V
V
V
W
Betullah,
memang dia serius sukakan anak gadis Cik Adah rumah sebelah tu. Tapi itulah....
Sekilas
organizer biru gelap di atas meja dijeling dengan hujung mata. Bibirnya spontan
mengukir satu senyuman.
Dia
dah tak perlu belek lagi organizer tu untuk kali keseratus sebab dia dah hafal
semua yang tertulis pada tiap muka suratnya. Dekat maklumat pemilik tu, Nur
Aisya tulis semua maklumat betul. Alamat, nombor telefon, email, doktor
keluarga, semuanya.
Masuk
helaian 1 hingga 30, semuanya pasal kerja. Nur Aisya spesis perempuan yang
well-organized. Kerjanya teratur. Kemas. Siap dia akan pangkah guna pen merah
lagi pada checklist yang dah siap.
Masuk
helaian 31, mahu dia tersedak dengan mata membulat besar bila ada namanya
terconteng dengan macam-macam gaya. Penuh satu muka surat.
Helaian
seterusnya, Adam sudah bertukar riak. Dari terkejut, matanya yang agak galak
itu bertukar sepet bila dia senyum tak berhenti. Boleh tahan juga budak seorang
ni!
Tapi
itulah....
Sejak
kejadian itu, Nur Aisya sudah jadi dingin macam kopi ais dengan dia. Tak mahu terserempak.
Tak mahu senyum. Nak ajak berbual jangan mimpilah. Memang tak langsung.
Di
luar sedar, Adam melepas keluhan berat. Entah macam manalah nak berdepan dengan
Nur Aisya hari isnin ni esok. Entah-entah, Nur Aisya, si gadis bertubuh
sederhana yang sering membalut tubuh dengan pakaian saiz XL padahal dia tak sebesar itu pun, tu dah tak
sudi nak bercarpool dengan dia lagi.
"Assalamualaikum."
Dia
sekadar menjawab dalam hati.
Adam
tahu sebab bibir Nur Aisya macam bergerak sikit. Pintu teksi bahagian belakang
segera dibuka sebelum sempat Nur Aisya bertindak. Dia muncul depan pintu pagar
pun, dah cukup buat perut Adam yang tak sempat makan sarapan jadi kenyang
serta-merta. Malah siap rasa macam ada rama-rama berterbangan riang dekat dalam
perut.
Pak
cik Mat, seperti biasa, terus saja memandu sebaik saja Adam selamat menarik
seat belt di tempat duduk hadapan. Kemudian dia akan senyap.
Jalan
raya agak sesak. Nur Aisyah mengeluh di belakang. Sejak tadi dia tunduk,
pura-pura belek telefon tapi lehernya dah naik lenguh. Nak pandang depan, takut
kalau orang di depan tu memandang cermin pandang belakang.
“Nah.”
Lagu
Sayang nyanyian artis wanita cantik yang tadi berkumandang tiba-tiba mati.
Diganti suara parau lelaki. Shea sakit tekak ke apa?
“Aisyah,
nah.” Kali ini, suara yang sama sedikit kuat.
Nur
Aisyah angkat mukanya lambat-lambat. Eh?
“Your
organizer aka…”
“Hish,
shut up!.” Laju dia memintas. Dia tahu apa yang Adam nak sambung. Sampai hati
jadikan perasaan orang tu bahan jenaka nak mengusik. Kejam.
Organizer
yang sudah tiga hari hilang dari pandangan itu dirampasnya dengan rasa marah
bercampur malu. Langsung tak dipandang Adam yang tersenyum-senyum memandang
dari depan.
Sudahnya,
tiga puluh minit perjalanan itu, tiga-tiga jadi bisu senyap.
Punggung
dihempas perlahan ke atas kerusi. Fail kulit keras yang dibawa keluar dari
bilik mesyuarat tadi diletak ke tepi. Sedang dia nak menghidupkan komputer,
matanya tiba-tiba terpandang organizer.
Sejak
masuk ke ofis pagi tadi, sampailah sekarang dah hampir pukul lima, dia belum
belek pun organizernya. Rasa macam malu pula nak buka lagi. Dengan segala macam
benda yang dia conteng dekat dalam tu, dia rasa tak berapa nak sanggup
membayangkan Adam membacanya.
Agaknya
anak bujang Cik Liah tu gelak terguling tak waktu membaca?
Ke
dia termuntah atas meja?
Atau
menangis sebab terharu rupanya anak gadis Cik Adah yang baik rapat dengannya
selama ni, syok sendiri?
Malas-malas,
dia belek juga muka surat pertama organizernya. Alhamdulillah, masih macam
sebelum ni!
Dari
satu muka surat, Nur Aisyah belek lagi muka surat berikutnya. Tak ada benda yang berubah pun.
Kecuali..tangannya terhenti pada helaian yang sebelumnya kosong, sekarang sudah
ada contengan…yang langsung dia tak dapat nak fahami.
Allahuakbar,
sampai 20 muka surat dia conteng?
Kau
memang nak kena, Adam!
Nur
Aisyah ketap bibir menahan marah bila Blackberry tiba-tiba berbunyi bip di
dalam beg tangan. Laju dia hulurkan tangan kanan ke dalam beg sebelum menarik
keluar Blackberrynya.
~
Hi, dear darling….wonder if you have finished reading my message. Haven’t you?
Mesej?
Organizer sederhana tebal itu dia belek sekali lalu tapi hati-hati. Dari depan
ke belakang. Mesej apa ke bendanya?
~
?
~
Kat dalam organizer aka diary tu. Tak jumpa eh?
Sekali
lagi, dia ketap bibirnya kuat-kuat. Kau dah conteng hak aku, sekarang nak
main-main pula?
~
?
~
Ala, yang….tulisan saya yang cantik kat muka surat belakang tu. Takkan tak
jumpa. Tipu. Saya ada tulis something kat situ.
~
Orang cakap tak ada, tak adalah!
~
Amboi, yang…janganlah marah-marah. J
~
Stop playing with me, Adam!
~
Did I? Dear my darling, tak apalah kalau sayang tak boleh baca mesej tu. Biar
saya cakap lagi sekali kat sini ya? Boleh?
~
Apa?
~Amboi,
laju aje dia reply. Faham. J Actually,
kalau awak buka laju-laju organizer tu, awak akan jumpa perkataan ni. SERIUS,
SAYA PUN SUKAKAN AWAK. AGAK-AGAK BILA ROMBONGAN CIK LIAH BOLEH KE RUMAH SEBELAH
HANTARKAN CINCIN?
Dia
rasa nak tekan butang reply tapi tak sampai sesaat kemudian, jarinya jadi kaku
sedang bibirnya tiba-tiba lebar saja mengukir senyum. Dan senyuman itu tak
boleh nak dihentikan sampailah sedar-sedar aje, jam dah sampai ke angka lima.
yay! habis jugakk . like :)
ReplyDeletealalalala..comel nye..best2.. :)
ReplyDelete