Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah
Powered By Blogger

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Wednesday, March 24, 2010

Mr & Mrs BFF 15

Selepas dua malam berturut-turut ditahan di hospital, akhirnya dia dibenarkan juga keluar. Bingung sekejap. Tidak tahu mahu pulang ke mana.

Ke rumah sendiri, dia tidak yakin hendak berdepan dengan emak dan abahnya yang mungkin sampai sekarang masih marah. Hendak ke rumah Khusyairi, tidak selesa pula. Sebolehnya dia cuma nak berehat. Lagipun kalau ke rumah mentua, nanti-nanti tambah merajuk pula orang tuanya sendiri.

“Ri.” Lelaki yang dari tadi duduk membelek laptop itu dipanggilnya. Serba-salah pula melihat Khusyairi sibuk dengan kerjanya. Masuk hari ini, maknanya sudah dua hari lelaki itu mengambil cuti.

“Kenapa, shah?.”

“Err...” garu kepala.

Khusyairi ukir senyuman. Biarlah Amishah akan memberi keputusan yang sama sekali dia tidak mahu terima nanti, Amishah tetap yang terbaik dalam hatinya.

“Kenapa ni? Cakaplah.” Dia cuba memujuk dengan suara lembut. “Kau dah nak cakap pasal keputusan kau ke?.”

Amishah menggeleng cepat. Soal itu masih berkubu dalam fikiran. Nanti-nantilah baru dia membuka mulut. Kepalanya masih terasa pening sekarang. Kalau soal itu lagi hendak difikirkan, entah sampai bila baru kepalanya jadi tenang.

“Ri, boleh tolong bagi pandangan tak?.”

Sekali lagi Khusyairi senyum. Ikhlas. “Bukan setakat pandangan, kalau kau nak minta nyawa aku pun, insyaallah aku sanggup beri.”

“Ri!.” Ah, ini yang dia tidak suka! Bila Khusyairi sudah mula mengarah bicara ke soal hati.

“Betul, shah. Aku sanggup buat apa saja untuk kau.”

“Ish, tak nak cakaplah kalau macam ni!.” Mencebik.

“Okey..okey...aku main-main aje. Apa dia yang kau nak minta pendapat aku?.”

“Pada kau, aku patut balik rumah mana satu? Rumah aku ke rumah kau?.”

“Lah, itu ke halnya?.” Khusyairi diam sejenak. Sesekali dia menggeleng tapi senyuman di bibir tetap ada. Dia sudah ada rancangan untuk Amishah, tapi itu pun kalau Amishah sudi.

“Ri?.”

“Okey, yang. Macam ni.” Punggung dilabuh rapat ke sisi Amishah yang sudah siap bertukar pakaian. Kedua-dua tangan Amishah dicapai. “Aku dah ada cadangan sebenarnya tapi itu pun kalau kau boleh setujulah. Aku tak memaksa.”

Cadangan? Amishah sudah mula berkerut dahi. Masakan Khusyairi hendak beri cadangan yang mereka akan bercerai hari ini juga? Jadi dia tak perlu susah-payah berfikir hendak pulang ke rumah mana satu? Begitukah? Dadanya berdebar tiba-tiba.

“ Rancangan apa?.”

“Err...sebenarnya aku dah kena balik ke Sabah malam nanti sebab aku tak boleh cuti lama-lama. Tahu ajelah kerja dengan swasta ni macam mana.”

“Don’t explain, Ri. Just tell me what is your plan.”

“Okay. Jadi sebab tu, aku kira....err...lagipun aku nampak kau dah sembuh kan. Walau masih perlukan rehat. Jadi...”

Amishah sudah kegeraman. Genggaman tangannya pada lengan Khusyairi jadi semakin kejap. “Just say it, Ri. Apa yang susah sangat? Kenapa? Kau dah nak ceraikan aku ke?.”

“Shah!!.”

“Habis tu apa?.” Sekali lagi dia tewas. Sekali lagi dia menangis. Untuk kali keberapa dalam seminggu ini pun dia sudah tak terkira. Yang pastinya, sudah terlalu kerap.

“Shah, you have heard my words before. Jangan nak bangkitkan lagi hal ni. Kau tahu sendiri yang keputusan ada di tangan kau sendiri.”

“Ri, aku....”

Dia berniat mahu menjatuhkan kepala ke ribaan Khusyairi seperti yang dia biasa lakukan dulu-dulu semasa mereka berbual-bual sambil bergelak-ketawa selepas mengulangkaji. Namun niatnya terpaksa dibatalkan pabila empunya riba sudah bingkas bangun kembali kepada laptopnya.

“Aku dah belikan dua tiket. Kalau kau rasa selesa dan setuju, kau tak perlu pilih mana-mana rumah di sini. Rumah aku di Sabah tu yang akan tunggu kau.” Suaranya mendatar namun dalam hati, dia cukup berharap Amishah akan setuju.

