Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah
Powered By Blogger

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Friday, March 27, 2009

sesuci kasih seorang isteri 7

Disebabkan rasa bersalah semalam, hari ini aku mengambil cuti sekali lagi. Siap dengan amaran, no phone call, no message and no guest. Mak Kiah ku hantar pergi ke rumah mama di Bukit Antarabangsa. Riuh juga Alishah dengan tindakanku.
“Siapa nak handle baby kalau dia meragam nanti, abang?.” Walaupun marah, suaranya masih lembut. Masih lunak dan masih mampu menggoda hati lelakiku. Alishah memang istimewa.
“Abang kan ada.” Bangga dan yakin, aku mengangkat tubuh kecil Asha dari katil. Menggeliat dia dibuatnya.
Tak pernah terfikir di kepala ini, aku akhirnya akan menjadi seorang papa. Menjadi suami kepada Alishah. Memberikannya zuriat untuk mendiami rahimnya selama sembilan bulan dan kini menyaksikan anak kami membesar sedikit demi sedikit. Semua ini memang nikmat. Alhamdulillah.
Dulu aku pernah juga bercinta dengan beberapa orang teman seuniversiti tetapi ketika itu aku hanya memikirkan soal seronok. Keluar berdua dan ada orang yang akan menelefon saban malam sebelum tidur. Juga menyambut hari kekasih dengan bertukar-tukar hadiah dengan si dia yang kini membuat aku termalu sendiri apabila mendengar bicara Alishah 14 februari lepas.
“Isha sayangkan abang walau apa pun yang jadi tapi janganlah sebab abang nak tunjuk sayang abang tu, abang korbankan maruah agama kita. Valentines day bukan hari kita. Cukup dah macam-macam perayaan yang ada dalam islam.”
Kata-kata itu tidak mungkin aku lupa. Tebal rasanya kulit pipi ditegur isteri sendiri tapi akhirnya Alishah menerima hadiahku dengan niat sebagai tanda menghargai perkahwinan kami, tanda syukur kepada Yang Maha Esa.
“Isha bagi kat Mak Kiah ya, bang. Boleh?.”
“Err….” Berat hati ni sebenarnya. Punyalah mahal aku membeli jubah itu dari butik kawan baik mama.
“Abang, kalau abang tak ikhlas, sayang hadiah ni. Baik ikhlaskan aje hati tu. Mudah-mudahan dengan sedekah ni, Allah panjangkan usia kita, berkati lagi our marriage. Tak nak macam tu?.”
“Of course abang nak.” Dan dengan sendirinya aku keluar mencari kelibat Mak Kiah di dapur. Menyerahkan sendiri kotak segi empat berbalut cantik itu dengan hati lapang. Ikhlas tentunya. Mudah-mudahan Allah selalu dekat dengan perkahwinan kami.
“Abang?.”
“Hah?.” Aduh, lamanya aku melamun..
Ketawa manja Alishah menarik perhatianku untuk mendekatinya. “Kenapa, yang? Abang terlepas apa-apa ke?.”
Tangannya melingkar ke bahu. Mesra. Seperti selalu. Sebuah ciuman penuh sayang hinggap di pipi mungil Asha dan satu ciuman hangat, hanya untuk aku, suaminya.
“Selagi abang ada dekat hati Isha, insyaallah abang takkan terlepas apa-apa.”
“Macam mana kalau isha dah tak nak abang duduk dalam hati isha?.” Sengaja aku menyakat. Melagakan hidungku di hidungnya yang kecil molek itu. Dia ketawa senang.
“Astaghfirullah..nauzubillahiminzalik..buat apa tanya something yang tak positif untuk masa depan sendiri ni, dear?.” Wajahnya bertukar serius dalam sekelip mata. Pun matanya masih bersinar bening menentang pandangan suaminya ini.
Malas mahu memanjangkan bicara, aku segera melepaskan tawa. Mengalihkan pandangan kepada anak kami yang sudah mula mahu meragam. Merah padam mukanya yang lebih banyak mewarisi riak mamanya sebelum suara tangisnya meletus kuat. Kelam-kabut aku menenangkannya.
“Macam manalah papa sayang ni, sayang nangis pun papa takut erk?.” Sedar-sedar sahaja, Alishah sudah mengambil Asha dari dukunganku. Serta-merta tangis si kecil lenyap. Aik?
“Diam dah?.”
Alishah senyum sendiri. Didekatkannya pipi Asha kepadaku untuk dikucup.
“Tengoklah siapa yang pegang dia. Kan sayang mama, kan?.”






