Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah
Powered By Blogger

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Sunday, April 12, 2009

sesuci kasih seorang isteri 12

Mak Kiah sedang sibuk menyiram bunga di halaman semasa aku mematikan enjin kereta. Sangkaku hanya dia sendiri tetapi semasa hendak membawa keluar barangan dapur dari tempat duduk belakang, aku terpaku seketika. Alishah sedang bersenda gurau dengan si kecil Asha di taman.
“Baru balik, Zik?.” Tegur Mak Kiah.
Aku segera mengeluh keletihan. Menarik keluar tali leher yang tergesa-gesa ku sarung sebelum keluar dari hospital tadi. Alishah masih seronok mengacah-acah Asha di dalam buaian.
“Tinggalkan aje kat situ, Zik. Nanti kemudian Mak Kiah bawa masuk barang-barang ni.”
“Yalah.”
Aku faham isyaratnya lalu segera menghampiri dua orang puteri hatiku. Mengucap salam dengan harapan lembut hatinya menerimaku.


“Ya Allah, abang?.” Itu reaksinya. Tanganku dicapai lalu disalam dan diciumnya penuh hormat. Kami berpelukan erat sebelum aku mencium pipinya. Gembira.
“Sayang mama, ini papa sayang dah balik.” Diagahnya Asha sekali lagi.
Bagaikan mengerti patah bicara Alishah, Asha mengukir senyum dengan dua ulas bibirnya yang memerah. Sebiji bibir mamanya. Aku segera mengangkatnya keluar. Bertalu pipinya ku cium.
Rindu. Dua hari tak balik, mestilah rindu.
“Anak kita dah makin pandai senyum. Makin comel.” Pujiku riang. Bersyukur dengan kurniaan Tuhan ini.
“Alhamdulillah. Dua malam ni dia suka berjaga. Just to give her mama a company. Papa tak ada, baby ada. Kan sayang kan?.”
Sebuah keluhan terlepas dari bibirku tanpa sengaja. Perlahan-lahan tubuh Asha ku letakkan semula ke dalam buaian. Marahkah Alishah? Menyindirkah dia saat ini? Tapi ini bukan peribadinya. Makan sebelum aku pun dia tak berani, masa dia tega mahu menyindir?
“Sayang marah abang tak balik ke?.”
Matanya ku tenung. Dia tetap tenang seperti selalu.
“To be honest, ya Isha ada tapi bukan marah. Isha tak pernah marah abang. Isha tertanya-tanya, bang.” Sendu suaranya. Semakin lemah lututku. Kenapa aku sering begini bila berhadapan dengan Alishah? Marah berapi pun boleh padam bila berada di sisinya.
Tanpa menghiraukan pandangan asing Mak Kiah, aku menarik tubuh Alishah sekali lagi ke dalam pelukanku. Lebih erat daripada tadi. Lebih kasih dan lebih cinta daripada sebelum ini.
“I’m sorry, honey.”
“Any explanation?.” Wajahku dirabanya. Pun tiada riak memaksa dalam nada suaranya.
Diam. Apa hendak ku jawab? Menerangkan yang sebenar atau terus berperang dengan keinginan untuk menipu? Aku tidak mungkin mahu berterus-terang. Aku takut pada reaksi dan penerimaannya.
Bagaimana kalau dia meminta perpisahan? Tapi bukankah isteri yang sanggup dimadukan itu akan menerima payung emas di akhirat kelak? Tidak mahukah Alishah? Malah aku berkahwin dengan Sofea pun bukan kerana cinta, jauh lagi kasih sayang dari dalam hati.






“Abang nak makan apa malam nanti? Isha masakkan untuk abang.”
Aku meneliti wajah ceria Alishah yang memeluk bahuku erat. Dia baru sahaja selesai memberi makan Asha di ruang tamu.
“Hmm…abang makan apa aje yang sayang masak.” Ikhlas. Aku memang jadi begitu mudah menerima apa saja kalau dengan Alishah. Kalau dulu masakan mama, itu ini yang aku kritik tetapi bila Alishah yang memasaknya, seleraku menjadi-jadi pula. Tak cukup sepinggan nasi dibuatnya.
“Tak nak minta yang special sikit?.”
“Special? Yang macam mana tu, yang?.”
“Yalah, yang special. Kot nak minta Asha masakkan tom yam ke.”
Sengaja ku kerutkan dahi lama-lama. Dia yang mula kehairanan segera mengangkat kening.
“Itu aje ke paling special?.”
Dia ketawa perlahan.
“Then, abang cakaplah. Isha cuba sediakan.” Dipicitnya hidungku dengan gaya manjanya. Sebenarnya manja lagi lelaki yang menjadi suaminya ini. Aku memang sediakala manja dan semakin manja apabila didampingi wanita semulia isteriku.

9 comments:

  1. hu..hu..

    sweet couple...

    apa rahsa alisyah bley jd sebgitu tabah ehh!

    ReplyDelete
  2. baiknye alishah ni..
    xkn xde rse curiga langsung..?
    klu die baik,sure die leh trime klu zik tu bertrus trang..sean die klu dgr dr mulut org lain..

    ReplyDelete
  3. wuhuuu
    cian alishah la
    tapi rasenyer Zik still gonna tell d truth
    klu x nnt lg cian kt wife die ni huhu

    ReplyDelete
  4. ades...
    zik..
    terus terang je lah...
    jgn tggu lama2..

    ReplyDelete
  5. swonoknyer kalau kiter dapat jadi isteri sebaik alishah..

    ReplyDelete
  6. BEST.....sambung laa lg.. mmg bengong along si zik tu.... kesian dkt zik, alisha n asha....

    ReplyDelete
  7. semoga semua muslimah boleh menjadi wanita semulia alishah..
    sy sebagai wanita sentiasa berdoa menjadi wanita sebegitu..
    aminnnnn...

    ReplyDelete
  8. alisha tu aku laaa
    hak3
    prasan giler..
    tp untung btol la saper yg
    isteri cm alisha tuh..
    mgg solehah abesss

    caya la kak thea..
    pndai ea reka watak bess cm alisha tu
    perghh gua kasi thumbs up
    sama lu
    ahaks ^_~

    ~darwis~

    ReplyDelete

cakap aje..saya layan..

Popular Posts