Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah
Powered By Blogger

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Monday, March 2, 2009

sesuci kasih seorang isteri 2

“Take care, honey. Assalamualaikum.”

Alishah angguk selepas melepaskan pelukan eratnya. Berbaur rasa dalam hati ini. Melihat dia ketawa dalam sedih begini sebenarnya menghantar rasa bahagia pula ke dalam hatiku.

Inilah pertama kali aku merasakan bagaimana dirindui dan disayangi dengan sebenar-benarnya. Hatinya terlalu berat hendak melepaskan aku pergi. Sementelah pula kami belum puas berdampingan dengan usia perkahwinan seawal satu bulan setengah ini.

Sehinggalah aku masuk ke dalam bahagian pemeriksaan tiket, Alishah masih setia di situ bersama senyuman yang diukir semanis mungkin.

Mulanya aku bertanya mengapa dia tidak sedikit pun mengeluarkan air mata melepaskan kesedihannya namun aku terus terdiam mendengar jawapannya.

“Takkan Isha nak hantar suami Isha dengan air mata. Nanti dah tak cantik pula abang tengok. Sedangkan abang nak pergi jauh. Bukankah manusia selalu mudah lupa kepada sesuatu yang tak menarik untuk dikenang?.”



Ketibaanku di Lapangan Terbang Atartuk, Istanbul tidak disambut sesiapa. Kehairanan mula menjengah ke dalam diri. Walaupun ini bukanlah kali pertama aku ke luar negara bersendirian tetapi Along sudah berjanji akan menungguku.

Lama aku duduk menanti kalau-kalau Along muncul terlewat dari janjinya sehinggalah akhirnya masuk waktu zohor. Aku cuba mencari-cari tempat untuk melunaskan tanggungjawabku namun tidak menemuinya.

Akhirnya aku menelefon Along. Anaknya yang menyambut. Memang susah berkomunikasi apabila Irene Putri sudah terpengaruh dengan bahasa orang turki. Bahasa inggerisnya sukar difahami.

“Where’s your daddy, Irene?.” Soalku berkali-kali sehinggalah ada satu suara garau merampas telefon dari si kecil.

“Yes, may I help you?.”

Ah, nasib baik ada Irman Khalis di rumah. “Irman, I’m Pak Su. Where’s your daddy?.”

Tanpa menjawab pertanyaanku, Irman Khalis berjanji akan datang menjemputku di sini. Syukur alhamdulillah. Kalau tidak entah sampai bila harus aku menanti bagai orang bodoh di sini.



Mungkin sudah lama tidak bertemu, aku benar-benar hampir tidak dapat mengecam wajah Irman Khalis. Dia sudah semakin tinggi dengan wajah campuran melayu, cina dan jawa. Memang cukup kacak pada pandanganku.

Kami saling bertanya khabar sebelum dia membantu mengangkat bagasi ke dalam kereta. Rupanya dia datang bersama pemandu mereka. Semakin maju bisnes Along nampaknya.

Itu ini yang kami bualkan sepanjang perjalanan namun nama daddynya masih tidak keluar walau sekali. Di mana Along sebenarnya?

Sampai ke malam, hanya Irman Khalis, Ilyah Hanna dengan Irene Putri yang melayan aku di rumah. Along dan Kak Mia entah ke mana pula.

Dan sesuatu yang lebih mengejutkan, rumah mewah yang baru sahaja mereka diami ini. Berdasarkan rupa dan kedudukannya, aku menganggarkan harganya tentulah bukan calang-calang. Kaya benar Along ya.

Dalam sibuk berfikir itu, aku akhirnya meminta diri masuk tidur awal. Sebenarnya aku teringatkan wanita kesayanganku yang entah sudah tidur atau tidak di bumi Malaysia sana.

Rindu benar aku padanya. Tambah-tambah pula dengan kesejukan yang mencengkam hingga ke tulang hitam ini. Aku rindu pada pelukan manja dan memikat Alishah.



