Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah
Powered By Blogger

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Monday, March 22, 2010

Mr & Mrs BFF 14

“Ri!.”
Khusyairi bingkas berdiri. Wajah lesu dan pucat Amishah buat dia betul-betul rasa bersalah. Walau sampai sekarang dia tidak tahu apa punca sebenar Amishah melarikan diri, dia yakin dia sudah berbuat kesalahan besar. Kalau tidak, Amishah takkan pernah buat hal begini. Amishah bukan jenis mudah merajuk.
“Aku nak ke toilet.”
“Okey, aku temankan ya.”
Amishah menggeleng laju. “Tak payah. Aku cuma minta jasa baik kau tolong aku turun dari katil ni.”
“Shah, kau masih tak sihat. Tekanan darah kau pun rendah.” Dia sendiri sudah diberi nasihat oleh doktor untuk memastikan Amishah tidak banyak bergerak. Kalau hendak bangun, perlu dipimpin atau menggunakan kerusi roda.
“Kalau tak nak tolong, tak apalah. Aku boleh usaha sendiri.”
Amishah....
“Yalah..yalah..aku tolong. Sampai bilalah agaknya baru kau nak fikirkan yang positif tentang aku ya, shah?.”
Soalannya terbiar tidak berjawab. Amishah sekadar menjeling sebelum Khusyairi mendekat mendukungnya turun dari katil. Kalau bukan sebab kepalanya yang sedang berpusing, sudah lama dia menjerit menghalang lelaki itu daripada berbuat begitu.
Khusyairi terus memandang tiap langkah lemah yang diatur Amishah ke bilik air. Selangkah dua, wanita itu berhenti di tepi dinding, berehat sebentar sebelum menyambung langkahnya.
Entah kenapa, tiap langkah Amishah menimbulkan debar yang bukan sedikit di dadanya. Risau Amishah akan jatuh. Demamnya masih kuat, tekanan darahnya rendah. Dia boleh jatuh bila-bila masa sahaja.
Belum sempat dia mengalih pandangan, Amishah tiba-tiba jatuh tersungkur ke lantai sambil memegang erat kepalanya.
“Shah! Sayang!.”



