Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah
Powered By Blogger

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Saturday, March 7, 2009

sesuci kasih seorang isteri 4

Malam jumaat, selepas menunaikan solat maghrib berjemaah, kami bertiga bersiap ke Bukit Antarabangsa.
Mama mahu menjamu kami sekeluarga makan malam. Kebetulan mama tahu aku baru pulang dari Turki. Walaupun sebenarnya tiada satu benda pun dikirimkan Along buat mereka di sini. Mujur aku ada membeli satu dua buah tangan semasa di lapangan terbang dulu.
“Wah, berseri betul menantu mama ni tau! Ada apa-apakah?.” Usik mama sebaik sahaja kami tiba. Mak Kiah sudah menghilang ke dapur.
Aku terus memeluk Alishah yang senyum memanjang. Sangkaku hanya aku yang perasankan hal ini. Papa yang baru turun juga menegur perkara yang sama hinggakan Alishah terus menyembamkan wajah ke dadaku.
“Mudah-mudahan adalah good news untuk mama dengan papa. Mama pun dah tak sabar nak timang cucu baru ni.”
Aku mengangguk. “Mudah-mudahanlah, ma. Mesti handsome macam Zik kan.”
“Ish, Zik bukannya handsome pun.”
“Handsome. Kalau tak mana wife zik yang cantik ni nakkan zik.”
Dan Alishah bersungguh-sungguh ketawa, ditahan tapak tangannya yang tertutup-tutup di mulut.






Urusan kerja di pejabat benar-benar menuntut seluruh perhatianku. Sejak beberapa hari ini, aku cuma muncul di rumah setelah malam menjelang tiba. Dengan keletihan yang amat, aku sudah tidak larat hendak berbuat apa-apa hinggakan makan malam juga terpaksa ku tinggalkan.
Syukur saja Alishah sangat memahami. Dia tidak akan tidur selagi aku tidak ada di dalam bilik. Malah kadang-kadang apabila aku terpaksa berjaga malam, dia akan turut sama duduk di sisiku.
“Abang rasa baik sayang tidur dulu. Nanti esok penat pula kat kedai.” Saranku apabila dia masih sudi menemaniku hingga ke dinihari.
Alishah senyum. “Insyaallah, tak. Lagipun kalau Isha mengantuk sangat esok, Isha baliklah kejap. Tak ada orang nak marah.”
Iya. Dia pemilik kedai. Dia bos mereka. Masa mereka hendak memarahinya pula kalau pun dia tidak datang bekerja.
“Wah, mentang-mentang....” Sengaja aku mahu mengusik.
“Astaghfirullah, nak mentang-mentang apa pula.”
“Mentang-mentang.....”
Alishah ketawa. Sopan. “Mentang-mentang nak bentang kentang.”
Aduh, ada-ada saja idea di kepalanya mahu mengusik sama. Tapi Alishah memang punya great sense of humor. Dan inilah yang tambah menyenangkan hati setiap kali berdamping dengan dirinya.
Insyaallah, selepas projek besar ini selesai nanti aku akan menumpukan lebih perhatian buat rumah tangga kami ini. Mungkin dia kelihatan tidak kisah tidak menerima layanan mesraku tapi hatinya lama kelamaan pasti akan luka. Itu aku tidak mahu.
Cukuplah selama ini dia saja yang begitu banyak menggembirakan diriku. Berbuat itu ini untuk diriku.







“Assalamualaikum.”
Tengkuknya yang masih terdedah belum ditutupi tudung ku kucup. Lama. Dia tersenyum senang.
“Hari ini, last day abang nak balik lambat.” Bibirku beralih pula ke seluruh wajahnya yang belum disapu bedak. Licin benar kulitnya. “ Sayang abang masih boleh tunggu kan?.”
Sebuah senyuman mekar di bibirnya. Dia tidak mengenakan gincu namun bibirnya masih merah menyerlah. Bulu matanya yang melentik cantik itu pula dikerdipkan sekali.
“Insyaallah. I always can wait. Seminggu lebih Isha sanggup, takkan satu hari pula tak?,”



