Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Saturday, December 4, 2010

Mr & Mrs BFF 67 ~ Edisi bersalah~

Tidak sampai seminit selepas dia memadam mesej Khusyairi, telefonnya berdering lagi. Lebih lama daripada tadi dan antara rasa mahu mengangkat atau cuma membiarkan panggilan itu, Wafiya keluar dengan rambut sudah berbungkus tuala.

"Kenapa tak angkat phone,cikgu?." Anak kecil itu mengerut dahi memandang Amishah.

Mahu tidak mahu, akhirnya dia memilih untuk menerima saja. Kalau nanti dia menyakitkan hati, dia akan cepat-cepat memutuskannya.

"Hurmm?."

"Sayang? Abang ni."

Aduh, di saat matanya sudah mahu lelap, dia disapa pula dengan kata sayang. Tuhan saja yang tahu perasaannya. Bayangan wajah Khusyairi mula memenuhi ruang fikirnya. Teringat saat-saat manis yang diciptanya bersama lelaki itu dulu. Saat-saat dia tertipu habis dengan cinta palsu Khusyairi. Kalaulah dia tahu Khusyairi tidak ikhlas menyintainya, sumpah, dia sanggup melukakan hati orang tuanya.

"Nak apa pula kali ni?." Suaranya diperlahankan melihat pandangan Wafiya.

Hembus nafas Khusyairi terasa menampan telinga. "Sayang dah sampai hotel ke? Tak inform pun dengan abang?."

"Ri, buat apa nak inform bagai? Saya sekarang bukan tanggungjawab awak lagi. Cukup saya cakap dengan mak dan abah saya."

"Okey...okey...abang lupa. Tapi sayang dah sampai kan? Duduk hotel mana?."

Wafiya mencapai pengering rambut yang disediakan di atas meja. Leka dia memerhati pergerakan anak tunggal Dr.Fatin dan Dr.Halim itu.

"Kenapa nak tahu?."

Lagak Khusyairi yang ini sama dengan lagaknya saat mereka masih bersama dulu. Dia yang ambil berat, prihatin, penyayang. Tapi apa lagi gunanya semua tu sekarang?

"Yang, abang cuma nak tahu. Takkan tak boleh cakap kot? Lagipun abang duduk kampung ni. Kalaulah abang ke KL, takkan abang nak pergi cari sayang sampai ke hotel. Abang tahu sayang tak suka tengok abang."

Amishah mengukir senyum sinis. Tak habis-habis Ri dengan sayangnya. "Tahu pun. Jadi apa juga faedahnya saya cakap saya duduk hotel mana."

Senyap. Sakit hati dan bosan agaknya Khusyairi dengan caranya. Tapi biarlah. Dia lebih senang begitu. Rujuk pun kalau yang seorang cuma pura-pura, tak ada guna kan?

"Tak apalah kalau macam tu. Salam sayang untuk anak abang." Lama baru ada suaranya yang garau itu.

"Hurmm.."

"Assalamualaikum."

Tangannya spontan merayap ke perut. Anak abang....anak kita...."Waalaikumsalam."









Khusyairi bergegas mencapai kunci kereta, dompet dan telefon bimbit yang terletak di dalam laci almari. Detak hatinya sejak mula dia tahu Amishah ke KL tadi lain benar dan dia takut ada sesuatu yang buruk akan berlaku. Nauzubillah. Berpuluh kali dia beristighfar. Enggan memikirkan yang negatif tapi hatinya masih tak tenang.

"Nak ke mana pula tu, Ri? Kita tak makan lagi ni." Jerit Kamariah bila Khusyairi bergegas menuju ke pintu depan.

"Ri nak ke KL, mak. Nanti Ri call mak. Okey?."

"KL? Nak buat apa? Cuti kamu tak habis lagi kan?."

"Belum..belum...mak, nanti Ri call mak kalau Ri jadi ke KL."

"Ri.."

Selepas menyarung kasut, dia bergegas masuk ke dalam kereta dan lima belas minit kemudian, dia sudah berhenti betul-betul di hadapan rumah kayu Haji Rusdi. Mak Biah yang mulanya duduk di tangga bingkas masuk sebaik menyedari kehadirannya. Mujurlah Haji Rusdi muncul sebelum sempat dia menghulur salam.

"Ri...naiklah. Mishah tak ada. Ke KL." Sapa orang tua itu dengan senyuman.

"Ya, abah...saya dah tanya Mishah."

"Oh...kamu dah tahulah?."

Kepala Khusyairi lekas mengangguk. Dia sudah cukup bernasib baik bila Amishah sudi berterus-terang menyatakan dia ke Kuala Lumpur hingga ahad nanti mengiringi murid-murid sekolahnya yang menyertai pertandingan reka cipta. Cuma dia kini mahu tahu sesuatu yang enggan Amishah beritahu.

Gerak hati kadang-kadang ada betulnya dan dia tidak mahu ambil risiko mengabaikan gerak hati ini. Apalagi bila melibatkan Amishah.

p/s penaja : Tadi actually dah berjela pesanan aku wat tp bila nak upload dah, line putus. try connect n hasilnya bebelanku x tersaved pun. Bab aku dah hangin 1 badan jadi I'm not going 2 rewrite it.......just read if u've gut to....if not, close ur eyes....k?

hihihihi............................................... (Ingat g kan maksud hihihihi ?)

2 comments:

  1. kesian pulak kat Ri..

    **Hai Tyea...hehehe

    ReplyDelete
  2. Go..go Khusyairi... Chayok.. chayok... teruskan mengejar Amishah... dia kan dulu best fren Ri, so Ri mesti buktikan Shah ni tetap special selamanya... Mishah, please maafkan Ri... start semula hidup baru for 3 of them...

    KTyea..all d best to u...!!!

    ReplyDelete

cakap aje..saya layan..

Popular Posts