Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah
Powered By Blogger

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Saturday, April 25, 2009

siapa yang salah? 1

“Cukup-cukuplah dengan cerpen kau tu. Kerja gila.”
Dia ni, bukan aje laser namanya…ni mulut M16 ni. Kejam. Pedas. Kadang-kadang yang mulut jahat ni perempuan aje kan tapi yang satu ni…masyaallah.
“Abang peduli apa? Tangan saya.”
“Tangan kau tapi duit aku.”
Selalunya kalau dia dah pergi kerja baru aku berani buka komputer. Tak pun bila dia dah lena sangat tidur. Tapi kali ni aku betul-betul dah tak tahan. Idea tengah membuak ni..sampai dah senget kepala aku dibuatnya. Ni rambut aku basah-basah ni sebab kena lelehan idea akulah ni.
“Abang ni kedekut macam nak bawa duit masuk kubur aje.”
“Kalaulah boleh bawa, memang aku nak bawa. Daripada aku tinggalkan dengan kau yang gila ni.”
“Saya tau abang memang letak nama saya jadi waris.”
“Perasanlah kau!!!.”
Aku ketawa. Dulu aku dah nampak borang kwsp dia, memang nama aku dengan mak ajelah yang jadi pewaris duit dia tu. Mana ada orang lain.
Itulah, mak suruh cari bini, dia buat tak dengar. Masih muda. Konon. Nak muntah aku. 32 tu muda apa. Kalau kahwin dah dapat paling kurang empat anak tu.
“Sebab tu kau tak nak cari kerja ni kan? Angan-angan nak jadi penulis konon. Cukup-cukuplah mimpi kau tu.”
“Kot ya pun, tak payahlah abang mengutuk sampai macam tu sekali. Ingat saya tak ada kelulusan?.”
“Kalau ada kenapa tak guna?.”
“Saja. Sebab saya tau ada orang masih boleh tanggung saya. Buat apa susah-susah kerja? Itu baru gila namanya.”
“Kau ni kan patutnya jadi penjawab, bukan penulis.”
“Memang dah jadi pun, cik abang sayang.”
Dan akhirnya dia hempas beg lusuh dia tu kat sofa. Marah. Kecewa sebab dari aku mula pandai bercakap, memang kami selalu bertekak. Pemenangnya memang tak ada lain, akulah…..
Abang aku ni, memang unik. Dari kecil, dia suka sangat berkorban. Apa-apa hal pun dia tetap akan dahulukan aku dengan mak. Kecuali urusan agama dia ajelah.
Aku ingat lagi, waktu aku baru nak masuk sekolah dulu, dia sanggup bagi semua buku latihan dia kat aku supaya mak tak payah keluar duit. Aku ni pula tahu nak happy aje.
Malam esoknya baru aku tahu abang kena rotan sampai berbirat belakang dia yang kurus tu sampai lima kali. Tapi aku tak sedih pun masa tu. Yalah, budak kecil kan. Mana nak sedih-sedih.




