Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah
Powered By Blogger

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Tuesday, January 13, 2015

Third baby With Love 1

Assalamualaikum. Jemput baca. Akan menemui anda Februari ini insyaallah.

Dia memanjangkan leher meninjau ke seluruh kawasan tempat letak kereta dengan penuh cemas. Dia sudah terlambat. Sepatutnya setengah jam yang lalu lagi dia sudah menunggu di depan balai ketibaan tapi setengah jam yang lalu, dia masih mengerekot di atas katil dengan mimpi indahnya.
Kalau bukan kerana jerit pekik Echah, sumpah dia takkan terbangun! Nampaknya untuk pertama kalinya dia jadi bersyukur Echah suka menjerit.
Sebuah kerete Perodua Myvi berwarna hitam yang menunjukkan gear undur benar-benar melegakannya. Secepat mungkin dia cuba mengambil tempat. Gear 1 sudah dimasukkan. Sebaik sahaja si pemandu keluar, Sarah pantas mengangkat tangan sambil mengukir senyuman tanda terima kasih.
Pemandu lelaki itu menekan hon dengan senyum mekar di bibir. Sarah sudah bersedia mahu menekan pedal minyak untuk masuk ke ruangan yang baru saja dikosongkan itu apabila sebuah Nissan Skyline yang datang dari ceruk mana entah tiba-tiba meluru laju mendahuluinya.
“Hoi!!.” Jeritnya. Hon ditekan sekuat hati. Dia tidak peduli pada mata-mata yang memandang.
Kurang ajar! Suka hati dia je nak merampas parkir orang lain.
Sarah memboloskan diri keluar mengetuk cermin tingkap kereta mewah yang sudah elok terparkir itu. Pakai kereta mahal, patut perangai eloklah sikit. Ini tak. Perangai tak serupa manusia langsung.
“Nak apa?.” Seorang lelaki berkaca mata hitam di dalamnya bertanya tanpa sedikit pun mengalihkan mata memandang Sarah.
“Amboi, buat-buat tak tahu pula ya. Sudahlah tak beradab, pergi rampas parkir orang. Nak berlagak tak tahu pula.”
Lelaki itu sekadar angkat bahu membuatkan darahnya terasa sudah memuncak naik ke urat kepala. Kalau saja dia ada kayu golf di tangan saat ini, memang lelaki biadab ini akan merasa sesuatu. Kalau tak pecahkan kepalanya ( tak beranilah sampai macam itu sekali ), pukul sedikit pun dia puas hati. Biar sedar diri tu sikit.
“Awak jangan nak mengada-ngada. Keluar sekarang atau..”
“Atau apa?.” Sekali ini, wajahnya ditenung lama. Sarah mengetap bibir.
“Jangan ingat saya tak berani nak apa-apakan awak ya. Ingat dengan pakai sunglasses pagi-pagi ni, handsome sangat ke?.” tujahnya. Jari telunjuknya sudah sampai ke kepala lelaki berkulit cerah itu. Alang-alang orang dah biadab dengan kita…
Nonsense.”
Nonsense?.” Jari telunjuknya dihalakan kepada dirinya sendiri. “If you think that’s nonsense, this is real.” Elok saja telapak tangannya sudah mendarat ke pipi kanan lelaki itu, senyumannya terlukis lebar.
Pandangan marah bercampur terkejut lelaki itu menambah lebar senyumannya malah kalau boleh, dia memang mahu ketawa. Baru tahu bukan semua perempuan boleh dibuat main, ya bang!
“Hei, awak ni gila ke?.” cermin matanya ditanggalkan. Matanya sudah mengecil memandang Sarah yang berpeluk tubuh membalas renungannya. Kurang ajar punya perempuan!
Sarah sekadar mengangkat bahu, memulangkan paku buah kerasnya. Sebelum dia berlalu, sempat juga dia mendengar sumpah-seranah lelaki itu kepadanya dan dia cuma senyum sendiri.
Nonsense!.” Ejeknya puas.




