Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah
Powered By Blogger

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Tuesday, March 9, 2010

Mr & Mrs BFF 12

Amishah buru-buru mendekati balai berlepas. Selepas mendaftar masuk tadi, dia tidak lagi menunggu di luar. Risau jika Khusyairi mengejar dan terkesan dirinya.
Lapangan terbang ini pertama kali dia kunjungi. Mujur saja ada buku panduan telefon Yellow Pages di rumah Khusyairi tadi memudahkannya memanggil teksi. Itupun dia cuma mampu bertawakal dia akan dihantar ke airport dengan selamat.
Untuk Khusyairi, dia tidak meninggalkan apa-apa pesanan atau notis memberitahu di mana dan ke mana dia menghilang. Biar seriau lelaki itu mencari. Itupun kalau dia masih ada hati mahu mencari.
Untuk ibu bapanya di kampung pula, dia cuma memaklumkan bahawa segala-galanya selamat di sini. Dia gembira bersama Khusyairi. Cuma dia risau bagaimana reaksi ibu bapanya dan orang tua Khusyairi bila mereka tahu dia menghilang nanti. Haji Rusdi pasti mengamuk sakan. Itu saja yang dia tahu.



Selepas menghantar Nurainah kembali ke pejabat, Khusyairi terus memandu ke Bukit Padang. Dikerlingnya sekilas pada bungkusan makanan di tempat duduk belakang, spontan dia mengukir senyuman.
Amishah...Amishah...
Hampir setengah jam perjalanan, akhirnya dia tiba di rumah. Suasana masih sepi dan senyap sepertimana dia meninggalkannya pagi tadi. Nampaknya Amishah masih merajuk.
“Yang?.” Panggilnya bersama ketukan di pintu. “Shah, aku dah balik ni. Aku ada belikan makanan untuk kau. Keluar ya. Aku temankan kau makan.”
Senyap lagi.
“Sayang? Kau kena makan. Nanti kau sakit.” Nanti bukankah dia juga yang akan dimarahi kalau ibu bapanya dapat tahu Amishah sakit?
Ibu bapanya sayang benar pada Amishah. Mengalahkan sayang pada dirinya sendiri sebagai anak kandung mereka. Terutama sekali ibunya. Kalau dulu-dulu asalkan Amishah sakit, dia jugalah yang akan didenda.
“Shah? Kau tidur ke?.”
Khusyairi garu kepala. Telefon di dalam kocek diseluk. Dia cuba mendail nombor telefon Amishah namun gagal bila hanya suara mesin yang menyambut panggilannya. Telefonnya habis bateri ke?
Malas mahu terus berteka-teki, dia mencapai kunci bilik di dalam almari pakaiannya. Entah Amishah pengsan atau apa di dalam sana. Kerisauannya memuncak tinggi. Amishah berpenyakit gastrik. Kalau sudah seharian tidak makan, entah-entah benarlah dia sudah pengsan.
Namun sebaik pintu terbuka, dia sendiri pula yang terasa mahu pengsan melihat bilik tidur yang memang dia sediakan buat Amishah itu sunyi. Kosong. Katilnya tersusun rapi.
“Shah?.”
Khusyairi membuka pintu almari dengan rakus. Di situ juga kosong. Di bilik mandi juga kosong. Malah dia sudah tidak terlihat beg pakaian Amishah. Dia bergegas pula ke ruang tamu. Meneliti rak kasut dan sememangnya kasut tumit tinggi Amishah tiada.
“Shah, kau pergi mana pula ni? Shah?.”
Kerisauannya menguasai diri. Bingung seketika hingga tidak terfikir mahu menelefon hinggalah hampir beberapa minit kemudian, dia menepuk dahi sendiri saat terpandang telefon bimbitnya.
Tapi siapa yang perlu dia hubungi dulu?
Ah...
Nombor mertuanya yang terlintas di fikiran tapi ketakutan pula datang ke dalam diri. Sudah pastilah orang tua berdua itu akan menyoal siasat dirinya pula. Amishah anak mereka, isterinya. Masakan isteri seorang pun tak mampu dijaga? Sampai hilang?
Ah, itu belum lagi ibu bapanya sendiri...