“Sha, bangun. Pergi buat sarapan abang kau.”
Aduh, aku tengah mengantuk gila babi ni. Maklumlah semalam aku shut down komputer pun dah nak pukul empat. Mak ni, aku…
“Sha!!! Cepat.”
Nak tak nak aku bangun juga lah. Dengan mata yang bengkak berabis ni sampai juga aku kat dapur. Mata tengah mamai, aku nak ambil water heater pun aku terambil pula jag air minum.
Bila dah mendidih air, aku cepat-cepat letak teh dengan gula kat dalam tea pot. Entah apa silapnya ( apa lagi, taik mata yang menempel lah ), aku tersiram air yang maha panas tu kat tangan. Apa lagi, aku teriak macam orang bersalin tujuh anak serentak.
“Apa hal ni, sha?.”
“Mak…”
Ish, geram. Sakit hati ni.
“Celaka betul….bla..bla…bla…tu lah…nak juga susahkan orang…nak pergi kerja tu minum ajelah kat ofis…bla…bla…hantu..monyet…”
Huh, tak puas hati aku ni!!! Nak aje aku sambung membebel tapi baru aku sedar dia rupanya dah ada berdiri kat meja makan tengok aku. Mata dia nampak sayu sangat. Aduh….
“Nah, minum!!.” Ego punya pasal, aku hempas lagi cawan plastik tu kat meja. Tambah sedih dia.
“Terima kasih sebab sanggup bangun dari katil tu sampai ke sini. Abang tak nak minum. Takut tak berkat pula air yang dah kena seranah tu.”
Dan dia terus angkat kaki tinggalkan aku dengan mak yang renung aku macam ikan paus nak telan bilis baru lahir.
Sampai ke petang mak ceramahkan anak dara dia ni pasal semua kebaikan anak lelaki mak tu. Aku pura-pura buat tak dengar tapi sebenarnya dah macam nak pecah jantung aku ni. Dup dap dup dap.
Aku ingat, dulu ustazah kat sekolah aku cakap, kalau kita masih punya rasa takut atau bersalah macam ni nak buat sesuatu, itu maksudnya masih ada iman dalam hati kita.
Aku memang beriman tapi kenapa mulut aku ni suka sangat nak menyumpah seranah? Aduh, abang….sha minta ampun sesangat.




* psstt..ni cite baru saya..bacalah lau sudi n please leave ur comment..i need ur feedback..k? :)

Friday, April 24, 2009

sesuci kasih seorang isteri 14

Terburu-buru aku memandu. Mujurlah jalan sunyi. Tiada mat rempit seperti selalu. Itu pun kalut juga bila terpaksa berhenti hampir lima belas minit menunggu pemeriksaan polis.
“Mana kau pergi hah? Lambat bukan main.”
Aku diam. Entah ini Khusyairi atau Khuzaimy, aku pun kurang pasti. Mereka kembar seiras dan ini baru kali kedua kami bertemu secara depan. Semasa kami bernikah dulu, salah seorang daripada mereka sedang berkursus di Korea.
“Sorry. Mana Sofea?.”
“Ada kat dalam. Ayah dah mengamuk tunggu kau.”
Hah? Apa penting sangatkah aku sampaikan dia perlu mengamuk di premis awam seperti ini?


“Hah, ada pun kau. Cepat masuk.”
Entah, mahu senyum atau muram….perlahan-lahan aku menutup pintu. Terasa semangatku melayang entah ke mana.
“Abang.”
Hah? Dah sedar?
“Abang?.”
“Errr…”. Bingung. Nak dekat ke tak? Tapi melihat jelingan tajam Mr. Khaleed, aku mengambil tempat di sisi katil. Dengan berat hatinya, aku membiarkan tanganku diusap Sofea. Auww….geli…geram…menyampah…
“Abang dari mana tadi? Balik rumah isteri lagi satu ke?.”
“Err…”
“Dia sihat?.”
Angguk. Kelu lidah, beku otak.
Sudahlah aku janggal dipegang begini, dua pasang mata orang tua Sofea menambahkan rasa tidak selesaku. Takkan tak faham? Keluarlah.,,
“Hmm…ayah dengan mama boleh tinggalkan kami sekejap?.” Argh…Sofea, faham juga dia akhirnya.
Lama juga aku menanti barulah pasangan suami isteri ini akhirnya setuju untuk beredar. Apa dia menyangka aku akan mengapa-apakan Sofea kalau kami hanya tinggal berdua?
“Abang stay hospital ke semalam?.”
Geleng. “Balik rumah. Dah berapa hari duduk jaga Sofea.” Penat tahu?
Dia senyum. Mungkin manis bagi orang lain tetapi bukan aku. Senyumannya ini senyuman biasa sahaja. Macam senyum Mak Kiah bila kena usik.
Tangannya masih berlegar-legar di lenganku. Bila nak stop ni?


