Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah
Powered By Blogger

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Thursday, March 11, 2010

Mr & Mrs BFF 13

Seorang gadis muda bertudung biru duduk tegak menghadap Amri dengan debaran yang cuba ditahan. Menurut apa yang dia tahu, firma ini memang agak popular di kalangan pelajar undang-undang.
Dia betul-betul berharap Amri akan memilihnya melakukan chambering di sini. Kalau dapat, mudahlah urusannya. Tempat tinggalnya juga dekat.
“Ermm....Suraya Hani.”
“Saya, encik.”
“Based on what you have said before, I think you have the potention. I really want to take you but I’ll have to discuss with someone. She’s my partner actually.” Kebetulan Syuhadah sedang cuti bersalin, jadi dia perlu ke rumah wanita beranak tiga itu untuk berbincang terlebih dahulu.
“Baik, encik. Tapi kalau boleh saya tanya, bila agaknya saya boleh dapatkan keputusan encik?.”
“Err...saya akan confirmkan dulu dengan Puan Syuhadah. Then, saya..” belum sempat menghabiskan bicara, telefon bimbitnya tiba-tiba berbunyi perlahan di dalam laci. Dia cuba untuk tidak mahu menerima panggilan itu tetapi sehingga tiga kali ia berbunyi.
“Excuse me, Su. I have to accept this call. Su tolong tunggu di luar dulu. Lepas ni saya jumpa Su, ya.”
Suraya Hani tersenyum dengan anggukan walau di dalam hati sedikit terkejut dengan selambanya Amri memanggilnya Su.
Sebaik sahaja Suraya keluar, Amri lekas-lekas mengambil telefon di dalam laci. Terkejut melihat tiga kali panggilan tidak dijawab. Dua daripada ibu bapanya dan sekali daripada Nikman.
“Hello, abah?.” Antara keduanya, dia rasa panggilan Haji Rusdi lebih penting.
“Hah, Am ke tu?. Abah ni.”
Reaksi Haji Rusdi membuatnya senyum sebentar. Sudah sememangnya dia menelefon abahnya, mahu juga abahnya memperkenalkan diri.
“Ya, abah. Am lah ni. Kenapa abah call Am sampai dua kali tadi, bah?.”
“Ini, tentang adik kau. Si Mishah.”
“Mishah?.” Entah kenapa, hampir-hampir dia tersedak mendengar nama yang disebutkan Haji Rusdi itu. Takkan semua orang dah tahu Amishah hilang? “Kenapa dengan adik, abah?.”
“Adik kau hilang, Am. Khusyairi baru call abah tadi. Mishah hilang sejak kelmarin lagi. Abah tengah risau ni.”
Mishah? Amri telan liur sendiri. Kesat rasanya. Semua orang sedang riuh mencari Amishah sedangkan adik perempuan tunggalnya itu sekarang ada di rumahnya. Apa hendak dikata ya?
“Am? Amri?.”
“Ya..ya, abah. Am dengarlah ni. Jadi kita nak buat macam mana sekarang, abah? Dah laporkan pada polis ke?.” Dalihnya dengan lagak cemas.
Kedengaran keluhan berat Haji Rusdi terlepas perlahan. Serba-salah juga dia dibuatnya membiarkan orang tuanya risau begitu. Apatah lagi orang tua Khusyairi. Tapi kalau diberitahu, bagaimana pula dengan Amishah?
“Abah kira, lepas Khusyairi laporkan pada polis nanti dan polis dah beri maklum balas, abah minta tolong dengan Am.”
“Abah nak ke Sabah ke?.” Soalnya pantas.
“Hurmm...macam begitulah kiranya. Abah dengan mak kau. Tak tahulah pula Mak cik Mariah kamu macam mana.”
Entah kenapa, dia dapat mengesan rasa kecil hati Haji Rusdi di hujung kata-katanya itu tadi. Takkanlah orang tuanya berkecil hati dengan besan mereka? Kalau sudah berkecil hati begitu, jangan-jangan boleh putus saudara pula.
“Err...jadi abah nak Am belikan tiket sekarang ke untuk abah dengan mak?.”
“Tak apa. Abah cuma nak beritahu kamu dulu. Nik dah dalam perjalanan nak balik ke sini tu. Kalau kamu rasa kamu patut pulang, ambillah cuti sehari. Kita berbincang di rumah.”
“Abah?.” Sah. Haji Rusdi memang sedang marah. Perlahan dia melonggarkan tali leher yang terasa seakan hendak menjerut itu. Ah, macam-macam masalah yang timbul!




