Bismillah. Biar gambar saja menyampaikan bicara.
Klik?
Maha Suci Allah

Kata saya...
MAAF. MAAF. MAAF.
1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.
Wednesday, January 21, 2015
Friday, January 16, 2015
Third Baby With Love 2 ~ Coming soon
Beberapa meter sebelum sampai ke keretanya, dia
sudah terlihat dua orang wanita berdiri sambil bersandar di sebuah kereta.
Spontan senyuman puas muncul di bibirnya.
“Rasakan!.”
“Apa dia, Man?.”
“Oh…tak…tak ada apa, nek.”
Hajah Murni memandang kurang percaya pada cucu keduanya
itu. Dah gila ke cucunya seorang ini bercakap sendiri? “Saja ajelah tu tak nak
cerita dekat nenek. Ke mengata nenek? Man malas nak pergi ambil nenek?.”
“Hish, apa nenek ni kata macam tu? Kalau Man malas,
jangan harap Man nak datang. Nenek ni macam tak kenal cucu neneklah.” Bidasnya.
Sebenarnya memang dia malas pun. Dia sudah
bersiap-siap mahu keluar bersama Jasmine tadi bila mummynya muncul dengan arahan yang dia perlu ke KLIA menjemput
neneknya yang tiba-tiba saja mahu datang melawat mereka.
“Baguslah kalau ikhlas jemput nenek ni. Kereta Man
kat mana?.”
“Depan tu.”
“Masih guna Honda Accord ke?.”
“Tak. Kereta yang itu dah pass pada Imran. Man guna kereta baru sekarang.” Ini kereta
pertamanya yang dia beli dengan duitnya sendiri. Sempena keuntungan pertama
kliniknya. Sebab itu sayangnya lebih pada Nissan Skyline berbanding semasa dia
memakai Honda Accord pemberian daddynya.
Dia menekan punat kunci sebaik sahaja mereka
mendekati kereta. Matanya sempat singgah ke arah seseorang yang dia tahu sedang
merenungnya dengan rasa sakit hati. Senyuman sinisnya terukir di bibir.
Selesa saja Hajah Murni duduk di kerusi penumpang di
sisinya, dia lekas-lekas menekan pedal minyak. Sempat dia mengenyit mata ke
arah Sarah. Sengaja menambahkan api kemarahan dalam hati gadis itu. Baru dia
tahu sekarang langit tu tinggi ke rendah. Ada ke patut sesuka hati tempeleng
orang. Memang kenalah dengan dia.
“Pandang siapa tu?.” Hajah Murni ikut menoleh ke
arah luar.
“Orang gila, nek.”
“Oh…”
“Kat KL ni memang ramai orang gila. Merata tempat
pun ada.” Tambahnya cuba menahan diri daripada ketawa. Terbayang-bayang wajah
marah Sarah di fikirannya.
“Dah nasib dia orang macam itu. Sebab itu kita yang
normal ni kena hargai apa yang kita ada. Akal ni kena jaga. Jangan beri dia
makanan-makanan yang tak sihat. Sebab itu boleh jadi macam tu.”
“Hurmm…”
“Jangan pergi tuang minuman keras masuk mulut.
Jangan sentuh dadah. Jangan fikirkan benda-benda tak elok. Semua itu racun
kepada akal kita. Man takkan tak tahu, kerja doktor.”
“Hurmm..”
“Kalau buat research
pun, memang akan terbukti itulah antara punca utama kepada masalah penyakit
mental ni.”
Lukman senyap. Malas bereaksi.
Sarah meminta diri naik semula ke biliknya sebaik
sahaja membantu mengangkat dua buah beg pakaian emaknya masuk ke rumah tadi.
Puan Kalsom sudah dikerumuni anak-anak di bawah dan dia sudah cukup pening
untuk terus berada di kalangan mereka.