Tiada sebab lain, aku memang mengantuk. Melayan Sofea berbual dengan berat hati beberapa minit, akhirnya aku meminta izin untuk melelapkan mata. Mujur dia tidak membantah.
Sedar-sedar sahaja, Siti menelefon. Terkejut bukan main. Tambah terkejut melihat Sofea sedang merenungku.
“Tuan bila masuk office? Sejam lagi Tuan ada meeting dengan Haji Mahmud. Tuan lupa?.”
“Err..nanti dulu, Siti. Haji Mahmud confirm nak datang ke? Call dia dulu. Kalau dia confirm, kamu call saya lagi. Okey?.” Sengaja ku kuatkan suara. Biar Sofea mendengar.
“Okey, tuan.”
Huh…memanglah dia akan datang. Projek besar, siapa nak tolak?
“Banyak kerja ke, bang?.” Soalnya bodoh. Memang bodoh.
“Nak cari duit, memanglah banyak kerja.”
Diam seketika. Aku sudah mula bingung hendak berbuat apa lagi. Memang sepatutnya aku sudah berada di pejabat sekarang.
Alishah?
“Kejap, nak call my wife.”
Belum pun dia menunjukkan reaksi, aku sudah keluar. Tergesa-gesa mendail nombor telefon rumah.
“Hello?.”
Eh, suara Mak Kiah?
“Mak Kiah, Zik ni. Alishah ada tak?.”
“Alishah? Zik ni mimpi ke apa? Alishah mana ada kat rumah.”
“Tak ada? Dia pergi mana pula?.”
“Ya Allah, isteri kamu tak cakap atau kamu yang lupa ni?,”
Aduh, Mak Kiah ni! Cakap ajelah yang betul-betul. Ini nak buat teka-teki pula. Orang dah lah cemas.
“Alishah kan pergi kerja. Dia dah habis pantanglah.”
Pantang? Memanglah dia dah habis pantang. Aku tahu. Aku kira dalam kalendar. Minggu lalu lagi dia dah habis. Tapi kenapa dia tak cakap dengan aku dia dah nak masuk office semalam?

Monday, April 20, 2009

sesuci kasih seorang isteri 13

“Hmm..sedap. 5 stars for my beloved wife.” Pujiku sebaik sahaja Alishah mengangkat pingganku yang sudah licin. Lauk ikan bakar cecah asam memang menyelerakan.
“Terima kasih.”
“Mari abang kiss sikit.”
Disuakannya pipinya dengan lagak manja sekali. Aduh, semakin cantik dia di mataku.
“Sikit aje?.”
“Aik? Dah nakal dah sayang abang ni erk?.”
Terukir senyuman di bibirnya. Lehernya yang jinjang begitu menarik perhatian. Putih kulitnya. Serupa Asha.
Kami bersama-sama membersihkan dapur kemudiannya. Seronok. Bekerja dengan santai dan lebih-lebih lagi ditemani orang tersayang. Dia membasuh pinggan, aku mengemas meja dan menyapu lantai.
Macam-macam yang kami bualkan sehinggalah akhirnya kami berkejaran di ruang tamu apabila Alishah ketakutan disimbah air.
“Abang. Jangan. Tak nak.” Jeritnya manja. Semakin galak aku mengusik.
Dari ruang tamu, dia berlari pula naik ke atas dan terus menerpa masuk ke dalam bilik. Entah riuhnya suara kami mengejutkan Mak Kiah atau tidak.
“Abang!!!.”
“Hah, kena.” Jeritku pula. Seronok melihat bajunya yang terkena beberapa titis air. Terpaksalah dia bertukar baju.
“Jangan.”
Begitu seronok berkejaran, akhirnya Alishah terjatuh di atas tilam. Termengah-mengah dia menarik nafas. Kesian pula aku dibuatnya.
“Sorry, dear. Penat erk?.”
Syukurlah dia masih boleh tersenyum. Memikat sekali.
“Penat. Nak tarik nafas pun susah tau.”
“Lah, iye ke?.” Cemas. Aku segera mendekatinya. Mengurut perlahan belakangnya. Teruknya aku kalau sampai dia sukar menarik nafas. Maknanya dia benar-benar kepenatan.
Seketika tanganku di situ, kedudukan kami yang terlalu dekat dengan hembusan nafasnya mengenai wajahku membuatkan sesuatu tiba-tiba terlintas di fikiran lelakiku. Nafasku sendiri mengencang tiba-tiba.