Doktor Halim baru saja berlalu. Bilik wad kelas satu yang dihuni Amishah sunyi semula. Amishah diam tidak berkutik di atas katil sedang Khusyairi mundar-mandir di tepi tingkap.
Gara-gara Amishah jatuh pengsan, dia yang terpaksa menebalkan telinga mendengar leteran Doktor Halim. Dia dimarahi kerana tidak boleh memantau kesihatan isteri sendiri.
“She’s your wife. You should take good care of her. Dia dah kena gastrik yang teruk, tekanan perasaan, demam. Dan you boleh biarkan dia berjalan sendiri ke toilet? Apa yang sebenarnya you buat tadi, hah?.”
Dia cuma mendiamkan diri. Dijelingnya sekilas pada Amishah yang cuma menunjuk reaksi seolah tiada apa-apa yang berlaku.
“Lepas ni, I dengar lagi your wife jatuh, I akan suruh you sendiri rawat dia sampai sembuh.”
Apa lagi yang boleh dia katakan? Di mata doktor lelaki sebaya Haji Rusdi itu, dialah yang menyebabkan Amishah jadi begini.
“Dia sepatutnya dah boleh discharge esok tapi since you dah suka sangat bayar bil, I akan tahan lagi dia sampai satu masa yang I kata dia dah stabil.”
Khusyairi diam lagi. Kalau soal bil yang hendak dirisaukan Doktor Halim, dia pula sama sekali tidak kisah. Soal duit boleh dicari. Lagipun Amishah isterinya sendiri. Tanggungjawabnya. Masakan dia hendak berkompromi soal kesihatan Amishah. Kalau pun sampai perlu dia membayar ratusan ribu ringgit, dia sanggup asalkan isterinya sembuh semula.
Mundar-mandir hampir sejam, Khusyairi cuma terduduk pabila Kamariah dan Latiff muncul membawa bunga segar di tangan.
Kamariah terus meluru pada Amishah. Mengelus-elus wajah menantunya tanpa sedikit pun menyapa anaknya sendiri.
“Anak mak menyusahkan Mishah ke?.”
Khusyairi terus memandang ke anak mata Amishah. Wanita itu terkebil-kebil sendiri tidak memberi sebarang reaksi. Kalau Amishah buka mulut, dia juga akan dapat tahu apa sebenarnya yang membuat Amishah nekad lari.
“Maafkan mak ya. Mungkin mak yang tergesa-gesa putuskan tentang masa depan kamu berdua, Mishah.” Kamariah sudah teresak sendiri.
“Apa maksud mak?.”
“Ri, Mishah, kamu sengsara ke dengan aturan kami ni?.” Soalnya dengan air mata. Suaminya sekadar mendiamkan diri di sisi Khusyairi. Khusyairi yang nampak cengkung dan tak terurus.
“Ri tak faham maksud mak.”
Kamariah diam sejenak. Berat rasanya hendak menyampaikan apa yang ada di dalam dada. “Kalau Ri dan Mishah tak bahagia, tak apalah. Mak pun dah tak boleh buat apa. Cuma mungkin mak kena lapangkan dada, ikhlaskan hati, izinkan kamu berdua berpisah.”
“Mak!.” Tanpa sedar, Amishah dan Khusyairi menjerit serentak sebelum kedua-duanya saling berpandangan.
“Mak tak boleh memaksa. Cukuplah dengan dosa mak sebab dah musnahkan masa depan kamu berdua. Terutamanya Mishah.”
“Ri tak pernah terniat nak buat macam tu, mak.” Lirih suaranya membuatkan Amishah tersentap.
Bukankah dulu Khusyairi sendiri yang merancang perpisahan mereka? Dan dia juga sudah setuju? Namun bila mendengar kata-kata ibu mentuanya tadi, dadanya berdebar kuat. Dia tidak tahu apa yang sedang berlegar dalam hatinya saat ini.
Dia tidak pernah merasakan kasihnya lebih dari sekadar kawan baik pada Khusyairi tapi dia mengaku yang dia sama sekali tidak mahu bercerai. Dia sayangkan perkahwinan ini. Jadi adakah itu boleh disebut cinta?
“Mak kalau boleh nak Amishah jadi menantu mak sampai bila-bila tapi kalau kamu tak bahagia, apa gunanya mak memaksa?.”
“Ri tak nak, mak. Ri dah cukup bahagia jadi semakin dekat dengan Mishah.” Biarlah Amishah terkejut. Dia tidak kisah. Tapi dia memang tak akan melepaskan Amishah selagi dia mampu.
Jawapan Khusyairi menambah hebat debar di dadanya. Air mata yang cuba ditahan mengalir juga. Jadi betullah Ri sukakan aku lebih dari sekadar best friendnya?
“Tapi...”
“Tapi Ri tak tahulah pula macam mana dengan menantu mak ni. Mak kenalah tanya dia juga.” Lirikan matanya tepat memandang kepada Amishah sedang wanita itu sudah tersedu-sedan sendiri.
Rasanya dia tak silap menelah yang Amishah memang tengah tertunggu-tunggu bila waktunya dia nak melafaz cerai.
Pandangan Kamariah dikalih pada Amishah. Sedih melihat ada air mata di pipinya tapi dia sudah nekad. Kalau memang Amishah tak sudi lagi terus jadi menantunya, dia sudah bersedia. Memang dia tak berhak memaksa pun.
Lengan Amishah diusap lembut. “Mishah macam mana? Nak teruskan atau macam mana?.”
“Mariah, abang rasa tak elok kita pergi paksa budak-budak ni buat keputusan melulu. Amishah tengah sakit, awak pergi tanya soalan macam tu.”
“Tak apa, ayah. Shah tahu mak pun terpaksa.” Walau dalam hati, dia juga tidak setuju dengan keadaan dirinya yang begini pula dia dipaksa membuat keputusan. Sudahlah tiada emak dan abahnya.
Emak? Abah?
Orang tua berdua itu sudah merajuk. Kecil hati barangkali dengan perangai Amishah. Sampai ke hari ini mereka langsung tak datang menjenguk.
“Shah?.” Khusyairi pula yang bersuara, mengharapkan jawapan.
“Errr....tolong bagi shah masa, mak. Shah akan cuba fikirkan sendiri, dalam-dalam. Shah nak solat istikharah dulu.”


p/s : minta ampun banyak2 sebab baru malam ni dapat upload ya, korang...cikgu busy betul. almaklumlah..hehe..hari rabu saya free. lenggang kangkung. so insyaallah esok akan ada lagi new entry just for u all yang sudi menjadi sebahagian dari hidup maya saya...

3 comments:

cakap aje..saya layan..

Popular Posts