“Tuan, meeting petang nanti dengan Radzin kena awalkan. Dia call tadi.”
Aduh, ini yang masalah ni!
“Kenapa pula? Dia tak mention dengan saya pun?.”
Memang aku tak puas hati. Pukul satu nanti aku nak balik rumah. Jemput Alishah dan Asha, nak bawa si kecil yang makin montel itu ke klinik. Dia sudah terlewat sehari dari tarikh temu janji sebenar. Disebabkan terlalu sibuk semalam, aku terpaksa beralah kepada semua urusan kerja. Mujur Alishah faham.
“Dia call office awal-awal pagi lagi, tuan. Before tuan masuk tadi. Dia cakap dia ada hal lain nak urus. Tak dapat elak dah. Tuan free kan?.” Siti mengekorku dari pantry hingga masuk semula ke dalam bilik.
Bekerja dengan orang memang satu masalah. Sebab itulah aku berhenti daripada syarikat papa dan membuka syarikat ku sendiri. Tetapi nampaknya masalah tetap masalah. Walaupun sudah mempunyai syarikat sendiri, aku tetap perlu berurusan dengan orang lain yang mahu tidak mahu tetap akan mempengaruhi pendapatan syarikat.
“Hal dia aje yang dia utamakan. Tak pula dia tanya saya ni free sangat ke.” Berapi-api marahku. Tak padan dengan jantina langsung.
“Sorry, tuan tapi saya sampaikan pesan dia aje. Boleh saya keluar sekarang?.”
“Oh.” Aku membebel, patutlah dia nak keluar.
“Okey, thanks siti.”
Sebaik sahaja pintu tertutup, aku terus mencapai telefon bimbit. Menunggu beberapa saat sebelum mendengar suara manja dan halus Alishah di hujung talian.
“Sayang, abang minta maaf.” Introku. Nampaknya hari ini tertangguh lagi temu janji kami dengan Dr. Suraya.
“Kenapa nak minta maaf ni, bang? Abang busy lagi ke?.”
Ketawaku pecah sendiri dengan jangkaannya yang benar-benar tepat mengenai sasaran itu. Tahu aje dia.
“Ya, sayang. Abang ada appointment dengan Radzin. Jurutera SkyWay Creative tu. Sayang kenal dia kan?.”
“Radzin. Bekas boyfriend kak Tanya tu ya? Isha kenal.”
“Hmm..dialah tu. Tak adalah, sebelum ni appointment kitorang jam empat tapi siti cakap dengan abang, Radzin nak awalkan pergi jam dua. Dia ada hal yang tak dapat nak dielak.” Kalau ikutkan hati, mahu sahaja aku membatalkan temu janji ini sama sekali.
“Oh, hal penting tu! Tak apalah, bang. Esok kita cuba lagi ya? Abang jangan marah Radzin pula. Dia tak sengaja tu.”
Ah, tahu saja Alishah dengan emosiku!
“Insyaallah tak marah.”
Kedengaran suara tawanya. “Alhamdulillah. Macam itulah jadi hamba Allah yang baik. Tak mudah marah. Tak simpan dendam. Allah sayang, Isha dengan Asha lagi sayang.”

7 comments:

  1. hi..hu...

    besh2...

    ape citer ngan 2nd wife!

    ReplyDelete
  2. huhu..best2..!
    baiknye la si alishah ni..
    agaknye klu die tau suami die kawin lain..
    sure die leh terime walaupon die kecewa skit..
    ape2 pon best..!nk lg..!

    ReplyDelete
  3. sweet nye

    smbung lg ek..

    huhu(^_^)

    ReplyDelete
  4. at least de gak n3 cte nie...
    thnks tyea..
    baik tul lah asya 2..
    pnuh ngn sfat2 trpuji bt seorg istri.

    ReplyDelete
  5. at last lme tggu hihihi
    hehe nice2
    nk lagi2

    ReplyDelete
  6. best la citer ni..first time masuk blog kak tyea..

    ReplyDelete

cakap aje..saya layan..

Popular Posts