“Abang, ada call.”
Aku terpisat-pisat sendiri. Mengerdipkan mata beberapa kali sebelum mencapai telefon bimbit di tangan Alishah.
Siapa pula yang suka sangat mengganggu tak kenal waktu ni?
“Zikri.” Tegas. Siapa ini?
“Ya? Siapa ni?.”
Dengusan di hujung talian menyentak lamunanku. Dengan bebelanku yang memenuhi seluruh hati. Ya, aku lelaki yang suka membebel. Kenapa? Entahlah. Mungkinkah kerana isteriku perempuan yang tak tahu membebel maka aku sebagai suami mengambil alih peranannya? Hah, mustahil.
“Hei, Zikri. Kau kena datang hospital sekarang. Anak aku makin kritikal. Cepat.”
Hospital? Aku mengisyaratkan kepada Alisyah yang masih setia menanti aku selesai berbicara bertanyakan waktu.
Alisyah akur. Memandang jam di sisi katil. Tiga jarinya diangkat dengan senyuman manis di bibir.
“Sekarang ke?.” Tanyaku pula. Kemudian aku termalu sendiri menyedari kebodohanku.
“Hei, kau ni dengar aku cakap ke tak? Datang sekarang. Kalau ada apa-apa berlaku pada Sofea, kau tengoklah isteri kau tu pun menerima nasib yang sama.”
Ini secara automatiknya membuat aku tegak berdiri. Selimut yang terkuis mengena wajah Alishah tidak ku sedari. Tidak pun ku perhati.

Sunday, April 19, 2009

thanks

thanks? napa nak say thanks pula tiba2 kan? hah,xdelah..saya taw semua pembaca saya kat sini, singgah penulisan2u dulu kan? saya taw korang yg undi nama saya tuk penulis pilihan pembaca bulan feb 2009...thanks, guys..I love u all..hehe..saya memang suka gila ngan hadiah..tambah2 pla dr jauh...ah,,thanks..thanks..thanks..novelnya syok taw..

Friday, April 17, 2009

perpisahan - lebih pahit daripada manis

hi..ari ni saya x nak publish cite skss..nak kongsi pengalaman ni..tadi ialah last day saya latihan ngajar kat sekolah.Syok bab keja dah kurang tp saya sedih sngt nak tinggalkan soma budak2 tu..especially my students from 5 Anggun. they're all nice..I'll miss them for sure..bila diorang soma kata x yah balik, terus je ngajar kat situ..aduh,rasa macam...mcm apa erk? x boleh nak hurai lah.yg rasa aje tau.ada few students yg nangis x henti2, peluk saya,aduh...rasa berat hati nak tinggalkan diorang.sesungguhnya pengalaman dgn diorang mmg sgt best.Xkan jumpa kat tmpt lain lagi dah...especially Nadhirah, Adza, Syaza, Allya, Mary, Syahirah, Yustihani, Syamim and banyak lagi...I miss u all, dear...

Sunday, April 12, 2009

sesuci kasih seorang isteri 12

Mak Kiah sedang sibuk menyiram bunga di halaman semasa aku mematikan enjin kereta. Sangkaku hanya dia sendiri tetapi semasa hendak membawa keluar barangan dapur dari tempat duduk belakang, aku terpaku seketika. Alishah sedang bersenda gurau dengan si kecil Asha di taman.
“Baru balik, Zik?.” Tegur Mak Kiah.
Aku segera mengeluh keletihan. Menarik keluar tali leher yang tergesa-gesa ku sarung sebelum keluar dari hospital tadi. Alishah masih seronok mengacah-acah Asha di dalam buaian.
“Tinggalkan aje kat situ, Zik. Nanti kemudian Mak Kiah bawa masuk barang-barang ni.”
“Yalah.”
Aku faham isyaratnya lalu segera menghampiri dua orang puteri hatiku. Mengucap salam dengan harapan lembut hatinya menerimaku.


