Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah
Powered By Blogger

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Sunday, May 22, 2011

Aku terima nikahnya 2

Hujung minggu ini, Syed Uthman Affan lebih suka duduk di rumah. Berbual dengan walid, umi, Syed Umar Uzair dan Syed Umar Adib. Atau kalau tidak sekali pun, menolong umi memasak dan selebihnya dia suka membaca di dalam bilik.

Tapi pagi minggu ini, dia dikerah umi menemaninya ke pasar memborong bukan satu tapi hampir sepuluh jenis lauk. Umi membeli seolah-olah di pasaraya. Capai saja apa yang dia mahu tanpa cerewet.

“Umi ada tetamu ke?.” Tanyanya dengan bakul sarat berisi ikan dan sayur-sayuran di tangan.

Peliknya, bila ditanya umi akan senyum simpul saja. Langsung tak bersuara. Tangannya makin ligat memilih-milih buah tembikai madu sampai dua biji.

“Jangan beli banyak sangat, umi. Nanti tak habis makan semua ni. Membazir pula.” Tegahnya bila umi sudah berura-ura hendak membeli buah betik yang sudah masak ranum itu. Di rumah, bukannya ada yang suka makan betik.

Sehingga penuh bakul di tangan, barulah umi berhenti berjalan. Melilaukan mata sebentar dan akhirnya melangkah ke arah si penjual ulam-ulaman.

“Umi ni macam orang mengidamlah. Umi mengandung ke?.”

Untuk bisikan nakal itu, satu cubitan dan jelingan umi hadiahkan kepada Syed Uthman Affan yang hanya menyeringai di belakang.

“Soalan tak senonoh betul.” Marah umi sambil mencapai seikat kacang botol.

“Ampun, umi. Abang gurau-gurau aje. Tapi kalau ya pun, apa salahnya. Rezeki Allah nak bagi.”

Umi menampar perlahan bahu si anak. Dibiarkannya usikan nakal Syed Uthman Affan tidak berjawab. Pasti semua yang diperlukan sudah dibeli, umi bergerak dari celah kesesakan orang ramai di pasar itu.

Dia perlu cepat pulang ke rumah. Menyediakan makanan kerana dalam masa dua jam lagi, tetamu yang menelefon dua hari lalu dengan janji hendak datang berkunjung itu akan sampai ke rumah.

“Dah, mari balik. Umi nak lekas ni. Nanti abang dengan adik tolong umi dekat dapur, okey?.”

“Dah nak masak? Awalnya, umi?.” Syed Uthman Affan menelek jam di pergelangan tangan. Baru pukul sembilan. Biasanya umi mula memasak pukul sebelas. Mimpi apa umi semalam?

“Alahai, abang ni! Banyak sangat tanya. Selalu tak macam ini pun.” Rungut umi sebaik sahaja masuk ke dalam kereta.

“Bukan banyak tanya, umi. Abang cuma pelik. Tak pernah-pernah umi nak turun pasar. Selalu umi boleh suruh aje abang datang pasar dengan list kat tangan. Sudah tu, beli sikit punya banyak barang.”

Memangnya dia yang bertugas turun ke pasar membeli apa saja yang disuruh umi. Abang Umarnya pula sudah jauh ke Terengganu. Kalau dia pulang, umi tak akan menyuruhnya buat apa-apa kerja.

“Umi ada tetamu ya?.”

“Kenapa tanya macam tu?.”

Syed Uthman Affan menayang senyuman manisnya. “Saja tanya. Biasa kalau nampak umi kalut macam ni, ada tetamu penting nak datang ke rumah. Iya ke?.”

Seperti tahun-tahun yang sudah, umi akan jadi lelah sendiri ke sana ke mari mahu menyiapkan semua benda bila dia dapat tahu rumahnya akan dikunjungi. Biar cuma kawan lama dari kampung yang hendak datang, umi akan tetap jadi cemas secemas-cemasnya.

Umi menarik nafas panjang memandang Syed Uthman Affan menghidupkan enjin kereta. Memang ada tetamu yang akan datang ke rumah sebentar lagi. Orang jauh yang sudah lama tak bertukar cerita dengannya tapi masih tetap lekat di hati.

“Iye ke, umi?.”

“Agaknyalah, abang. Orang jauh nak datang ke rumah. Risau umi dibuatnya.” Akuinya kemudian.

“Umi janganlah risau sangat. Nanti pening lagi kepala umi tu. Biarlah dia orang nak datang, nak menziarah. Bukannya datang nak meminang, umi. Jangan risau.” Di hujung kata-katanya itu, Syed Uthman Affan mengulum senyum.

Umi risau mengalahkan emak orang yang nak menerima rombongan meminang anak dara saja lagaknya.



p/s : insaf dah..malas nak awal2 komen kat atas..hikhik..selamat membaca.

4 comments:

  1. ade org nk dtg pinang uthman affan ke ni....ketaq pulak...haha...sdap nama hero(dia ke hero?)...haha

    ReplyDelete
  2. salam tyea.
    xsngka de enovel bru kat cni...hihi
    xsbar nk bc enovel seterusnya...=)

    ReplyDelete
  3. cactac : Gitulah nama heronya kali ni..hehe..sedap kan? hehe

    nurhakim : Harap2 xlah berhenti sekerat jln mcm enovel aku yg lain2 tu..hihihi...

    ReplyDelete

cakap aje..saya layan..

Popular Posts