Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah
Powered By Blogger

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Tuesday, May 24, 2011

Aku terima nikahnya 3

“Abang, marilah jumpa Auntie Sarah dengan Uncle Mansur dulu.”

Syed Uthman Affan yang baru mahu melangkah naik ke atas melangkah lambat-lambat mendapatkan umi dan walid di ruang tamu.

Tadi semasa makan tengah hari bersama, dia sudah bersalaman dan berbual serba-sedikit dengan pasangan suami isteri itu. Mereka kawan lama walid semasa belajar di Liverpool dulu. Itu yang walid beritahu.

“Buat apa dekat dapur tadi, Uthman?.” Tegur Puan Sri Sarah Munawwarah mesra. Di bibirnya sudah ada segaris senyuman manis.

“Tak ada apa, auntie. Tolong kemaskan dapur sikit-sikit.”

“Rajinnya anak teruna awak ya, Aisyah. Pandai awak didik.”

Umi tersenyum senang. Ditepuk-tepuknya bahu kanan si anak yang memang banyak membantunya menguruskan rumah selama ini.

“Apa boleh buat, kak. Dah tak ada rezeki kami nak dapatkan anak perempuan. Syukurlah anak lelaki pun tak berbeza sangat. Masih boleh tolong mana yang patut.” Ujar umi dengan rendah hati.

“Yelah. Dia Maha Adil. Setiap apa yang dah Dia tentukan, tentu ada hikmah yang tersendiri. Nanti-nanti tak lama lagi, ringanlah beban Aisyah bila dah dapat anak menantu perempuan.”

Syed Uthman Affan mengulum senyum sendiri. Dia tidak tahu bila dia akan menamatkan zaman bujangnya ini. Syed Umar Uzair sendiri pun belum pernah membawa mana-mana anak gadis untuk diperkenalkan sebagai bakal isteri, jadi dia tahu sendiri yang masanya belum tiba.

Biarlah Syed Umar Uzair yang menikah dulu. Dia hormatkan abang sulungnya yang seorang itu.

“Mudah-mudahan begitulah hendaknya, kak. Umar yang sulung tu dah duduk dekat Terengganu. Dah jauh dari pandangan kami berdua. Itu yang saya harap sangat dia cepat-cepat menikah.”

Baru lima bulan Syed Umar Uzair ke sana. Tuntutan kerja memerlukannya meninggalkan negeri Sabah ini. Walaupun anak sulungnya itu akhlak dan peribadinya elok tapi sebagai lelaki, tentulah banyak ujiannya.



p/s : ampunlah klu pendek sgt..huhu..ada hal sket. tengah bz nak bt ulangkaji ni sbb lusa 26hb ada interview dgn SPP..doakan aku boleh jwb dgn baik n lulus ya?

3 comments:

  1. macam mak saudara saya yg kesemua anaknya adalah lelaki...ringan tulang membantu ibu di dapur. bila dah kawin isteri2 memang beruntung dapat suami pandai memasak n ringan tulang.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum cik penulis..cerita ni tiada kesinambungan eyh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Setakat ni memang takde sambungan. 😊

      Delete

cakap aje..saya layan..

Popular Posts