“Ya Allah, abang?.” Itu reaksinya. Tanganku dicapai lalu disalam dan diciumnya penuh hormat. Kami berpelukan erat sebelum aku mencium pipinya. Gembira.
“Sayang mama, ini papa sayang dah balik.” Diagahnya Asha sekali lagi.
Bagaikan mengerti patah bicara Alishah, Asha mengukir senyum dengan dua ulas bibirnya yang memerah. Sebiji bibir mamanya. Aku segera mengangkatnya keluar. Bertalu pipinya ku cium.
Rindu. Dua hari tak balik, mestilah rindu.
“Anak kita dah makin pandai senyum. Makin comel.” Pujiku riang. Bersyukur dengan kurniaan Tuhan ini.
“Alhamdulillah. Dua malam ni dia suka berjaga. Just to give her mama a company. Papa tak ada, baby ada. Kan sayang kan?.”
Sebuah keluhan terlepas dari bibirku tanpa sengaja. Perlahan-lahan tubuh Asha ku letakkan semula ke dalam buaian. Marahkah Alishah? Menyindirkah dia saat ini? Tapi ini bukan peribadinya. Makan sebelum aku pun dia tak berani, masa dia tega mahu menyindir?
“Sayang marah abang tak balik ke?.”
Matanya ku tenung. Dia tetap tenang seperti selalu.
“To be honest, ya Isha ada tapi bukan marah. Isha tak pernah marah abang. Isha tertanya-tanya, bang.” Sendu suaranya. Semakin lemah lututku. Kenapa aku sering begini bila berhadapan dengan Alishah? Marah berapi pun boleh padam bila berada di sisinya.
Tanpa menghiraukan pandangan asing Mak Kiah, aku menarik tubuh Alishah sekali lagi ke dalam pelukanku. Lebih erat daripada tadi. Lebih kasih dan lebih cinta daripada sebelum ini.
“I’m sorry, honey.”
“Any explanation?.” Wajahku dirabanya. Pun tiada riak memaksa dalam nada suaranya.
Diam. Apa hendak ku jawab? Menerangkan yang sebenar atau terus berperang dengan keinginan untuk menipu? Aku tidak mungkin mahu berterus-terang. Aku takut pada reaksi dan penerimaannya.
Bagaimana kalau dia meminta perpisahan? Tapi bukankah isteri yang sanggup dimadukan itu akan menerima payung emas di akhirat kelak? Tidak mahukah Alishah? Malah aku berkahwin dengan Sofea pun bukan kerana cinta, jauh lagi kasih sayang dari dalam hati.






“Abang nak makan apa malam nanti? Isha masakkan untuk abang.”
Aku meneliti wajah ceria Alishah yang memeluk bahuku erat. Dia baru sahaja selesai memberi makan Asha di ruang tamu.
“Hmm…abang makan apa aje yang sayang masak.” Ikhlas. Aku memang jadi begitu mudah menerima apa saja kalau dengan Alishah. Kalau dulu masakan mama, itu ini yang aku kritik tetapi bila Alishah yang memasaknya, seleraku menjadi-jadi pula. Tak cukup sepinggan nasi dibuatnya.
“Tak nak minta yang special sikit?.”
“Special? Yang macam mana tu, yang?.”
“Yalah, yang special. Kot nak minta Asha masakkan tom yam ke.”
Sengaja ku kerutkan dahi lama-lama. Dia yang mula kehairanan segera mengangkat kening.
“Itu aje ke paling special?.”
Dia ketawa perlahan.
“Then, abang cakaplah. Isha cuba sediakan.” Dipicitnya hidungku dengan gaya manjanya. Sebenarnya manja lagi lelaki yang menjadi suaminya ini. Aku memang sediakala manja dan semakin manja apabila didampingi wanita semulia isteriku.

Wednesday, April 8, 2009

sesuci kasih seorang isteri 11

Passport along sekeluarga sudah dirampas konco-konco lelaki jahanam itu. Kalaulah along berniat mahu lari keluar meninggalkan negara turki itu. Dan yang paling menyakitkan hati, Irene Putri dan Ilyah Hanna sudah berada dalam cengkaman mereka.
Apa lagi pilihan yang aku ada??? Bayangkan kalau Asha yang diperbuat begitu. Dan sememangnya Mr.Khaleed sudah mengugut akan memusnahkan segala yang aku ada, segala yang menghalang sofea daripada memilikiku. Alisha. Asha. Tidak!!!!!!!!!!




