Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah
Powered By Blogger

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Friday, January 16, 2015

Third Baby With Love 2 ~ Coming soon

Beberapa meter sebelum sampai ke keretanya, dia sudah terlihat dua orang wanita berdiri sambil bersandar di sebuah kereta. Spontan senyuman puas muncul di bibirnya.
“Rasakan!.”
“Apa dia, Man?.”
“Oh…tak…tak ada apa, nek.”
Hajah Murni memandang kurang percaya pada cucu keduanya itu. Dah gila ke cucunya seorang ini bercakap sendiri? “Saja ajelah tu tak nak cerita dekat nenek. Ke mengata nenek? Man malas nak pergi ambil nenek?.”
“Hish, apa nenek ni kata macam tu? Kalau Man malas, jangan harap Man nak datang. Nenek ni macam tak kenal cucu neneklah.” Bidasnya.
Sebenarnya memang dia malas pun. Dia sudah bersiap-siap mahu keluar bersama Jasmine tadi bila mummynya muncul dengan arahan yang dia perlu ke KLIA menjemput neneknya yang tiba-tiba saja mahu datang melawat mereka.
“Baguslah kalau ikhlas jemput nenek ni. Kereta Man kat mana?.”
“Depan tu.”
“Masih guna Honda Accord ke?.”
“Tak. Kereta yang itu dah pass pada Imran. Man guna kereta baru sekarang.” Ini kereta pertamanya yang dia beli dengan duitnya sendiri. Sempena keuntungan pertama kliniknya. Sebab itu sayangnya lebih pada Nissan Skyline berbanding semasa dia memakai Honda Accord pemberian daddynya.
Dia menekan punat kunci sebaik sahaja mereka mendekati kereta. Matanya sempat singgah ke arah seseorang yang dia tahu sedang merenungnya dengan rasa sakit hati. Senyuman sinisnya terukir di bibir.
Selesa saja Hajah Murni duduk di kerusi penumpang di sisinya, dia lekas-lekas menekan pedal minyak. Sempat dia mengenyit mata ke arah Sarah. Sengaja menambahkan api kemarahan dalam hati gadis itu. Baru dia tahu sekarang langit tu tinggi ke rendah. Ada ke patut sesuka hati tempeleng orang. Memang kenalah dengan dia.
“Pandang siapa tu?.” Hajah Murni ikut menoleh ke arah luar.
“Orang gila, nek.”
“Oh…”
“Kat KL ni memang ramai orang gila. Merata tempat pun ada.” Tambahnya cuba menahan diri daripada ketawa. Terbayang-bayang wajah marah Sarah di fikirannya.
“Dah nasib dia orang macam itu. Sebab itu kita yang normal ni kena hargai apa yang kita ada. Akal ni kena jaga. Jangan beri dia makanan-makanan yang tak sihat. Sebab itu boleh jadi macam tu.”
“Hurmm…”
“Jangan pergi tuang minuman keras masuk mulut. Jangan sentuh dadah. Jangan fikirkan benda-benda tak elok. Semua itu racun kepada akal kita. Man takkan tak tahu, kerja doktor.”
“Hurmm..”
“Kalau buat research pun, memang akan terbukti itulah antara punca utama kepada masalah penyakit mental ni.”
Lukman senyap. Malas bereaksi.



Sarah meminta diri naik semula ke biliknya sebaik sahaja membantu mengangkat dua buah beg pakaian emaknya masuk ke rumah tadi. Puan Kalsom sudah dikerumuni anak-anak di bawah dan dia sudah cukup pening untuk terus berada di kalangan mereka.
Lelaki itu…
Fikirannya melayang ke KLIA. Wajah yang menyakitkan hati itu sudah terlekat kemas di dalam ruang simpanan memorinya.
Awas….kau tunggu balasannya nanti!
Sudahlah dia pening dan sakit hati yang amat kerana hampir sejam mereka berdiri di bawah cahaya matahari yang makin menyengat gara-gara keretanya dihalang Nissan Skyline lelaki tak guna tu. Alih-alih, masuk saja ke dalam kereta, emaknya pula sambung membebel gara-gara dia terlepas cakap.
Kalau bukan disebabkan kepalanya sudah terasa berat mahu cepat-cepat dijatuhkan ke bantal empuknya, memang dia tak akan memandu pulang tadi.

Hurmm…sabarlah, nanti-nanti kalau dia terserempak lagi dengan lelaki itu, dia sudah tahu apa yang patut dia lakukan. Buat baik dibalas baik, buat jahat, siap!!!

3 comments:

  1. Yeay! Makacih utk n3 ni!!! Hehe.. :) anonymous semlm... kihkihkih.. cayunk sis sgt..

    ReplyDelete
  2. Huhu.. sis bila nk smbung cite ni? Rindu dong.. :) org sama yg komen aka peminat rahsia.. kih3..

    ReplyDelete

cakap aje..saya layan..

Popular Posts