Lelaki itu…
Fikirannya melayang ke KLIA. Wajah yang menyakitkan
hati itu sudah terlekat kemas di dalam ruang simpanan memorinya.
Awas….kau tunggu balasannya nanti!
Sudahlah dia pening dan sakit hati yang amat kerana
hampir sejam mereka berdiri di bawah cahaya matahari yang makin menyengat
gara-gara keretanya dihalang Nissan Skyline lelaki tak guna tu. Alih-alih,
masuk saja ke dalam kereta, emaknya pula sambung membebel gara-gara dia
terlepas cakap.
Kalau bukan disebabkan kepalanya sudah terasa berat
mahu cepat-cepat dijatuhkan ke bantal empuknya, memang dia tak akan memandu
pulang tadi.
Hurmm…sabarlah, nanti-nanti kalau dia terserempak
lagi dengan lelaki itu, dia sudah tahu apa yang patut dia lakukan. Buat baik
dibalas baik, buat jahat, siap!!!
Tuesday, January 13, 2015
Third baby With Love 1
Assalamualaikum. Jemput baca. Akan menemui anda Februari ini insyaallah.
Dia memanjangkan leher meninjau ke seluruh kawasan
tempat letak kereta dengan penuh cemas. Dia sudah terlambat. Sepatutnya
setengah jam yang lalu lagi dia sudah menunggu di depan balai ketibaan tapi
setengah jam yang lalu, dia masih mengerekot di atas katil dengan mimpi
indahnya.
Kalau bukan kerana jerit pekik Echah, sumpah dia
takkan terbangun! Nampaknya untuk pertama kalinya dia jadi bersyukur Echah suka
menjerit.
Sebuah kerete Perodua Myvi berwarna hitam yang
menunjukkan gear undur benar-benar melegakannya. Secepat mungkin dia cuba
mengambil tempat. Gear 1 sudah dimasukkan. Sebaik sahaja si pemandu keluar, Sarah
pantas mengangkat tangan sambil mengukir senyuman tanda terima kasih.
Pemandu lelaki itu menekan hon dengan senyum mekar
di bibir. Sarah sudah bersedia mahu menekan pedal minyak untuk masuk ke ruangan
yang baru saja dikosongkan itu apabila sebuah Nissan Skyline yang datang dari
ceruk mana entah tiba-tiba meluru laju mendahuluinya.
“Hoi!!.” Jeritnya. Hon ditekan sekuat hati. Dia
tidak peduli pada mata-mata yang memandang.
Kurang ajar! Suka hati dia je nak merampas parkir
orang lain.
Sarah memboloskan diri keluar mengetuk cermin
tingkap kereta mewah yang sudah elok terparkir itu. Pakai kereta mahal, patut
perangai eloklah sikit. Ini tak. Perangai tak serupa manusia langsung.
“Nak apa?.” Seorang lelaki berkaca mata hitam di
dalamnya bertanya tanpa sedikit pun mengalihkan mata memandang Sarah.
“Amboi, buat-buat tak tahu pula ya. Sudahlah tak
beradab, pergi rampas parkir orang. Nak berlagak tak tahu pula.”
Lelaki itu sekadar angkat bahu membuatkan darahnya
terasa sudah memuncak naik ke urat kepala. Kalau saja dia ada kayu golf di
tangan saat ini, memang lelaki biadab ini akan merasa sesuatu. Kalau tak
pecahkan kepalanya ( tak beranilah sampai macam itu sekali ), pukul sedikit pun
dia puas hati. Biar sedar diri tu sikit.
“Awak jangan nak mengada-ngada. Keluar sekarang
atau..”
“Atau apa?.” Sekali ini, wajahnya ditenung lama. Sarah
mengetap bibir.
“Jangan ingat saya tak berani nak apa-apakan awak
ya. Ingat dengan pakai sunglasses
pagi-pagi ni, handsome sangat ke?.”
tujahnya. Jari telunjuknya sudah sampai ke kepala lelaki berkulit cerah itu. Alang-alang
orang dah biadab dengan kita…
“Nonsense.”