“Please ya, bang. Jangan cakap dekat sesiapa shah ada dekat sini. Especially mak dengan ayah.” Rayunya dengan mata hampir terkatup rapat.
Dia sampai sahaja, Am sudah sedia menanti di ruangan ketibaan. Dia betul-betul bersyukur hinggakan sekali lagi air matanya turun berderai. Mujur saja kali ini dia dapat mengawalnya dengan mudah.
“Habis tu, laki kau?.”
“Ah.” Amishah mencebik. Begnya yang masih tersadai di tepi almari dipandang sepi. Malas hendak memikirkan lelaki itu.
“Okeylah kalau kau tak sedia lagi nak cerita. Aku nak balik office dulu. Kalau nak makan, ada leftover dekat fridge tu.”
Amishah angguk saja. Dalam keadaan begini, apa jenis makanan pun dihidang di depan mata, sedikit pun tidak mampu mengusik seleranya. Sejak sampai di Sabah semalam sampailah saat ini, dia belum menjamah apa-apa. Risau juga gastriknya menyerang tapi syukur alhamdulillah, penyakit itu belum muncul.
Memandang jam di dinding, Am lekas-lekas menyarung semula kotnya. Sejam lagi dia perlu bertemu seorang pelajar UIA yang mahu melakukan latihan chambering di firma guamannya.
“Rumah aku kunci dari luar tahu. Nanti kalau tinggalkan dengan kau, aku jerit dekat luar pun belum tentu kau nak dengar.”
“Shah pun nak tidur ni. Mengantuk sangat.”
“Tidur tu jangan sampai tak sembahyang pula. Kalau tak, aku report kes kau ni dengan ayah dengan mak dekat kampung.”
“Yelah, yelah..shah tahulah. Ajar orang macamlah orang masih sekolah menengah.” Rajuknya dengan mulut memuncung panjang.
Am cuba untuk tidak ketawa melihat reaksi adiknya. Kata dalam kesedihan tapi boleh pula buat muka memuncung begitu. “Abang tahulah kau tu dah ‘overcooked’.”
“Overcooked? What is that?.”
“Dah lebih dari sekadar dewasa. Dah kahwin pun. Sebab itu boleh lari tinggalkan laki.”
“Ish, abang ni!.” Amishah menjeling tajam. Sempat juga dia membaling sebiji bantal yang akhirnya tepat mengena perut abangnya. Mengekeh dia ketawa melihat kerutan di dahi Am.
Seketika dia terlupa soal Khusyairi. Soal lelaki yang menganggapnya sekadar seorang kawan itu. Lelaki yang sudah punya ‘kawan’ lain, yang dipanggilnya ‘babe’, yang membuat air matanya mengalir keluar.
“Ah, sudahlah!.” Akhirnya dia menutup kepala dengan sebiji bantal lain. Dia betul-betul letih. Daripada memikirkan Khusyairi, lebih baik dia tidur.


“Apa? Anak mak hilang? Ri?.”
Khusyairi menahan air matanya dari terus mengalir. Dia sudah tiada pilihan lain pabila sehari berlalu sedangkan Amishah langsung tiada jejak. Dan kini, mendengar serak sendu suara Mak Senah, dia terasa menyesal yang amat pula.
“Ri minta maaf, mak. Ri tak tahu dia ke mana. Semalam Ri pergi office, bila Ri balik, sedar-sedar aje Mishah dah tak ada.”
“Ya Allah, Khusyairi!!! Apa dah kamu buat dekat anak mak? Sampai hilang ni? Kamu dah report polis ke?.”
“Belum, mak. Ri nak cuba mencari dia dulu.”
“Ri...”
Suara Mak Senah menghilang. Kedengaran suara lain di belakangnya mengambil gagang dengan kasar. Khusyairi tahan nafas. Itu pasti Haji Rusdi.
“Khusyairi, cakap betul-betul dengan ayah. Apa kamu dah buat sampai anak ayah hilang ni? Cakap.” Walau suaranya perlahan namun siapa pun yang mendengar pasti akan bergegar lutut mendengarnya.
“Ayah, Ri sendiri tak tahu apa yang buat dia merajuk sampai macam ni.”
“Merajuk? Jadi kamu berkelahi?.”
“Errr....”
Haji Rusdi mengeluh kasar. Salah lagikah keputusan mereka menyatukan Amishah dan Khusyairi? Salahkah kalau niat mereka cuma untuk mengelakkan dua orang anak ini terhindar dari dosa? Kalau sudah berkepit tiap kali berjumpa, duduk rapat malah kadang-kadang berkongsi pakaian, apa lagi maksudnya?
“Ri, kau telefon orang tua kau dulu. Ayah dengan mak dekat sini akan cuba hubungi Am dengan Nik. Tengok macam mana.” Putusnya akhirnya.
“Baik, ayah. Ri minta maaf banyak-banyak.”
“Lagi satu. Pergi buat laporan polis secepat mungkin. Anak ayah tu perempuan. Kalau ada apa-apa berlaku pada dia, ayah tak tahu nak kata apa lagi dah.”
Khusyairi senyap cuma. Dia tahu ini semua salahnya walaupun dia sendiri tidak tahu atas alasan apa Amishah harus menghilangkan diri begini. Masakan hanya disebabkan salah faham semalam?

p/s : hai,korang..memandangkan cikgu free malam ni, cikgu postkan lagi ya..hehehe..esok cikgu nak melenggang kangkung aje datang sekolah..1 hari tak ada apa nak buat..

8 comments:

  1. hihihiih....
    shah da lari,,,
    kesian kt ri,,,cri shah,,,

    nk lg,,,

    ReplyDelete
  2. bagus cikgu.. cepat sambung.. saya akn menunggu dgn sabarnye.. huhu

    ReplyDelete
  3. bez sgt2!!! thanks cikgu...✿◕ ‿ ◕✿
    keep it up!

    ReplyDelete
  4. napa slalu post ckit sgt? x puas bce..

    ReplyDelete
  5. best...cerite ni...teruskan

    ReplyDelete
  6. cikgu....best....seronok bace cerite cikgu....teruskan berkarya ok....

    ReplyDelete
  7. lerr..asal plak gaduh?
    Ri ada gf lain ker?

    speku..speku..

    ReplyDelete
  8. hehehe.. ada lg..! thnks a lot. tu la time berckp x igt yg si shah tu ada kt umah. tgk apa dah jd.

    tp truskan gak usaha utk cari shah tu! rasakan!
    klu fikir2 kan sian gak kat kusyairi tu... apa nk buat perkara dah berlaku...

    best n3 kali nih!

    ReplyDelete

cakap aje..saya layan..

Popular Posts