Klik?
Maha Suci Allah

Kata saya...
MAAF. MAAF. MAAF.
1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.
Monday, March 18, 2013
Next story
Psssttt....aku akan post cerita baru dalam masa terdekat ni....nantikan 7 Warna Pelangi....haha...bunyi mcm orang buat iklan tv jer eh?
Sunday, March 3, 2013
Jangan Sentuh Hatiku 20 ~ L.E
Kerbau dipegang pada tali,
Manusia dipegang pada janji.
~ Selamat membaca....jangan lupa doakan negeri saya yang tengah bergolak~
Manusia dipegang pada janji.
~ Selamat membaca....jangan lupa doakan negeri saya yang tengah bergolak~
20
Abah
sedang duduk menghirup kopi panas di depan televisyen semasa dia merapatkan
pintu. Saif pula sibuk menulis di meja makan.
“Assalamualaikum.”
Suraya letak tote bag di atas sofa sebelum mencapai tangan abah lalu disalami.
“Waalaikumsalam.
Dah makan?.”
Suraya
geleng kepala. Mana sempat hendak makan tadi. “Along minta maaf sangat-sangat
sebab tak dapat balik awal, abah.”
Tadi
sebaik saja En. Naufal menyuruhnya memanggil Nur Ain, Suraya sempat juga capai
Blackberrynya dan memberitahu abah yang dia terpaksa menyiapkan kerja yang
tiba-tiba saja hendak disiapkan.
Mujurlah
abah macam biasa, tak banyak soal dan menyuruhnya hati-hati pulang nanti. Malah
abah siap offer diri datang menjemput kalau-kalau Suraya takut pulang seorang.
Abah
melipat surat khabar yang terbiar begitu saja di atas meja kopi tadi. “Tak apa.
Abah faham.”
“Semuanya
okey ke, abah? Mana umi?.”
“Umi
tengah panaskan lauk untuk along tu. Pergilah makan. Tadi dengar saja bunyi
enjin kereta along, umi dah terus masuk dapur.” Ujar abah sambil menjuih bibir
ke arah dapur. Tadi memang isterinya itu cepat-cepat memanaskan lauk sebelum
Suraya tukar fikiran tak mahu makan malam.
Suraya
menjungkit kening dengan senyum senang.“Iya ke, abah? Allah, susahkan umi
saja.”
Tapi
langkahnya dibawa juga masuk ke dapur. Sempat dia cuit pipi Saif yang serius
sungguh menyiapkan tugasan latihan topikal Matematik Tambahan.
“Umi.”
Umi
yang sedang ralit menyusun bekas berisi lauk-pauk di atas meja segera menoleh.
Apron dipakai ditanggal lalu disangkut pada tepi peti sejuk. “Along, umi dah
siapkan semua pun. Mari makan.”
Suraya
merapat ke meja makan. Bau ketam masak mentega dilawan pula oleh bau sayur
goreng cendawan membuat laju saja tangannya mencedok nasi ke pinggan.
“Umi
dah makan?.” Soalnya apabila ibu ikut duduk di hadapannya.
“Kami
semua dah kenyang. Umi siap masak istimewa lagi. Sekali along pula tak dapat
balik awal. Tak dapat jumpa tetamu abah tadi.”
Tangannya
diraup ke muka. Selesai membaca doa, dia celupkan tangan ke dalam mangkuk.
Suraya senyum kecil memandang umi. “Along minta maaf sangat, umi. Ada kerja
pula saat-saat akhir tadi.”
“Tak
apa. Along makanlah dulu. Umi nak kemas barang-barang tu dulu. Pinggan tak lap
lagi tu. Sumayyah tak tahu dah buat apa dekat atas tu. Tetamu balik saja, dia
pun lesap naik atas.”
Lauk
ketam dicedok sikit. Suraya korek sikit isi ketam yang terkeluar dari
cengkerangnya yang keras itu. Umi kalau memasak, memang sedap.
Tapi
Suraya sudah tak berapa berselera kalau lewat makan. Mujur dia cuma ambil nasi
suku pinggan. Itu pun susah-payah dia habiskan.
“Alhamdulillah.
Sedap umi masak malam ni.” Pujinya. Pinggan yang sudah kotor diangkut ke sinki.
Dibasuh kemudian dilap sebelum disusun di dalam kabinet. Lauk-pauk yang masih
berbaki dia salin ke dalam bekas bertutup. Boleh simpan di dalam fridge. Esok-esok boleh panaskan semula.
“Dessert
umi buat tadi sedap sangat. Sampai licin adik-adik along kerjakan.”
Suraya
ketawa kecil mendengar ocehan ibunya. “Umi buat apa?.”
“Puding
marble. Tak merasalah along makan.” Dia sudah ingatkan Saif dan Soleh
tinggalkan sedikit untuk Suraya tapi bila melihat kedua-duanya makan bersungguh
sangat, dia pun jadi tak sampai hati nak melarang lebih-lebih. “Nanti esok-esok
umi buatkan lagi. Tak apa kan?.”
“Tak
apalah, umi. Along tak kisah pun.”
Meja
makan dikerling sekali lagi. Pasti yang semuanya sudah selamat dikemas, baki
makanan pula sudah disimpan, dia segera minta diri mahu naik ke bilik.
“Along.”
“Ya,
umi?.” Langkahnya terhenti di meja makan.
“Umi
dan abah ada hal nak bincang dengan along. Boleh kita bercakap dekat luar?.”
Subscribe to:
Posts (Atom)
Popular Posts
-
Macam tu ke caranya??? Amishah mundar-mandir. Dari satu sudut dia berjalan ke sudut lain hingga akhirnya dia sendiri yang berhenti bila tera...
-
Aku pun tak tau lah nak cakap macam mana lagi dah. Mak ngan ayah ni memang cari pasal. Cari gaduh. Dah tau aku ni sarang tebuan,...
-
“Jom, liya. Ikut saya pergi meeting.” “Hmm..okay.” “Kenapa tak bersemangat aje ni? Tak sihat?.” “Penatlah, bos. Kerja yang bos bagi kelmarin...
-
"Macam mana tadi? semuanya okey?." Khusyairi melonggarkan tali leher yang terasa menjerut itu. Sengaja dia mendiamkan diri seketik...
-
“Abang, marilah jumpa Auntie Sarah dengan Uncle Mansur dulu.” Syed Uthman Affan yang baru mahu melangkah naik ke atas melangkah lambat-l...
-
~ Ish, nampak tajuk mcm novel...tapi tetap bebelanku juga yg muncul dulu...kekeke..jangan marah. Aku dah sekian lama tak post apa2 cerita de...
-
Hallu..sorrylah lambat pula update yer? Hihi..sibuk sebenarnya.Almaklumlah, guru sejati yg komited gitu..Yerk..haha..tadi pun sibuk dengan u...
-
salam, jemput baca semuanya..hihi..oh ya, kita berpisah dulu satu dua hari ni sebab laptop kesayangan aku ni adik bongsu nak pinjam, nak s...
-
Abahnya lelaki yang paling dia hormati. Haji Rusdi menjadi sanjungannya sejak kecil. Tetapi dalam hal ini, Haji Rusdi terpaksa dibelakangkan...
-
Untuk pengubat rindu korang, aku postkan sedikit lagi..Hihi..macam biasalah ya. Saja aku post lewat malam sebab aku nak biar sampai petang a...