Bukan sebab duitnya yang melayang begitu saja semata-mata untuk membeli dua tiket economy class dengan Malaysia Airlines itu tapi kerana dia memang mahu Amishah ada di sisinya untuk saat-saat akhir ini.

Mana tahu kalau nanti keputusan tak memihak pada dirinya?



Amishah duduk tegak di tempat duduknya. Menoleh sekilas pada Khusyairi yang terlena di sisi. Kepalanya tegak seperti orang sedang menonton tv.

“Argh!.”

Dia sendiri tidak tahu kenapa dia setuju mengikut Khusyairi kembali ke Sabah. Untuk menghabiskan sisa cutinya yang cuma ada empat hari saja lagi.

Sayang duit membeli tiket? Bukanlah. Sebabnya bukan duitnya yang terkorban.

Sayang? Entahlah, sedangkan Khusyairi sudah ada orang lain di sini.

Tapi kalau dia sudah ada perempuan lain, kenapa pula dia kena mengaku tak mahu bercerai? Kononnya dia syukur jadi suami aku. Tapi, entah-entah itu cuma kata-kata manis Khusyairi di depan emaknya.

Supaya kalau akhirnya nanti mereka bercerai, semua orang akan nampak dialah sebenarnya yang bersalah. Yang tak mahu meneruskan perkahwinan ini.

Dua jam setengah lagi baki perjalanan. Amishah capai majalah di dalam poket kerusi hadapan. Tiada apa pun yang menarik. Dia lapar tapi belum ada tanda-tanda makanan hendak dihidangkan. Mahu tidur, seumur hidupnya dia memang tak pernah tidur dalam kapal terbang.

Sesekali kepala tegak Khusyairi jatuh terlentok di bahunya. Mahu saja dia menolak tapi melihat wajah tenang Khusyairi yang begitu dekat, akhirnya dia cuma mengelus rambut lelaki itu. Macam selalu dia lakukan bila Khusyairi datang mengadu padanya.

Dalam kebingungan itu, dia teringatkan pula mp3 yang Khusyairi hadiahkan dua bulan lalu. Dia cuba menyeluk poket baju panasnya perlahan-lahan tetapi entah macam mana, dia tersenggol siku Khusyairi.

Lelaki itu terpinga-pinga menegakkan kepala. “Kenapa, yang? Tak dapat tidur ke?.”

“Tidur?.” Dia lupakah aku memang tak tidur dalam kapal? Amishah diam sejenak. Nampaknya banyak perkara yang Khusyairi sudah mula lupa. Mungkin sebab dia perlu mengingat banyak perkara pula tentang si dia.

“Sayang?.”

Bergetar dadanya dipanggil mesra begitu. Sejak kejadian Khusyairi bertelefon dulu, dia pula yang makin dingin. Kelu rasanya nak terus memanggil darling. Sebab dia tahu sendiri yang Khusyairi ada orang lain untuk dipanggil sayang.

“Tak ada apa-apalah, Ri. Kau sambunglah tidur. Nanti bila diorang serve makanan, aku kejutkan kau ya.”

“Kau?.”

“Ri, tidur ajelah.” Dia bukan mahu memaksa tapi makin lama Khusyairi merenung begitu, makin tak keruan dia dibuatnya.

Senyap seketika. Amishah jenguk ke sebelah. Khusyairi sudah terlena semula. Lelaki ini kepenatan. Di hospital dua malam, mestilah dia tak selesa tidur. Di wadnya cuma ada sofa pendek dan kerusi kayu.

Hampir sejam kemudian barulah makanan dihidangkan. Amishah memilih untuk makan spagheti manakala untuk Khusyairi pula, dia memilih nasi dengan hidangan ayam. Setahunya, Khusyairi tak suka spagheti.

“Ri, bangun Ri.” Bahu lelaki itu diusap-usap.

“Hurmm...”

“Makanan dah ada ni. Bangun ya. Aku tahu mesti kau lapar sekarang.”

“Kau makanlah dulu.” Itu pula jawapan Khusyairi masih dengan lagak mamainya. Amishah tahan senyuman. Dia tahu, Khusyairi mana pernah mahu makan lambat berbanding orang lain.

“Betul nak aku makan dulu ni?.”

“Hurmm...”

“Okey, kalau macam tu aku nak makanlah.” Melihat Khusyairi nampak serius dengan keputusannya, Amishah akur.

Dia mula membuka hidangan di depan mata. Walaupun tidaklah nampak terlalu menyelerakan, namun dia memang perlu makan. Sudah beberapa hari ini dia tidak makan apa-apa melainkan minuman susu yang dimasukkan doktor ke tubuhnya melalui suntikan.


3 comments:

  1. nak lagiii...x cukup rr......heehehehe

    ReplyDelete
  2. hehehe... nak lagi... hopefully shah tau keikhlasan ri. semoga silap faham dpt terungkai. best2... x sbr nk tau apa diaorg buat masa kat umah nnt... semoga shah dpt terima ri... smbg2...

    ReplyDelete

cakap aje..saya layan..

Popular Posts