“Nonsense?.”
Jari telunjuknya dihalakan kepada dirinya sendiri. “If you think that’s nonsense, this is real.” Elok saja telapak
tangannya sudah mendarat ke pipi kanan lelaki itu, senyumannya terlukis lebar.
Pandangan marah bercampur terkejut lelaki itu
menambah lebar senyumannya malah kalau boleh, dia memang mahu ketawa. Baru tahu
bukan semua perempuan boleh dibuat main, ya bang!
“Hei, awak ni gila ke?.” cermin matanya
ditanggalkan. Matanya sudah mengecil memandang Sarah yang berpeluk tubuh
membalas renungannya. Kurang ajar punya perempuan!
Sarah sekadar mengangkat bahu, memulangkan paku buah
kerasnya. Sebelum dia berlalu, sempat juga dia mendengar sumpah-seranah lelaki
itu kepadanya dan dia cuma senyum sendiri.
“Nonsense!.”
Ejeknya puas.
“Kenapa lambat sangat, Sarah? Naik lenguh lutut mak
menunggu tau. Sarah pergi mana tadi?.”
Puan Kalsom membebel panjang sebaik sahaja dia
terlihat kelibat anak keduanya di celah kesesakan orang ramai tadi. Seperti
biasa, Sarah cuma tersengih datang mencapai troli pakaiannya.
“Jalan jam
tadi, mak. Tahu ajelah awal-awal pagi macam sekarang.” Dalihnya dengan sedikit
rasa bersalah. Memang betul pun jalan di Kuala Lumpur ini sentiasa saja sesak.
Normallah kalau orang datang lambat.
“Jam ke? Bukan
hari ni hari sabtu ke?.”
“Betullah, mak. Jalan memang sesak sangat tadi.
Hampir-hampir Sarah nak berhenti dekat stesen minyak tadi. Letih asyik tekan
brek.” Aduh, dari satu ke dua dosanya! Betullah orang cakap, sekali menipu,
kita akan terpaksa menipu untuk menutup pembohongan pertama.
Tapi dia lebih rela menipu daripada bersoal jawab
dengan emaknya soal si lelaki biadab yang mencuri parkir tadi. Mahunya
berjam-jam dia terpaksa menadah telinga mendengar ceramah tak berbayar Puan
Kalsom.
Ceramahnya kalau banyak dorongan positif, tak mengapalah.
Ini dia juga yang akan terkena habis-habisan walhal emaknya tak nampak pun
siapa sebenarnya yang bersalah.
“Err..marilah kita balik, mak. Mak kata tadi
letihkan.” Dia lekas mengalih tumpuan sebelum emaknya bertanya lebih lanjut kemudian
berjaya mengesan insiden yang berlaku itu tadi.
Puan Kalsom angguk saja. Dia sendiri sudah letih.
Sudahlah duduk di dalam kapal terbang tadi dia tidak dapat tidur, menunggu pula
anak bertuahnya yang hanya muncul selepas hampir sejam dia sampai.
Mereka jalan beriringan menuju ke kawasan meletak
kenderaan. Sarah menolak troli dan dia menjinjing beberapa bungkusan jeruk buah
yang dibelinya di Pulau Pinang. Jeruk buah kesukaan anak-anaknya, terutamanya
Syafiqah.
Malah untuk Syafiqah, dia sudah belikan tiga bungkus
jeruk mangga dan sebungkus buah pala. Esok-esok akan disuruhnya Sarah
membungkusnya dan terus dikirimkan ke United Kingdom. Tentu Syafiqah suka.
“Eh?.” Sarah tiba-tiba mematikan langkah. Matanya
lurus ke hadapan.
“Kenapa, Sarah?.”
