.”
Yana, marissa, husna and rivenna serentak jerit…
“We’re best friend forever!!!!!!!!.”

1 comment:

  1. mana sambungan citer sesuci kasih isteri

    ReplyDelete

cakap aje..saya layan..

Popular Posts