“Don’t leave her, sir. She really needs support.”
Angguk tapi masih diam. Fikiranku bukan di sini. Mindaku sudah jauh meneroka ke lubuk hati Alishah yang terpinga-pinga melihat aku pergi begitu saja.
Menerusi pesanan ringkas, aku meminta pemandu papa menghantarkan Alishah dan Asha pulang semula ke rumah. Sekali lagi aku terpaksa mengenepikan isteri dan anakku sendiri.
Melihat wajah pucat sofea, hatiku terasa kosong tiba-tiba. Menyampah mungkin. Tapi bukan..entahlah..simpati? Yang ini aku setuju. Sebenarnya aku simpati tetapi disebabkan ayahnya yang tidak berperikemanusiaan itu, aku tiba-tiba jadi menyampah sedikit. Marah itu memang pasti.


Semalaman aku menunggu di sisi katilnya barulah Mr.Khaleed dan Mdm.Zaharah sampai. Diterpa mereka tubuh sofea yang masih lemah tak sedarkan diri.
“Macam mana boleh jadi sampai macam ni sekali, Zikri? Apa yang kau buat dengan Sofea?.” Marah Mdm.Zaharah. Aku diam membeku di kerusi.
Apa yang aku buat? Aku langsung tak buat apa pun dengan perempuan ini. Buat tak peduli itu, ya ada. Mengapa? Sebab aku memang membencinya sejak dia menjadi punca aku perlu menjadi suaminya.
Ah, aku malas nak berfikir kalau berkaitan hal Sofea!!!
Aku segera memandang jam. Sudah pukul sepuluh malam. Aku perlu pulang kepada Alishah. Tidak cukup dengan meninggalkannya begitu saja, aku mematikan telefon sekali.
Bukan kerana tidak mahu diganggu tetapi aku takut hendak menjawab apa sekiranya Alishah bertanya aku di mana. Aku tidak pandai menipu kepada orang yang ku sayangi.
“Saya nak balik dulu.” Tegas. Ya, lelaki perlu tegas. Walaupun setiap pergerakanku dipandang penuh benci, aku malas mahu ambil tahu.
Tiada sebab dan alasan lagi untuk aku terus berada di sini. Ibu bapanya sudah sampai. Itu sudah cukup. Mereka tidak lagi boleh mengugut mahu mengapa-apakan keluarga Along kerana aku sudah melunaskan tanggungjawabku.
“Kau kena balik malam nanti. Sofea tak perlukan kami. Dia nak suami dia.”
“Saya tak boleh.” Laju aku menoleh. Terlalu banyak benda perlu ku urus dalam satu masa. Office dah dua hari kena tinggal. Alishah dan Asha? Boleh mati aku kalau begini.
“Kau nak sangat keluarga abang kau mati?.”
“Please lah, saya penat sangat. Apa tuan dengan puan tak sanggup nak jaga anak sendiri? Kalau betul dia nakkan saya, dia tengah tak sedar tu. Mana dia tahu kalau saya yang jaga dia?.”
Perkara semudah itu pun takkan tak boleh nak fikir?
Mr.Khaleed merengus marah. Ditatapnya wajah Sofea seketika sebelum matanya beralih kepadaku.
“Tak apa. Aku bagi kau peluang sekali ni. Esok kau tak ada alasan tak nak datang. Kalau tak, dengan isteri kau sekali aku bunuh.”
Isteri? Alishah?
“Tuan jangan sesekali pasang niat nak sentuh keluarga saya. Kalau tak, saya boleh buat sofea menderita.”
Selepas itu aku terus angkat kaki keluar dari wad kelas pertama yang begitu menghangatkan hati itu.
Lepas ni aku kena mereka alasan pula untuk Alishah…Ya Allah…