Lepas bersarapan, aku terus mencapai telefon di atas meja. Mendail nombor telefon Alishah dengan perasaan rindu tidak bertepi.

“Assalamualaikum, sayang. How are you?.” Sapaku sebaik mendengar ada suara di hujung talian. Mungkin dia baru hendak bersiap ke kedai atau baru hendak memulakan sarapan.

“Alhamdulillah. Sayang apa khabar? Dah breakfast? Tidur semalam lena tak?.” Bertalu-talu soalannya membayangkan betapa prihatinnya dia akan suaminya ini.

Kami berbual sepuas-puasnya, melepaskan rindu dalam diri masing-masing. Sempat juga aku mengadu makanan di sini agak kurang sesuai dengan selera kemelayuanku. Dan Alishah terus memujukku tak ubah bagai memujuk anak-anak kecil. Ah, semakin aku rindukan isteriku ini.

“Where’s actually your daddy and mummy, Irman?.” Aku sudah bosan meneka di mana satu-satunya abangku itu.

Sudah semalaman ini aku ada di rumah sebagai tetamu tetapi dia sendiri tidak ada. Malah aku ke mari pun atas permintaannya sendiri. Dia benar-benar suka memeningkan orang.

“They’re having a vacation at Miami. I guess.” Teka Ilyah Hanna selamba.

“You guess? Not knowing the truth?.”

Takkan begitu sekali lalainya mereka. Sudahlah hilang entah ke mana meninggalkan anak-anak di rumah, rupanya lokasi pun mereka tidak tahu. Bagaimana kalau ada kecemasan berlaku?



Rindu pada Alishah ditambah pula dengan ketiadaan Along di sini, maka seawal pagi aku terus berkemas untuk pulang. Menghubungi pihak MAS, menempah tiket pulang ke Malaysia lewat tengah hari nanti.

Namun tak disangka sama sekali, Along tiba-tiba muncul di rumahnya sebelum jam melewati pukul sebelas.

Aku terping-pinga melihat keadaan dirinya yang langsung tak terurus. Wajah dipenuhi jambang dan terlalu sayu dengan tubuh semakin susut.

“Kenapa dengan Along ni?.” Soalku selepas kami bersalaman. Tangannya lemah tak berdaya.

Along terus meminta pengawal mengunci pintu rumahnya yang senantiasa berkunci itu. Kami duduk bertentangan. Aku merenung lagi kepadanya. Dia diam. Berdehem sebentar dan tiba-tiba berjuraian air matanya menuruni pipi. Semakin panik aku dibuatnya.

7 comments:

  1. ngeeee..
    nta2 aong dye nieh diburu x??
    n die yg kene nnty..
    ditudoh bersubahat..
    ngeeeee..
    smbung2..

    ReplyDelete
  2. hu...hu...

    suspens jerrr

    jgn la jd benda yg bukan2...

    nannti sian jt Alishah

    ReplyDelete
  3. hu..hu...

    aper citer nehh...

    runsing btoll la~

    ReplyDelete
  4. wa..suspennye..!
    smbung lg..
    sean alishah..

    ReplyDelete
  5. salam tyea...
    ngape ibu bleh terlepas bca plak n3 ni...
    waduh2 suspen banget..
    la ter'indon' lah pulak...
    pe2 pon mmg cuak ah dan nk tau selanjutnya...
    ibu tungguuuuuuu.....

    ReplyDelete
  6. jeng jeng jeng
    aiseyyy saspen lagi ni huhu
    jgn de yg hlg dia balik jumpa alishah dh la

    wawawa xnk cedih2 kak tyea

    ReplyDelete
  7. suspen tul lah n3 kali nie..
    agak2 pe jdi kat along 2 ek????
    cpat smbng tau tyea..

    ReplyDelete

cakap aje..saya layan..

Popular Posts