“Kenapa lambat sangat, Sarah? Naik lenguh lutut mak menunggu tau. Sarah pergi mana tadi?.”
Puan Kalsom membebel panjang sebaik sahaja dia terlihat kelibat anak keduanya di celah kesesakan orang ramai tadi. Seperti biasa, Sarah cuma tersengih datang mencapai troli pakaiannya.
“Jalan jam tadi, mak. Tahu ajelah awal-awal pagi macam sekarang.” Dalihnya dengan sedikit rasa bersalah. Memang betul pun jalan di Kuala Lumpur ini sentiasa saja sesak. Normallah kalau orang datang lambat.
Jam ke? Bukan hari ni hari sabtu ke?.”
“Betullah, mak. Jalan memang sesak sangat tadi. Hampir-hampir Sarah nak berhenti dekat stesen minyak tadi. Letih asyik tekan brek.” Aduh, dari satu ke dua dosanya! Betullah orang cakap, sekali menipu, kita akan terpaksa menipu untuk menutup pembohongan pertama.
Tapi dia lebih rela menipu daripada bersoal jawab dengan emaknya soal si lelaki biadab yang mencuri parkir tadi. Mahunya berjam-jam dia terpaksa menadah telinga mendengar ceramah tak berbayar Puan Kalsom.
Ceramahnya kalau banyak dorongan positif, tak mengapalah. Ini dia juga yang akan terkena habis-habisan walhal emaknya tak nampak pun siapa sebenarnya yang bersalah.
“Err..marilah kita balik, mak. Mak kata tadi letihkan.” Dia lekas mengalih tumpuan sebelum emaknya bertanya lebih lanjut kemudian berjaya mengesan insiden yang berlaku itu tadi.
Puan Kalsom angguk saja. Dia sendiri sudah letih. Sudahlah duduk di dalam kapal terbang tadi dia tidak dapat tidur, menunggu pula anak bertuahnya yang hanya muncul selepas hampir sejam dia sampai.
Mereka jalan beriringan menuju ke kawasan meletak kenderaan. Sarah menolak troli dan dia menjinjing beberapa bungkusan jeruk buah yang dibelinya di Pulau Pinang. Jeruk buah kesukaan anak-anaknya, terutamanya Syafiqah.
Malah untuk Syafiqah, dia sudah belikan tiga bungkus jeruk mangga dan sebungkus buah pala. Esok-esok akan disuruhnya Sarah membungkusnya dan terus dikirimkan ke United Kingdom. Tentu Syafiqah suka.
“Eh?.” Sarah tiba-tiba mematikan langkah. Matanya lurus ke hadapan.
“Kenapa, Sarah?.”
Bibir nipis Sarah memuncung ke hadapan. Matanya turut sama memandang ke arah ditunjukkan. Tetapi dia tidak terlihat apa-apa yang pelik pun.

“Kenapa? Mak tak nampak apa-apa pun?.” Dahinya berkerut memandang anaknya yang sudah mula mengetap bibir. Silih berganti pandangannya ke arah Sarah dan ke hadapan tetapi sumpah, memang dia cuma nampak pelbagai jenis kereta di situ. Entah apa yang peliknya pun dia tak tahu.
Belum pun soalannya terjawab, Sarah sudah berjalan pantas meluru ke arah sebuah kereta mewah sebelum dia meloloskan diri mencelah ke sisi. Dan…
“Dia block kereta kita ke? Ya Allah, macam mana kita nak balik ni, Sarah?.” Puan Kalsom turut mendekat. Kereta Proton Saga Sarah tidak akan dapat keluar kerana di belakangnya sudah tersadai sebuah kereta mewah berkilat.
“Ini mesti kerja lelaki gila tu! Biadab tak habis-habis.”
“Lelaki gila? Yang mana?.”
“Lelaki gila yang pergi curi parkir Sarah. Memang nak kena lagi sekali dia ni.” Jawabnya lancar menahan marah dalam hati. Kalau dia jumpa sekali lagi lelaki itu, siaplah dia. Bukan setakat pelempang yang akan dia rasa.
“Kena lagi sekali? Yang tadi Sarah buat apa dekat dia?.” Puan Kalsom sudah mencerlung pandangan.
“Sarah pergi lempang dia. Orang biadab macam tu, kena beri pengajaran sikit.”
“Sarah pergi tampar dia?.”

Tanpa sedar, kepalanya laju mengangguk. Bersama riak kepuasan di wajahnya. Memang dia puas dapat membalas ketidaksopanan lelaki itu. Tapi nampaknya, satu tamparan saja belum cukup untuk ‘menyedarkan’nya.

2 comments:

cakap aje..saya layan..

Popular Posts