Sunday, April 5, 2009

sesuci kasih seorang isteri 10

Selepas membawa Alishah dan Asha bertemu Dr.Suraya, kami singgah sebentar di KLCC sebelum singgah pula ke rumah mama. Mahu melepaskan hajat Alishah yang sudah hampir dua minggu tidak bertemu mama dan mahu menjemput Mak Kiah sekali.
Melihat betapa gembiranya mama dan papa melayan cucu baru mereka ini, tiba-tiba aku terasa bersalah yang amat pada Alishah. Dia anak yatim. Kenapa tidak aku lebih kerap menemukannya dengan kedua orang tuaku ini dan seterusnya mendapatkan sedikit sebanyak kasih sayang ibu bapa dari mereka.
Benar hati seorang isteri lebih kepada suami. Tetapi itu jika dia dinilai sebagai seorang isteri. Bagaimana jika seorang isteri dinilai sebagai seorang anak? Walaupun mungkin bukan kesemua isteri begitu tapi aku yakin sebenarnya ada ramai isteri masih rindukan belai manja orang tua sendiri.
Tambah-tambah pula Alishah yang sudah sekian lama ditinggalkan ibu bapa. Hatinya sebagai seorang anak pasti kosong. Sepi.
Adakah hatinya sebagai seorang isteri tidak kosong? Tidak sepi? Cukupkah kasih cintaku untuknya selama ini? Atau hanya aku yang berbahagia berada di sisinya sedang dia tidak? Apakah?



“Abang? Telefon tu, bang.” Bahuku tiba-tiba terasa berat. Alishah. Dia tersenyum manis sambil mengarahkan jari telunjuk ke arah saku kemeja yang ku pakai.
“Hah? Ada apa?.” Terpinga-pinga aku sebentar sehinggalah gegaran telefon sekali lagi terasa. Buru-buru aku menyambut.
“Kau dekat mana sekarang?.” Along?
“Jangan sebut nama along kalau kau dekat rumah sekarang.” Aik? Baru sahaja aku hendak menyebut, dia lebih awal memberi amaran. Ada sesuatu terjadi lagi? Siapa pula yang hendak aku nikahi kali ini?
Selepas memberi isyarat, aku meminta izin menjawab panggilan di luar rumah. Pandangan mama yang sedikit pelik memang meresahkan namun aku yakin panggilan along kali ini pasti disebabkan sesuatu.



Aku sudah kebuntuan fikiran. Hendak mengelak bagaimana lagi? Hendak lari ke mana lagi aku? Hendak bertemu siapa aku kali ini untuk bertenang?
Along!!!!!!!!!!
Berdosa membunuh. Ya, berdosa membunuh. Boleh dihukum gantung kalau mengikut undang-undang sivil. Undang-undang Allah s.w.t? Neraka jahanamlah jawabnya. No compromise. Seperti kata along tadi.
“Pleaselah, tolonglah aku. Kau kena layan dia jugak kalau kau masih nak tengok kami sekeluarga kat sini hidup.”
“Kenapa lagi? Angah dah kahwin dengan dia. Dia nak apa lagi?.” Along marah, aku lagi marah. Aku yang lebih layak marah di sini.
“Kepala Irman dah bengkak teruk kena pukul. Dah semalaman ni dia duduk ward. Ilyah hampir-hampir diperkosa. Tolonglah aku.”
“Apa lagi salah angah, long? Angah pun ada kehidupan sendiri. Angah pun nak bahagia.”
“Sofea demam panas kau tak tau kan? Dia masuk ICU semalam kau pun tak tau kan? Dia dah terbiar demam dekat lima hari kau memang tak ambil tau kan?.”
Pengsan. Hampir saja aku jatuh pengsan di atas hamparan bunga tanaman mama. Bukan aku terkejut bimbang. Asalkan urusan berkaitan perempuan bodoh itu, tiada lain yang ku rasa melainkan mahu mengamuk. Mahu marah sepuas hati.
Bodoh! Ya, memang dia bodoh! Di mana otaknya? Dia kaya, pastilah punya doktor keluarga. Kenapa perlu aku yang datang ke sana baru dia boleh berfikir? Lembap benarkah otaknya yang begitu hebat merancang kewangan syarikat itu?
Dua malam lalu, dia memang ada menelefon. Sangkaku dia cuma mahu menagih perhatianku untuk ke rumahnya. Mana aku tahu dia demam. Dan aku memang tak nak ambil tahu pun.
Tapi seringkali along jadi penyebab..Sekarang, aku memang tak ada pilihan lain. Aku perlu menjaga sofea!!!