Bingung dan resah membuatkan Amri akhirnya mengambil cuti kecemasan dan terus pulang ke rumah sebelum sempat berhubung semula dengan Suraya Hani.
Amishah sedang menggosok-gosok mata semasa dia menjengah ke bilik adiknya itu.
“Aku rasa macam nak kena bunuh sekarang ni, shah.” Keluhnya kasar sambil menghempas punggung ke atas katil.
“Kenapa, bang?.”
“Kau bangunlah dulu. Kalau nak sambung tidur, lepas semuanya selesai. Bukan sekarang.”
Walaupun sedikit tersentak, Amishah menurut juga. Kalau sudah Am tunjuk muka singa jantannya itu, dia yakin abangnya sedang menghadapi satu masalah besar yang melibatkan dirinya.
“Abang bukan nak marahkan kau tapi masalah kau ni dah bertambah besar sekarang ni.”
“Maksud abang?.”
“Semua orang dah sibuk cari kau sekarang ni tahu!.”
Amishah lekas angkat muka. “Maksud abang, mak dengan abah dah tahu? Macam mana boleh..”
“Jangan tanya macam mana boleh mak dan abah tahu. Laki kau tu bukannya tak ada mulut. Dah bini dia hilang sehari semalam, takkan dia nak simpan sendiri kot? Dia dah report dekat abah.”
“Habis tu?.” Amishah menggegar bahu abangnya. Kalau Amri takut, dia apatah lagi. Malah dialah yang akan mati kalau semuanya terbongkar.
“Sekarang abah dah suruh aku balik kampung. Dan lepas Ri lodge report, abah dan mak nak ke Sabah. Nak cuba cari kau dekat sana.”
Tidak sedar, sudah ada air bergenang di matanya. Dia cuma merajuk pada Khusyairi. Tapi mengapa harus sampai jadi begini?
“And one more thing, shah. Dari kata-kata abah tadi, aku tak silap kalau aku cakap abah dah rasa marah dan kecil hati dengan Khusyairi, dengan keluarga dia. Aku takut diorang bergaduh sebab benda bodoh ni.”
“Ibu?.”
“Ya, mak si Khusyairi tu. Mak mentua kau.”
“Ah!.” Kali ini dia tahu dia sudah menangis kuat. Kepalanya terasa berat semacam. Nampaknya dia akan ‘mati’ dijerut walau apa pun keputusan yang akan dia ambil selepas ini. Tapi sampai membuatkan abah dan mak risau? Sampai membuatkan hubungan mak dan ibu jadi dingin?
Amishah menahan nafas dalam-dalam bersama air matanya. Telefon bimbit Khusyairi dipinjam. Dia sudah nekad!




Suasana di rumah kayu Haji Rusdi senyap sunyi. Semua orang berdiam diri namun masing-masing menyimpan amarah sendiri.
Di satu sudut, Amishah bersendirian terhenjut-henjut menangis. Nampaknya telahan awalnya tadi betul-betul terjadi. Walau apa pun keputusan yang diambil, sama ada berterus-terang atau terus menghilangkan diri, dia tahu keadaan ini tetap akan berlaku.
Dia sama sekali tidak menyangka Khusyairi akhirnya akan buka mulut tentang kehilangan tiba-tibanya kepada Haji Rusdi dan Mak Biah. Maksudnya risau juga dia. Tapi, ah, sebenarnya dia takut kalau aku betul-betul hilang sebenarnya.
Sehingga ke malam, Amishah cuma duduk mengeringkan air mata di dalam biliknya. Tanpa ada seorang pun datang memujuk. Dia tahu salahnya.


Amishah cuba melelapkan mata semula namun ternyata baru seminit dua, matanya segar semula. Ternyata bunyi enjin di luar rumah sebentar tadi sudah membawa jauh rasa mengantuknya.
Dia cuba berkalih ke kiri dan kanan sebelum akhirnya memeluk bantal menghadap dinding kayu biliknya. Rasa panas tiba-tiba terasa. Dia meraba dahinya sendiri. Panas! Demamkah?
Baru saja dia berniat hendak bangun, dia tiba-tiba dikejutkan dengan bayang seseorang berdiri di belakangnya. Siapa? Kalau bukan disebabkan tekaknya terasa perit, sudah lama dia menjerit.
“Shah?.”
Suara parau itu membuatkan lehernya terasa tegang sendiri. Dia mahu menoleh namun rasa ego menghalangnya dari berbuat begitu.
Amishah menepis bila tangan itu singgah di pinggangnya.
“Aku minta maaf kalau aku ada buat salah dengan kau. Aku dah datang ni, shah.”
Amishah keraskan tubuh. Air matanya bagai mengerti, sudah mula menjejer turun ke pipi. Dia cuba untuk tidak menepis namun tangannya lebih pantas bergerak.
“Shah? Sayang?.”
Mendengar pujuk rayu Khusyairi, tangis yang cuba dikawal semakin menjadi-jadi. Dia sudah tersedu-sedan menutup mukanya dengan bantal peluk. Ini kali pertama dia dipujuk, oleh Khusyairi.
Dia tidak sempat menahan bila tubuhnya sudah dikalihkan menghadap Khusyairi. Khusyairi menjatuhkan tangan ke wajahnya namun sepantas kilat pula seluruh tubuhnya disentuh cemas.
“Sayang, kau demam ni! Bangun jom. Aku bawa kau ke klinik ya.” Khusyairi sudah bingkas bangun.
Amishah cuma menggeleng. Perasaannya saat ini kosong. Dia tidak tahu harus berasa apa. Walau Khusyairi tiba-tiba sudah muncul di rumah kayu ini di tengah malam begini. Walau Khusyairi sudah muncul menunjukkan rasa kasihnya. Walau Khusyairi sudah muncul memanggilnya sayang.
“Izinkan aku dukung kau ya. Aku akan bawa kau ke klinik.” Putusnya tegas sebelum mengangkat tubuh kurus Amishah.

p/s : Hello, all..hehe..cikgu datang!!!! Ini untuk malam ni dan esok. kalau cikgu ada kesempatan, esok lepas sekolah cikgu update lagi ya. petang esok cikgu nak balik kampung dah..korang tunggu ya..muahaha

3 comments:

cakap aje..saya layan..

Popular Posts