Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah
Powered By Blogger

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Friday, April 4, 2014

Jangan Curi Hatiku 11 & 12

11
“Bad busy ke hari ni?.”
Gigitannya pada sandwich terhenti. “Macam busy tapi kalau mama nak Bad buat apa-apa, I can always be there for you.
Mekar senyuman Datin Asma. Cawan kosong di tengah meja segera dituang kopi panas lalu dihulur kepada Badri dan Bazli. Badri anaknya yang baik walaupun selalu suka nak mempersoalkan keputusannya. Anak sebaik Badri Afif tak patut dipermainkan dan diperbodohkan macam apa yang Auni Zara lakukan.
Good then. Mama nak minta Bad tolong hantar mama pergi satu tempat. Mama ada urgent matter nak buat sebelum balik Brussels.”
“Pergi mana?.”
“Adalah. Nanti mama call Bad before lunch.”
Sandwich kedua disuap ke mulut. Sedap. Pandai Datin Asma nak memancing selera dia yang jarang-jarang dapat hidayah nak masuk ke dapur buat sarapan ni. Lapar-lapar, restoran dekat luar nun bertimbun. Pilih aje nak yang mana satu.
“Okey. Tapi kalau Bad tak habis meeting lagi before lunch tu, I’ll pick you up after that. Bolehkan? Atau mama nak pergi dengan Li?.” Soalnya sambil tangan sibuk mengesat tepi bibir dengan sehelai napkin.
Datin Asma segera menggeleng. Matanya dikerling pada Bazli dengan isyarat menyuruh senyap. Urusan dia kali ini, mesti dia buat dengan Badri.
“Li ada urusan lain hari ni, long. Sorry eh.” Bazli yang mula dapat menangkap isyarat mamanya cepat menyampuk.
It’s okay, Bad. Mama tak adalah set nak buat urusan tu awal sangat. After lunch should be fine for me.”
Terangguk-angguk Badri. Kopi di dalam cawan cuma habis separuh. Terpandang jam dinding tadi, baru dia perasan dia dah lewat daripada rutin biasanya datang ke pejabat sebelum pukul 8.
Briefcase di atas kerusi segera disangkutkan talinya ke bahu. “Okeylah, ma. Nanti Bad inform mama bila Bad dah free.”
Kalau dia tak silap, Hanna ingatkan dia petang semalam yang hari ini dia ada meeting dengan wakil syarikat Perdana Jaya. Tak tahulah kalau perbincangan tu nanti boleh selesai cepat. Takut ada isu berbangkit pula.
“Iyelah. Elok-elok drive tu.”




“Mama rasa kita patut ke buat macam ni kat along, ma?.” Soal Bazli sebaik selesai dia mengemas dapur.
Datin Asma di atas sofa melepas keluhan. “Ini yang terbaik untuk Bad. Perempuan macam tu, walau dia merayu melutut depan mama pun, mama takkan terima dia lagi jadi menantu mama, Li.”
Kalau dah perangai tak semenggah macam tu, nak disimpan jadi isteri dan menantu buat apa?
“Along okey ke? Hati tu mama juga nak dia kahwin dengan Auni. Sekarang nak suruh dia ceraikan perempuan tu pula.” Badri tu manusia. Ada perasaan. Walaupun dia selalu ikut cakap Datin Asma, tapi dalam hal ni, dia pun tak berani sebenarnya.
Bila Datin Asma tiba-tiba ajak dia berbincang hal kahwin abangnya, dia ada juga buat sesi soal-siasat sekejap tapi akhirnya dia setuju juga bila mamanya kata Auni Zara tu anak guru mengajinya dulu.
Semua orang pun expect Auni Zara tu baik budi bahasa. Tapi siapalah boleh jangka dia boleh lari tinggalkan suami yang baru berapa jam menikahinya?
“Li kalau boleh, tak naklah kusutkan fikiran along. Dia tengah stress lagi tu.”
“Mama faham.”
“Dah tu?.”
Dari sibuk membelek majalah, akhirnya dia alihkan seluruh fokus pada anak lelaki keduanya yang duduk di sebelah. “Mama tahu, kalau mama dah balik Brussels nanti, Bad takkan uruskan hal ni. Dia tak nak peduli apa-apa lagi dah. Tapi sampai bila? Apa-apa dosa perempuan tu buat, Bad yang terpaksa tanggung selagi dia tak ceraikan.”
Cukuplah Auni Zara dah malukan Badri. Tak payahlah Badri nak beratkan timbangan dosanya dengan menjadi suami perempuan begitu. Dia tak rela.
“Kalau along mengamuk?.”
“Insyaallah tak. Mama akan cuba pujuk Bad elok-elok. Dan Li, I need your support. Kita cuba buat yang terbaik untuk Bad. Mama dah cukup bersalah sebab paksa dia kahwin dengan perempuan tu dulu.” Jadi kali ini, biar apa pun yang terjadi, dia akan berusaha sampai rancangannya berjaya terlaksana.