Thursday, April 2, 2009

sesuci kasih seorang isteri 9

“I’m sorry, my baby. Papa lambat balik.” Pipi mungilnya ku kucup. Lama. Terasa seluruh kasih sayangku tumpah hanya pada dirinya. Anak pertama kami. Entah ada lagi adik untuknya yang dikirimkan Yang Maha Esa buat aku dan Alishah.
Alishah masih di dapur. Tadi aku sampai dia tertidur di sofa. Walaupun sudah dilarang, dia bertegas juga mahu memanaskan lauk. Aku memang lapar tapi kalau sampai perlu menyusahkan isteri sendiri, aku masih boleh bertahan sampai pagi esok.
“Tak apalah, bang.” Pujuknya pula. Dirangkulnya leherku. Manja.
“Ini pun dah kurang. Patutnya masak lauk baru. Bukan setakat panaskan.”
Dan seperti selalu, aku cepat mengalah dalam hal-hal begini. Aku mandi dan menemani Asha tidur di bilik kecilnya yang ku hias indah dengan segala macam aksesori. Malah kalau boleh hendak ku letakkan sebuah televisyen di bilik anak kami untuk dipasangkan video-video keagamaan.
“Abang? Dah siap?.”
Aku tersengih mendekatinya. Mendaratkan sebuah kucupan di pipinya sebelum mengambil tempat di meja makan.
“Banyaknya lauk.” Takkanlah aku nak habiskan semuanya ni?
Alishah duduk selepas menyendukkan nasi untukku dan ….satu lagi? Alishah tak makan lagi ke? Astaghfirullah…
“Sayang belum makan?.”Dagunya ku cuit. Senyuman mekar di dua ulas bibirnya. Dia diam dahulu. Sibuk membasuhkan tangan suaminya ini.
“Sayang? Tak makan lagi? Kenapa tak makan? Sayang kan masih dalam pantang. Lain kali tak payah tunggu abang, sayang. Macam mana kalau abang tak balik tadi? Sayang abang ni tak nak makan sampai esok?.” Berapi marahku.
Aku kalau boleh tidak mahu bermasam muka apatah lagi mahu bertekak di hadapan rezeki seperti sekarang tapi memang tak tertahan rasa bimbang ni.
“Cuba lain kali fikirkan kesihatan diri sayang sendiri? Tak boleh ke? Tak tunggu makan dengan suami doesn’t mean you’re not a good wife, Isha. Please, take care of your own health.”
Dia diam. Makin berapi marahku. Malah masih ada senyumannya semasa dia mengangkat muka apabila mulutku berhenti membebel. Eh, tak ada perasaan ke isteri aku ni? Tak tahu marah?
“Sayang? Isha? Are you okay? Are you listening to me? You got what I meant?.”
“Yes, I got it, dear.” Itu saja jawapannya. Dengan lunak suaranya. Bukan dengan mata yang merah bengkak. Tak ada air mata langsung.
Aku diam. Dia diam. Kami diam.
Suasana menjadi semakin sunyi. Asha di atas sudah lena benar tidurnya. Dia tidak tahu dan aku tidak mahu dia tahu ada perselisihan faham antara kedua orang tuanya di tingkat bawah sini.
Alishah tiba-tiba bangun. Nak ke mana ?
Pipiku terasa hangat. Bukan lagi kerana api marah di dalam dada tetapi dengan kucupannya yang begitu intim. Hangatnya terasa hingga ke hati.
Di sisi kananku, Alishah mengukir senyumnya yang cukup menggoda. Diusapnya keseluruhan wajahku. Entah ayat suci quran bahagian mana yang dibacanya, hatiku terasa tenang tiba-tiba. Damai. Lega.
“Kita ambil wudhu? Kemudian makan. Okey?.” Selamba dia mengajak. Aku segera mengangguk. Marah itu api. Wudhu itu air. Dan tak ada benda lain boleh memadamkan api melainkan air.

Popular Posts