Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah
Powered By Blogger

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Monday, March 8, 2010

Mr & Mrs BFF 11

Amishah serba-salah. Hendak buka ke tidak? Merenung pintu kayu di hadapannya, dia tak terbayang apa yang ada di dalamnya selain tuannya.
Tapi aku perlu minta maaf dengan Ri....
Bibirnya terkumat-kamit membaca selawat. Perlahan-lahan pintu kayu bilik Khusyairi ditolak. Dia baru mahu mengukirkan senyuman bila terlihat kelibat Khusyairi berdiri di tepi tingkap sedang berbual di telefon, dengan suara yang cukup perlahan. Patutlah dia tidak terdengar apa-apa tadi.
“I tengah siaplah ni. Tak jadi cuti.” Lembut suara Khusyairi diiringi senyuman. Senyuman yang bukan biasa-biasa.
Amishah tahan nafas. Entah kenapa cemburunya datang menerpa, mengisi seluruh ruang hati. Dia yakin Khusyairi sedang berbual dengan seorang perempuan. Kalau dengan lelaki, masakan suara perlu jadi selembut itu?
“Tak. Kawan yang I cakap semalam tu nak rehat dulu. Dia tak nak keluar pergi mana-mana. Penat kot. Biasalah dia tu. Dia memang selalu rehat panjang dulu, baru boleh jalan-jalan. “
Kawan? Dia katakan aku kawan? Amishah ketap bibir. Khusyairi memang kurang ajar!!!! Kalaulah ada kayu di tangannya sekarang, sudah lama kepala lelaki berbaju kemeja putih susu itu pecah.
“You kacau I. Kalau tak, I mesti dah siap sekarang.”
Amishah jelir lidah. Menyampah dengan kelembutan suara itu.
“Okey...okey...if you want me to be there, biarkan I bersiap dulu. Lagi lama you kacau I, lagi lambat I sampai sana.” Dan di hujung kata-katanya sendiri, Khusyairi ketawa.
“Ya..ya...Lepas kerja nanti kita pergi Warisan Square sekejap. I temankan you. Don’t worrylah, babe.”
Babe? Patutlah aku pun dipanggilnya begitu. Tapi cuma sekali. Sebelum kami kahwin.
“Ya...I sayang you. You sayang I ke tidak?.”
Amboi...I love you, you love me? Genggaman tangannya pada tombol pintu menjadi semakin kejap. Semakin lama semakin bergegar. Panas di hati usah dikira.
Tidak mahu kewujudannya disedari, pintu kayu itu dikatupkan semula perlahan-lahan walaupun jika diikutkan rasa hati, mahu saja dia menghempasnya. Biar sampai roboh. Biar sampai Khusyairi terkejut beruk.
Sebaik sahaja pintu biliknya terkunci, Amishah menghempas tubuh ke tilam. Dia tahu ada air mata yang sudah mula turun ke pipi. Sedih dan hampa membuatnya kecewa tapi apa yang lebih mengecewakan ialah mengapa harus dia mengalirkan air mata. Untuk apa?
Sedu-sedannya dilenyapkan di atas bantal. Semakin cuba ditahan, semakin banyak pula air mata yang merembes keluar.
“Shah, aku keluar dulu ya. Jangan lupa makan pula. Aku tinggalkan nombor telefon McDonald dan Pizza Hut kalau-kalau kau tak nak masak.” Suara Khusyairi di luar pintu menambah kuat tangisannya.
Kalau saja dia tahu Khusyairi sebenarnya sudah ada wanita lain di sini, sumpah dia takkan ikut cadangan orang tua mereka. Biar Kamariah terasa hati sekalipun dia sanggup daripada duduk melongo di rumah ini sementara Khusyairi pula berseronok dengan girlfriendnya di luar.
Tapi kenapa Khusyairi tak pernah bercerita apa-apa padanya sebelum ini? Bukankah biasanya semua rahsianya akan dicurahkan padaku? Siapa wanita yang dia puja. Bagaimana rupanya. Dengan siapa dia selalu keluar. Siapa yang baik dengannya. Bebelan ibunya. Rindunya.
Dalam kesedihan itu, dia teringat semula tawaran abangnya yang sanggup membelikannya tiket penerbangan serta-merta jika dia ada masalah di sini. Am!
Telefon di bawah bantal dicapai. Amishah menarik nafas dalam-dalam sambil berusaha keras menghentikan tangisan. Jangan sampai Am syak yang bukan-bukan pula kalau mendengar suaranya serak semacam.
“Assalamualaikum, cik adik.” Am menyapa riang di hujung talian. Amishah menarik nafas kelegaan.
“Err..abang.”
“Aku tunggu-tunggu juga bila kau nak call minta aku belikan tiket semalam. Tapi bila sampai ke pagi kau tak ada telefon, aku lega jugalah. So tak ada apa-apa problemlah kan?.”
“Ermm..” Dia mahu menjelaskan saja perkara sebenar tapi jika difikirkan semula, dia tidak mahu pula keluarganya nanti kerisauan. Tapi kalau tiada alasan, mustahil Am akan mengikut saja permintaannya.
Amishah ketap bibir. Saki-baki air mata yang melekap di pipi diseka dengan lengan baju.
“Ada masalah ke, shah?.”
“Abang, boleh tak abang belikan shah satu tiket penerbangan ke tempat abang? Yang terawal untuk hari ni. Boleh tak?.”
Kedengaran suara abangnya kebingungan. “Tapi kenapa? Ri tak jemput kau ke semalam? Kau dekat mana ni sekarang? Masih dekat airport ke? Kenapa tak inform abang awal-awal? .”
“Tak, shah bukan dekat airport. Panjang ceritanya tapi sekarang boleh tak belikan tiket paling awal? Dalam tiga jam ni kalau boleh?.”
Kalau dia lambat, Khusyairi pasti sudah balik. Lagipun kalau lambat, Khusyairi pasti masih boleh mengesan di mana dia berada. Dan dia tidak mahu itu. Tapi, akankah Khusyairi mencariku sampai begitu sekali? Ah, perasan lagi!
“Ceritakan nanti. Kalau tak, aku cakap dekat mak.” Sempat lagi dia mengugut.
“Ya, shah janji. Lagipun shah nak tumpang rumah abang sampai hari sabtu depan. Abang ada terlalu banyak masa nak soal-siasat shah.”
“Okey, abang beli sekarang. Hati-hati. Nanti abang inform maklumat lanjutnya.”

5 comments:

  1. salam...

    alalalla x nak ler shah blek ..kesian kat ri...maybe salah sangka je kot...
    nak shah dgn ri bercinta plz =)~

    ReplyDelete
  2. sedih.....sedih.......betul ker?sape babe 2?ri sengaja nk wat shah jelous ker ape?jgnlah...kcian dier

    ReplyDelete
  3. rase mcm angin lalu je bce...huuuhu..
    pjgkan sket bleh... =D
    Ape pn...nice flow...

    ReplyDelete

cakap aje..saya layan..

Popular Posts