Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah
Powered By Blogger

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Thursday, May 2, 2013

Serius, aku pun sukakan kau! 2

~ Selamat membaca....



Dia sebenarnya sejak azan subuh lagi sudah bangun. Walaupun sebenarnya dia tengah bercuti. Tapi bila umi mengetuk pintu bilik, Nur Aisya tiba-tiba masuk semula ke bawah selimut. Diam dan memekakkan telinga seolah orang tengah hanyut dalam mimpi.
"Along ni tidur jam berapa semalam? Umi kejut pun boleh tak dengar. Angah, nanti ....."
Nur Aisya dah tak dapat tangkap apa lagi yang umi bebelkan selepas itu sebab suaranya makin sayup. Agaknya umi pergi memesan pada Nur Nadya.
Tekaannya betul. Tak sampai seminit kemudian, pintu biliknya sudah dibuka dari luar. Tak ada ketuk pintu bagai. Adiknya itu ada special power. Agaknya sebab dia anak harapan abah, yang tak pernah tidak, mesti akan menurut semua arahan jadi abah jadikan Angah tu pemegang semua kunci spare rumah.
"Along, bangun. Nak pergi rumah sebelah ni."
Dia masih tak berkutik di bawah selimut.
Terasa ada tangan bergerak di hujung kaki, Nur Aisya cuba bertahan untuk tidak menggeliat geli.
"Bangun, long. Karang lambat pergi rumah sebelah. Banyak nak tolong ni."
"Hurm.."
"Jomlah. Pergi mandi. Karang kalau Along tinggal sorang-sorang, Along juga yang malu nak masuk." Nur Nadya sudah mula bergerak ke tingkap. Tingkap kaca yang masih berkunci itu ditolak luas. Ruang khemah rumah sebelah sudah mula dipenuhi tetamu. Sekejap nanti mesti makin ramai jemputan.
"Along?"
Nur Aisya mengeluh di bawah selimut. Penat nak tahan nafas tahu. Adiknya seorang ni bilalah nak keluar agaknya.
"Along, tak apa kalau Along nak jalan sendiri nanti. Angah gerak dulu. Jangan menyesal kena datang seorang, sudah." Adiknya sudah mula mendengus, bosan bila dia tak menyahut langsung.
Sebaik saja kedengaran bunyi pintu tertutup, kelam-kabut dia menyelak selimut. Habis berpeluh satu muka dibuatnya.



Semua meja di bawah khemah dah selamat dipenuhi orang lelaki. Melalui pintu belakang yang terbuka, Nur Aisya menyusup curi-curi masuk ke dalam.
"Lah, apa senyap-senyap masuk ni, Aisya?"
Dia belum sempat nak angkat muka pun waktu mendengar suara itu bila tiba-tiba kedengaran bunyi dentum yang kuat dari arah belakang. Dan sesaat kemudian, dia sudah rasa baju kurung kain kapas di tubuhnya basah dengan sesuatu.
"Opss, alamak. Sorry, Aisya. Sorry. Tak sengaja." Suara parau campur serak itu laju saja kedengaran dari belakang. Hampir sangat sampaikan dia rasa nafasnya jadi sesak tiba-tiba.
Entah untuk berapa saat, Nur Aisya masih terkaku di depan pintu dengan baju kurung habis lencun bersiram kuah kari...ayam agaknya. Di keliling mereka kini bukan hanya ada dia, Adam dan Cik Liah tapi juga berbelas pasang mata entah siapa yang ikut ternganga.
Dan salah seorangnya, Nur Nadya, Angah!
Laju saja tangan adiknya dia tangkap. Dia rasa kulit mukanya dah cukup merah sekarang. Kenapalah harus dia malu sekali lagi di depan lelaki itu?




Suatu petang dua hari lalu...

Mereka bekerja di syarikat berbeza. Bangunan tempat kerja pun lain-lain. Tapi dekat. Cukup dekat sampaikan mereka akhirnya mengambil keputusan untuk kongsi teksi setiap kali pergi dan balik kerja. Senang. Jimat lagi.
Hari itu, Nur Aisya terlambat bangun yang menyebabkannya jadi kelam-kabut masuk ke pejabat. Orang yang kelam-kabut memang biasanya akan tertinggal benda pentingkan? Begitu juga Nur Aisya. Dek kelam-kabut keluar dari perut teksi sampaikan nak cakap bye pada Adam pun dia lupa, langsung dia terlupakan diarinya tertinggal dekat seat belakang.
Dia cuma sedar bila Blackberry di atas meja berdering. Selepas dua jam setengah dia duduk bermesyuarat dengan bos.
"Assalamualaikum,cik puan."
Biskut Low sodium high fibre di tangan diletak semula ke atas piring. "Waalaikumsalam, encik. Ya, ada apa cari aku waktu kerja ni?"
Kedengaran ketawa riang lain macam Adam di hujung talian. Nur Aisya sudah mula berkerut kening.
"Busy ke? Sorrylah tapi I wonder if you missed anything important this morning."
"Heh? Benda apa? Dompet, telefon, kunci, chewing gum semua ada aje. Organi..." Bibirnya spontan terkatup. Blackberry diletak ke atas meja sebelum dia mula menyelongkar ke dalam laci, bawah fail, tepi beg, bawah meja, depan komputer. Hah? Jangan cakap tinggal. Itu nyawa tu!
Bip mesej menyentak lamunannya. Nur Aisya jengah skrin Blackberry sebelum terjerit sampaikan Kak Chah, si tukang bancuh air ikut menoleh dari pantry.
~Don't you worry, your organizer, or should I call it a diary, is safe with me. Aku takkan bocor rahsia. Lagipun, Allah swt dah buka jalan untuk aku cakap, AKU PUN SUKA KAU JUGA. Cuma taklah selama kau suka aku. :p.

1 comment:

cakap aje..saya layan..

Popular Posts