“Saya nak tengok semua ni esok pagi. Atas meja saya right before I come.” Peringatku lagi buat kesekian kalinya. Hannah terangguk-angguk bersama pembantunya.
“And you, Siti.”
“Yes, sir?.”
“Please make sure I get what I want. Kamu bertiga bertanggungjawab dengan benda ni. Ini masa depan company. Masa depan all of us.”
Mereka mengangguk serentak. Aku segera mengemaskan briefcase sebaik sahaja mereka beredar. Aku sudah berjanji tidak mahu membiarkan Alishah ternanti-nanti diriku lagi. Ini malam terakhir.
Belum sempat aku mencapai kunci kereta, telefon bimbitku tiba-tiba berbunyi. Panggilan asing. Siapa?
“Hello?.”
Diam. Aku menanti beberapa saat sebelum mendengar deheman seseorang di hujung talian. Macam kenal. Tapi siapa ya?
“Hello?.”
“Abang?.” Abang? Adakah ini……
Lama aku terdiam sebelum mengucap salam dengan suara yang paling berat. Lemah semangatku menerima panggilan ini. Mudah-mudahan dia tidak meminta apa-apa.
“Sofea rindukan abang. Sebab tu Sofea telefon. Kat sana malamkah?.”
Rindu? Aduh, aku tidak pernah sesaat pun terfikirkan dirinya sejak aku meninggalkan negara asing itu. Berdosakah aku sebagai suami? Tapi ini semua cuma paksaan. Bukan kerelaanku maka aku berhak menentukan hala tuju perkahwinan ini.
“Err…memang dah malam.” Jadi janganlah call. Tapi aku cuma berbisik dalam hati.
“Dah lama abang balik sana. Bila pula giliran Sofea?.” Dia masih ingin melanjutkan bicara. Aku pula terkedu di atas kerusi.
Bercakap tentang giliran, hendak saja aku menyemburkan seluruh kekecewaan dan kemarahan ini pada dirinya. Betapa sedikit pun dirinya tidak ada dalam hatiku hatta fikiranku.
“Abang?.”
Aku berdehem berpura-pura membetulkan suara sebelum menjawab. “Abang minta maaf tapi abang sibuk sangat kat sini. Tengoklah nanti kalau ada masa, abang pergi.”
Sofea ketawa kecil namun aku masih tidak merasai kesopanan dari tawanya itu. Dia memang berbeza dengan Alishah.
Hal ini juga belum menjengah telinga Alishah. Apa beranikah aku hendak menyatakan bahawa aku punya isteri kedua kepadanya? Bagaimana agaknya reaksinya? Marah sudah pasti. Kecewa. Sedih. Apalagi ya?
Ah, masanya belum tiba. Aku belum puas membahagiakannya. Biarlah masa yang menentukannya.
“Okeylah, Sofea.” Jam sudah menunjukkan angka sembilan. Sudah hampir sejam kami bersoal-jawab. Alishah di rumah pasti tertunggu-tunggu. Kasihan dia nanti.
“Abang simpan phone number ni ya. Kalau ada masa, telefonlah Sofea. Sekali sebulan pun tak apa. Asalkan ayah tak marah.”
“Ya, insyaallah.”
“Assalamualaikum, bang.”
Salamnya berjawab di dalam hati cuma. Berat benar mulutku hendak menuturkannya.

16 comments:

  1. he..he..

    suspen btool la..

    mcm mana la 'kalau' Alishah tau?

    ReplyDelete
  2. hu..hu..

    kalau Alishah tau mesti kecewa thap dewa ke 8 nehh!

    ReplyDelete
  3. watak sofea ni baik gak ker??
    cam baik jer..
    klu 2 2 baik..susahla zik nk wat pilihan..
    tp nk die ngn alishah..
    best2..nk lg!! hihi..
    -cheesecake-

    ReplyDelete
  4. teringt lak ngn cte istri utk suamiku..:((
    kak tyea~
    xmO nding sdEy2 taw...

    >mya nuryana<

    ReplyDelete
  5. xsanggup nak baca..kesian kat alishah..apa la jd lepas nie..smbung lg ye..

    ReplyDelete
  6. nmpknya sofea pown istri yg baik sbb snggup tunggu zik tepon 1x sbuln...klau org len psti dh srg madu dia..tp x tau la bila dia bleh brtahn..sbb prkhwinn dia bru lg..
    anywy..truskn usaha antr n3 bru..nk tahu kish slnjutnyer..klau bleh..wat ler pnjg sket..

    ReplyDelete
  7. x nak! benci betul cite2 bermadu ni. plese lah jangan wat zik tu ngan sofea. tentu zik akan jatuh hati pada sofea satu hati nanti. cam jenis cite kahwin paksa je ni. saya dah ada pengalaman bce cite yg isteri pertama terpaksa berkorban dan saya betul2 benci ending camtu! please lah ye...

    ReplyDelete
  8. what the hell? so ini la rahsia nye slma nih.. zik nih ada isteri lain rpe nya selain dr alisha.. isk3.. xdpt terima kenyataan nih.. sian alishah..

    ReplyDelete
  9. huhuhu..cedihnyer...
    cian kat alisya...
    sofea 2 pown ngade2 je lbih...
    paper pown,nice story...
    i love it...
    cpat2 la smbg ek...('_')

    ReplyDelete
  10. ala..
    sy xdpat byangkn hidup sy klu kna tmpuh saat Alishah dpat tau suami trpaksa brkahwin dua.. mmadukan kita.. xsnggup!!!..
    emo ku smakin bertambah mmbaca cita nie..
    penulis, teruskan...

    ReplyDelete
  11. lau aku memang xsggup bermadu...byk dugaan...cth yg tdekat ader dpan mata aku....aku lbh rela jdi janda....

    ReplyDelete
  12. aku xsggup nk bermadu...byk dugaan...cth tdekat ader depan mata aku....lebih rela jadi janda

    ReplyDelete
  13. aku xsggup nk bermadu...byk dugaan...cth tdekat ader depan mata aku....lebih rela jadi janda

    ReplyDelete
  14. tetibe sian pulak kat sofea??huhu

    ReplyDelete

cakap aje..saya layan..

Popular Posts