Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah
Powered By Blogger

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Sunday, September 29, 2013

mulut manis kaum adam

Assalamualaikum.
It's been a while since I stop blogging,rite? Eh, mengada cakap omputih ni kenapa? Hihi. Saja bah. Nak try grammar aku masih ok ke atau berterabur as always?

Act, aku nak cerita pasal kisah perempuan yg cepat sangat cair dengan mulut manis lelaki. Memang ramai kan yg begitu?

And the worst fact is, perkara tertipu dengan mulut manis lelaki ni mostly wanita yang dah agak dewasa...u-know-who-I-mean....

Kenapa begitu eh?

Ada yang claimed that, dia orang sunyi sebab single.

Bagi aku yg dah 26 tapi still sendirian berhad ni,being single is much better rather than marry a man yang lebih banyak menghadiahkan penderitaan dan kesengsaraan pada kita. Percaya cakap aku, lelaki bermulut manis majoritinya tak berperangai elok pun. Majoriti, tak semua. Untungla yg dapat husband mulut dan tingkahnya sama2 manis tu. Hamdan lillah.

Bukan tak ada yg baru couple, dah kena kerah tenaga, kena kikis duit etc, nauzubillah...bayangkan kalau dah kawen nanti. Sebab terlalu mudah percaya kata janji lelaki, ramai yang terperangkap.

Once kita dah terjatuh suka pada lelaki tu, biasanya mata kita yg bulat besar ni pun dah tak nampak apa-apa kekurangan lagi.....biar pun yg TERANG LAGI NYATA di mata orang lain.

Wanita berkerjaya paling kerap jadi mangsa. Ada baiknya sebelum start a relationship with someone, minta pendapat keluarga terdekat...jangan mengadu pada kawan semata sebab ada juga kawan ni, dia sokong aje tak fikir dalam-dalam. Lantaklah. Hah, itu kita tak nak!

Kalau minta pendapat family esp ibu bapa, at least mereka memberi pandangan kerana kasih mereka pada kita.

Dan jika bakal pasangan tu tak dapat diterima, cuba selidik apa puncanya. Jangan terus marah dan putus asa dengan keluarga sendiri.

Janganlah merungut bila jodoh lambat sangat tiba. Fikir secara rasional (aku pun ada juga mengeluh, kenapalah jodoh aku ni tak kunjung tiba? Dah sesat ke mana, bang? )....antara hikmahnya mungkin supaya kita boleh berbakti pada parent kita yang confirm kasihnya tak berbelah bagi.

Allah swt dah janji yg tiap manusia ada jodohnya. Cuma jodoh tu kadang ada yg ditemui di alam syurga, atau dia dah kahwin lain atau belum lahir lagi???? Hihihi.




Ok, sampai sini aje ya.
 Petang2 ni, duduk sorang-sorang tiba2 terperasan jadi pakar rujuk cinta pula.











2 comments:

  1. Assalammualaikum Kak Tyea,

    saya baru follow dan terus jatuh suka, saya suka entry ini. TQ :)

    ReplyDelete

cakap aje..saya layan..

Popular Posts