Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah
Powered By Blogger

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Thursday, December 9, 2010

Mr & Mrs BFF 69

Insyaallah, berbahagialah anda kerana n3 kali ini kalau x silap aku adalah n3 terpanjang pernah aku post. baik korang makan, solat, mandi, minum bagai dulu sebab sekali anda duduk, punggung akan terasa bagai digam sampaikan anda hanya bangun selepas habis membaca dr awal hingga habis n3 kali ni. thanks korang sbb terus sokong aku. demi korang, aku sanggup duduk berjam-jam mengarang n3 ni.


selamat membaca .................................. (~_-)


Pencariannya terganggu seketika. Sebelum membukakan pintu, dia memastikan dulu kunci rantainya terpasang. Walau siapa pun di luar sana, dia takkan dapat masuk. Entah kenapa dadanya terasa berdebar semacam.
"Puan?." Wajah seseorang terjengul di celah bukaan pintu.
Lah....nafasnya ditarik dalam. Kakitangan hotel rupanya. Seorang gadis bertudung hitam diikat di tengkuk berdiri di luar pintu sambil mengukir senyuman.
"Ada apa, dik?." Soalnya selepas beberapa saat menarik nafas. Ingatkan siapalah tadi.
"Puan yang minta iron tadi kan?."
"Iron?."
"Ya.."
"Adik salah bilik kot. Akak tak ada pula call ke bawah minta iron. Sorry ya." Silap oranglah tu. Dia sendiri ada membawa seterika. Untuk apa lagi dia hendak minta dihantarkan seterika lain.
Gadis itu nampak terpinga-pinga. "Eh, bukan ke? Ini bilik 440 kan?."
"Ya, ini bilik 440. Baik adik refer semula pada ketua adik. Akak memang tak ada minta iron pun. Okey?."
"Err...oh, okey. sorry mengganggu puan."
Dia mengangguk lantas menutup kembali pintu. Entah dia salah dengar atau dimainkan kawan-kawannya. Sumpah dia tak ada call pun ke bawah minta apa-apa.
Cadar yang sudah kusut dia tegangkan ala kadar. Telefon yang dicari masih saja dia tak nampak di mana-mana. Jangan betul-betul hilang, sudah. Banyak perkara penting yang tersimpan dalam memori telefon itu. Gambar perkahwinan, gambar Khusyairi saat mencium dahinya. Macam-macam. Semua itu kalau hilang memang dia tak akan dapat cari di mana-mana lagi.
Amishah meneruskan pencarian di dalam laci meja. Almari pakaian pun dibeleknya sama. Tapi nampaknya usahanya memang tak berhasil.
Sekali lagi, sedang dia meneruskan pencarian, pintu kedengaran diketuk. Keningnya bertaut menjadi satu. Takkan budak tu lagi?
"Cikgu."
"Eh?." Dia terkedu di muka pintu. Dia rupanya. Rantai kunci yang masih menyangkut dia lepaskan."Saya dah lambat ke? Kejap. Saya cari phone tak jumpa-jumpa. Tak tahu letak kat mana."
Lelaki itu menggelang. "Tak adalah."
"Oh...ingatkan saya dah lambat. Tak apalah, jom kita turun. Bahaya tinggalkan budak-budak tu dekat bawah."
Ilyas menahan di muka pintu. "It's okay. Awak cari dulu. Saya tunggu."
"Eh. tak apalah."
"Nanti family awak call. mana tahu ada benda penting. carilah."
Terkebil-kebil Amishah. Lama kemudian barulah dia mengangguk. Saat dia sudah berpaling mahu masuk semula, tubuhnya terasa ditolak kuat dari belakang dan belum sempat dia menjerit, bunyi pintu ditutup berdentum kuat. Dan dia dapat merasakan gerakan tangan meliar di belakangnya.