12
Perjalanan dari ofis ke rumah tadi lancar. Sebabnya semua orang dah selamat masuk kerja semula. Tapi kali ini, dari rumah menuju ke destinasi rahsia Datin Asma, jalan sesak sangat. Mujurlah dia pakai kereta automatik. Kalau pakai manual macam Ikmal, memang naik lenguh kaki.
“Ada apa-apa ke hari ni, Bad?.” Datin Asma yang tadi leka berbalas mesej dengan entah siapa, mula sibuk menjenguk sekeliling.
“Tak tahulah, ma. Accident kut.”
“Lah, iya ke?.”
Badri angkat bahu. Selalunya macam itulah. Kalau dah jalan jammed tak sudah-sudah macam ni, mesti ada kemalangan kat depan.
“Mama nak ke mana ni sebenarnya?.” Soalnya.
Dari tadi mama dia ni tak nak cakap ke mana destinasi nak dituju. Pula tu selamba duduk bersandar merenung GPS. Kalaulah Datin Asma cakap saja ke mana nak pergi, senang dia nak masuk jalan mana satu sebabnya GPS tu bukan boleh percaya sangat.
Habis semua jalan yang jauh-jauh dia tunjuk. Padahal kalau pemandu yang dah expert, tahulah dia jalan pintas nak ke mana-mana.
Soalan Badri dibalas Datin Asma dengan wajah serius. “Okey, masuk kiri tu.”
“Then?.”
“Terus aje. Nanti mama bagitahu mana nak masuk lagi. Just drive slowly.”
Respon Datin Asma membuat Badri kembali fokus ke jalan raya. 15 minit memandu, mereka sudah mula masuk ke Jalan Sultan Hishamuddin, dia kembali menoleh ke sebelah. “Nak masuk mana, ma?.”
“Simpang depan. Lepas tu masuk kiri.”
“Eh, ini macam nak ke…”
“Terus aje. Park  kereta nanti, mama cerita.” Putusnya dengan suara bernada memujuk. Dia boleh jangka reaksi Badri dan dia sudah sedia dengan pendekatan paling berhikmah supaya Badri mendengar nasihatnya kali ini.






“Kita jumpa dengan orang kat dalam. Minta pendapat macam mana, Bad.” Ujarnya sebaik saja berjaya meloloskan diri ke dalam perut lif. “Lagipun mama buat semua ni untuk kebaikan Bad sendiri. Sampai bila Bad nak tanggung dosa-dosa yang dia buat?.”
Perempuan macam Auni Zara tu wajib diajar. Jangan sampai dia ingat keturunannya boleh dipermainkan orang sesuka hati. Mana nak tanggung malu, mana nak tenangkan diri bila saudara-mara sibuk bertanya macam-macam.
Sebab itu, kalau ikutkan hati, malam itu juga dia nak ajak anak-anaknya pulang ke Brussels. Kalau bukan sebab sayangkan Badri, memang tak sanggup dia nak menayang muka duduk di Malaysia lagi.
“Bad malas nak fikirlah benda-benda bodoh ni semua, ma. Yang susahnya nanti Bad seorang juga.”
Lengan Badri dielus penuh sayang. Dia faham perasaan Badri. Tapi Badri mesti cepat-cepat bertindak. “Biar susah sekarang, jangan susah kemudian hari, Bad.”
Satu keluhan terlepas keluar dari bibirnya. Kalaulah semua tu boleh mengembalikan maruahnya, mungkin rasa sakit hatinya terubat sedikit. Walaupun sikit sebanyak, namanya sudah terpalit dengan ‘kekotoran’ yang dibawa oleh Auni.
“Bad takkan ceraikan dia, ma.” Putusnya kasar. Rambut yang terjuntai menutup dahi disebak dengan dada yang tiba-tiba rasa panas semacam.
“Bad?.”
Dalam menahan amarahnya daripada meluap keluar, satu senyuman sinis diukir di bibir. Auni Zara, kau memang akan dapat balasan untuk apa yang kau dah lakukan pada aku!
“Bad akan gantung dia tak bertali. Ini balasan untuk dia, ma.”
“Astaghfirullah, Bad. Kenapa cakap macam orang tak ada iman ni? Bad tahu tak gantung isteri tak bertali tu berdosa? Aniaya namanya tu.” Badri ni. Buat semput dadanya saja waktu-waktu begini.

Sengih sinis Badri makin menjadi. Perkataan aniaya tu menarik sungguh bunyinya. “Macam dia aniaya maruah Bad selama ni?.”

No comments:

Post a Comment

cakap aje..saya layan..

Popular Posts