Bibir nipis Sarah memuncung ke hadapan. Matanya
turut sama memandang ke arah ditunjukkan. Tetapi dia tidak terlihat apa-apa
yang pelik pun.
“Kenapa? Mak tak nampak apa-apa pun?.” Dahinya
berkerut memandang anaknya yang sudah mula mengetap bibir. Silih berganti
pandangannya ke arah Sarah dan ke hadapan tetapi sumpah, memang dia cuma nampak
pelbagai jenis kereta di situ. Entah apa yang peliknya pun dia tak tahu.
Belum pun soalannya terjawab, Sarah sudah berjalan
pantas meluru ke arah sebuah kereta mewah sebelum dia meloloskan diri mencelah
ke sisi. Dan…
“Dia block
kereta kita ke? Ya Allah, macam mana kita nak balik ni, Sarah?.” Puan Kalsom
turut mendekat. Kereta Proton Saga Sarah tidak akan dapat keluar kerana di
belakangnya sudah tersadai sebuah kereta mewah berkilat.
“Ini mesti kerja lelaki gila tu! Biadab tak
habis-habis.”
“Lelaki gila? Yang mana?.”
“Lelaki gila yang pergi curi parkir Sarah. Memang
nak kena lagi sekali dia ni.” Jawabnya lancar menahan marah dalam hati. Kalau
dia jumpa sekali lagi lelaki itu, siaplah dia. Bukan setakat pelempang yang
akan dia rasa.
“Kena lagi sekali? Yang tadi Sarah buat apa dekat
dia?.” Puan Kalsom sudah mencerlung pandangan.
“Sarah pergi lempang dia. Orang biadab macam tu,
kena beri pengajaran sikit.”
“Sarah pergi tampar dia?.”
Tanpa sedar, kepalanya laju mengangguk. Bersama riak
kepuasan di wajahnya. Memang dia puas dapat membalas ketidaksopanan lelaki itu.
Tapi nampaknya, satu tamparan saja belum cukup untuk ‘menyedarkan’nya.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Popular Posts
-
Macam tu ke caranya??? Amishah mundar-mandir. Dari satu sudut dia berjalan ke sudut lain hingga akhirnya dia sendiri yang berhenti bila tera...
-
Aku pun tak tau lah nak cakap macam mana lagi dah. Mak ngan ayah ni memang cari pasal. Cari gaduh. Dah tau aku ni sarang tebuan,...
-
“Jom, liya. Ikut saya pergi meeting.” “Hmm..okay.” “Kenapa tak bersemangat aje ni? Tak sihat?.” “Penatlah, bos. Kerja yang bos bagi kelmarin...
-
"Macam mana tadi? semuanya okey?." Khusyairi melonggarkan tali leher yang terasa menjerut itu. Sengaja dia mendiamkan diri seketik...
-
“Abang, marilah jumpa Auntie Sarah dengan Uncle Mansur dulu.” Syed Uthman Affan yang baru mahu melangkah naik ke atas melangkah lambat-l...
-
~ Ish, nampak tajuk mcm novel...tapi tetap bebelanku juga yg muncul dulu...kekeke..jangan marah. Aku dah sekian lama tak post apa2 cerita de...
-
Hallu..sorrylah lambat pula update yer? Hihi..sibuk sebenarnya.Almaklumlah, guru sejati yg komited gitu..Yerk..haha..tadi pun sibuk dengan u...
-
salam, jemput baca semuanya..hihi..oh ya, kita berpisah dulu satu dua hari ni sebab laptop kesayangan aku ni adik bongsu nak pinjam, nak s...
-
Abahnya lelaki yang paling dia hormati. Haji Rusdi menjadi sanjungannya sejak kecil. Tetapi dalam hal ini, Haji Rusdi terpaksa dibelakangkan...
-
Untuk pengubat rindu korang, aku postkan sedikit lagi..Hihi..macam biasalah ya. Saja aku post lewat malam sebab aku nak biar sampai petang a...