Jockey yang sedia berdiri di hadapan pintu masuk dia lambai. Dia tak banyak bicara. Kunci bertukar tangan dan dia bergegas menuju kaunter pendaftaran. Lobi yang dibanjiri kanak-kanak dan beberapa orang dewasa dia perhati satu-persatu dan ternyata orang yang dicari memang tiada.
"Selamat malam. Boleh saya tahu nombor bilik Puan Amishah Hj Rusdi? Dia checked in tengah hari tadi."
"Boleh saya tahu encik ni siapa?." Wanita bersanggul kemas itu memandang wajah Khusyairi yang mula dibasahi peluh.
"Saya suami dia."
"Suami?."
"Ya, tolong cepat sikit ya." Dia tidak tahu kenapa. Sebaik sahaja dia tahu yang Amishah mengiringi murid-muridnya bersama Ilyas, hatinya jadi semakin tidak keruan. Mungkin sebab dia memang cemburu tapi rasanya ada sesuatu yang lain disebaliknya. Kerana ikutkan rasa hati inilah dia memandu terus dari kampung ke KL. Tanpa memaklumkan apa-apa pada mana-mana belah keluarga.
"Err...Puan Amishah. Bilik no 440. Dia duduk sebilik dengan..."
Belum sempat wanita itu menghabiskan bicara, Khusyairi sudah berlari menuju ke lif. Setahunya bila nombor bermula dengan 4, bilik itu ada di tingkat 4.
Dia resah sendiri sepanjang berada di dalam lif. Terasa lambat benar pula ia bergerak kali ini. Terbuka sahaja pintunya, Khusyairi bergegas membelok ke kanan apabila matanya tertangkap papan tanda kecil 440 - 449 di situ. Jantungnya bergerak semakin pantas tetapi akhirnya hampir terhenti bila dia mendengar sayup-sayup jeritan seseorang dari dalam bilik bernombor 440 di hadapannya.
"Mishah."





....................... macam mana? paaaaaaaaaaaaaaaaanjanggg kan? (~_~)



~ Sebenarnya aku rangka2 b4 this, org pertama ketuk tu memang Ilyas tp bila ramai lak yg mcm dpt agak, aku pon tukarlah scene. Hihi...jahat tak aku? Tak mahu kalah.

14 comments:

  1. xcukup pjg,,,
    huhuhu,,,,

    cpt ri!! slmt kn mishah,,,

    mau lg,,,

    ReplyDelete
  2. haha. no komen pasal pnjg ke x. sori cik writer.

    ilyas nk rogol misyah ke?? kusyairi!! cepat selamatkn mishah!

    ReplyDelete
  3. owwhhh tolong smbng cpt...................
    ahhh bongok punye ilyas.......bia dia mati kena bunuh dek syairi.....

    ReplyDelete
  4. cilakak betul jantan tu!!!!!!!!!!!!! moral of the story, jgn percayakan kwn lelaki!!!!hehheeee,......nasib baik hero sampai tepat pd waktunya.............

    ReplyDelete
  5. adeyy.xsmpai seminit bace..hehe =p

    ReplyDelete
  6. hope nothing happen. sian misha...
    kusyairi cepat btindak... ko hancurkan muka ilyas tu pun xpe. then bwk ke muka pengadilan. apa guna jd cikgu tp perangai mcm setan. huhuhu...

    ReplyDelete
  7. kan aku dh ckp,si Ilyas tu gatal..kan lebih bagus kalau dia kawen aje dgn si Nuraina tu...ishhh!!

    ReplyDelete
  8. ala... ingatkan panjang mana tadi... suka buat suspense la pulak.. mmg suspense pun sbb mishah kt dlm bilik tu... ilyas tu mmg nk kena dgn ri... debush dgn ri la ni... cepat sket smbg citer... x sabar nk tau kisah seterusnya... huhuhu

    ReplyDelete
  9. cepat...cepat..cepat..ri..!!! Misha dlam bahaya...makin mendebarkan..!!!!

    ReplyDelete
  10. eh jangan la kasi ilyas mati...nanti lagi susah syairi ngan mishah nk bersama...

    ReplyDelete
  11. Emm..ingatkan panjanggggg sgggttt citernyer..ktyea ni....nak kena cubit lagi ni... :-)

    Patutlah Khusyairi tak senang hati...ada perkara buruk nak terjadi kat Mishah...nasib naik dia ikut kata hati dia...moga Mishah selamat dan bersyukur sbb Khusyairi yg selamatkan dia...

    Yg Ilyas ni, naper jadi mcm tu...? Buat malukan dia sendiri jer nanti...

    thanks, ktyea... suka walaupun masih suspen...

    ReplyDelete
  12. nak tnya bley... klu x bley nk tnya jugak
    kat mna ek nak bca dri mula???
    tatau laa

    ReplyDelete
  13. anonymous : I rasa u boleh try archives...start this year...2010..I tak buat lagi siri episod bab I ni malas sikit..hihi...harap berjaya...

    ReplyDelete

cakap aje..saya layan..

Popular Posts