Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah
Powered By Blogger

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Tuesday, August 11, 2009

sesuci kasih seorang isteri 24

“Jemput makan, bang.”
Aku mengangguk dan melebarkan senyuman. Sayur campur cendawan melepaskan asap berkepul-kepul ke udara. Memang menyelerakan.
“Isha nak jalan-jalan tak malam nanti?.” Tiba-tiba akal jahatku melintas datang ke dalam kepala.
“Nak jalan-jalan?.” Keningnya bertaut.
“Hurmm..jalan-jalan. Mungkin boleh carikan baby baju-baju baru. Dah lama tak shopping kan?.”
Alishah menguntum senyuman. “Insyaallah. Isha ikut abanglah. Boleh juga cari barang-barang dapur sekali.”
“Eh, apa yang dah habis?.”
“Nanti lepas makan kita check sama-sama. Okey?.”
Terlepas ketawaku dengan jawapannya. Aku meneruskan suapan. Apa pun yang cuba merampas kebahagiaan sementara ku ini, tidak akan ku biarkan dapat menguasaiku. Aku mahu bergembira sebelum sengsara.



Nekad. Aku mahu menguji benarkah apa yang diugut ayah Sofea akan dilakukannya. Aku sedang duduk di dalam kereta menunggu enjin panas sementara Alishah menyiapkan Asha dengan segala kelengkapan.
Telefon bimbit sudah sengaja aku matikan. Sejak semalam lagi. Hari ini hari sabtu. Malam ini malam penentu. Tapi aku sungguh-sungguh tidak mahu membantu.
Menjelang pukul lapan, kami sudah bersedia mahu bergerak keluar meninggalkan halaman rumah apabila tiba-tiba telefon bimbit Alishah yang aku pegang berdering dengan lagu selawat.
“Incoming call. Who would be that?.” Tanya Alishah dalam nada gurauan. Dia jarang menerima panggilan di telefon bimbit.
“Nak abang yang jawab atau sayang?.”
Aku sudah bersedia mahu menekan pedal minyak selepas melepaskan brek tangan. Menanti Alishah menjawab panggilan.
“Eh, your along. You better answer him.”
“Along?.” Dan serta-merta aku tertekan pedal brek. Berdecit bunyi tayar. Mujurlah…ya, mujurlah Alishah tidak terdorong Asha ke depan. Kalau tidak, sudah tentu Asha akan terhantuk ke dashboard.
“It’s okay. Answer the phone first.” Pujuknya sebelum sempat aku menuturkan perkataan ‘sorry’.
Aku segera membawa telefon keluar daripada kereta. Ini sudah tentu berkaitan Sofea. Janganlah Alishah mengesyakiku.
“Hello, long.”
“Ngah.” Terketar-ketar suara Along di hujung talian. Ada apa? Ku kepitkan telefon di bahu sambil mengerling ke dalam kereta. Alishah sedang memujuk-mujuk Asha yang menangis terkejut.
“Tolonglah aku, ngah. Irman dah ada dengan diorang sekarang. Depan aku.”
“Apa diorang nak buat?.”
“Tolonglah aku. Kalau Irman kena bunuh, apa aku nak kata kat papa dan mama? Diorang akan sampai sini esok petang.”
Diam aku dibuatnya. Bukan mendengar, menumpukan perhatian apatah lagi hendak menyelami perasaan Along sekarang. Di kepalaku cuma ada Alishah dan Asha.
Along tiba-tiba memutuskan talian. Merajuk? Ke putus asa?
Belum sempat aku berfikir lebih jauh, Along sekali lagi menelefon. Kali ini video call pula. mahu tidak mahu, aku menekan punat answer.
“Tolonglah. Kau tengoklah sendiri keadaan Irman.” Sayup-sayup suara Along dengan mukanya yang basah dengan air mata.
Telefon Alishah ku kejap erat. Melihat Irman yang sudah cengkung dengan kepala berdarah. Tubuhnya yang hanya bersarung seluar pendek menampakkan lebam di sana sini.
Alishah? Asha? Along? Irman? Papa? Mama?
Seseorang tiba-tiba menghayunkan kayu ke tubuh Irman. Aku terkaku sendiri mengetap bibir. Sejurus kemudian, ayah Sofea muncul dengan pisau tajam berkilat di tangan. Didekatkannya dengan batang leher Irman.
“Sayang, kita jalan lain kali?.”
Dahinya berkerut tapi dia tetap menurut. Aku mengundurkan kereta masuk ke garaj semula. Aku tidak akan memakai kereta Alishah untuk pergi menduakannya.

7 comments:

  1. eii..ape masalah ngan ayah sofea tu..?
    saje nak susahkan hidup org lain..

    ReplyDelete
  2. kak apsl pndek sngt n3 ni??
    hehe..s0ry kalow k0mplen.
    da start nk sdey dah ni..
    s0b3...syian kt isha

    ReplyDelete
  3. Cian yer kat zikri..
    geram tol ngan sofea..
    tyea sambung lagi..

    ReplyDelete
  4. eeeee
    asal jdi cam nie lak????
    gram tul lah ngn along 2..

    ReplyDelete
  5. eiii...
    geramnye...
    huhuhu..
    kak tyea..
    great job..

    ReplyDelete
  6. tul la ....sibuk aje bapak sofea...samseng til..kak bila nak sambung tak sabar ni

    ReplyDelete
  7. kadang2 tfikir juga yg cerita ni x logik

    ReplyDelete

cakap aje..saya layan..

Popular Posts