Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah
Powered By Blogger

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Monday, March 9, 2009

sesuci kasih seorang isteri 5

Buat pertama kalinya aku balik tidak disambut oleh Alishah. Hati diterpa rasa hairan namun kemunculan Mak Kiah merungkai segalanya. Dia cuma memberitahu isteriku sakit dan sedang tertidur di atas.
Aku bingkas naik ke bilik. Salamku tidak bersambut namun pintu tidak pula sampai berkunci. Sakit apa dia?
“Sayang.” Dahinya ku kucup lama. Panas sedikit.
Lama juga aku menanti dia terjaga hinggakan aku sempat ke bilik air membersihkan diri dan solat isyak. Hanya setelah aku membuat keputusan untuk membiarkannya terus tidur, Alishah tiba-tiba menyeru namaku.
“Sayang sakit ya? Esok pagi abang call Dr. Maisarah.” Pipinya ku usap perlahan. Dia senyum.
“Tak payahlah, bang.”
“Why not? Sakit ni tak boleh dibiarkan. Kita yang tak berapa tahu soal perubatan ni susah. Mana tahu ada apa-apa yang tak kena.” Bebelku panjang, risau sebenarnya.
Alishah tiba-tiba ketawa. Perlahan dan sentiasa sopan. Jari-jemarinya menjalar ke seluruh wajahku. Lama kami bertentangan mata.
“Sakit ni bukan semuanya menyakitkan.” Itu pula komennya.
Aku pantas mengerutkan dahi. Ada apa sebenarnya isteriku ini?
“What’re you trying to say, dear? Just tell me.”
Tubuhku dipeluknya erat. Senyuman manis tidak pernah lekang dari bibirnya. Dia benar-benar cantik malam ini.
“Tak apalah. Esok lepas jemaah subuh, Isha bisik dengan abang ya. Isha minta maaf tak dapat cakap malam ni. Kitakan dah terlepas solat isyak berjemaah?.”








Kebiasaannya aku akan bangun hanya setelah dikejutkan Alishah namun hari ini aku terjaga sendiri. Malah jauh lebih awal dari waktu kami biasa bersolat. Mungkin rahsia Alishah itulah yang mendorongku tidak lena tidur.
Sementara menanti masuk waktu, aku mencapai kitab suci al-quran. Sudah lama aku tidak membacanya bersendirian di kala subuh begini. Selama ini, kami membaca al-quran bersama-sama. Itupun selepas solat maghrib. Alishah kadang-kadang bersendirian membacanya apabila dia sudah terlalu letih memikirkan kerja-kerja di kedai.
Aku semasa masih bujang dulu, solat pun boleh dikira dengan jari kerapnya. Inikan pula hendak mengaji. Aku terlalu sibuk dengan tugasan di pejabat.
“Sayang.”
Azan sudah kedengaran dari arah masjid. Walau hanya sayup-sayup kedengaran namun tetap menyentuh hati.
“Sayang, bangun ya. Dah azan tu.”
Alishah terpisat-pisat memandangku bagai tidak percaya. Iyalah, kali pertama aku yang bangun awal. Senyumanku melebar melihat matanya dipejam celik memandang jam di sisi katil.
“Alhamdulillah. I’m happy that you are earlier than me. Dah lama abang bangun?.” Sapanya mesra. Senang hatiku mendengar ujarannya.
Aku menanti hampir sepuluh minit untuk Alishah menyiapkan diri sementara aku menyediakan telekungnya bersama sejadah. Lambat pula dia hari ini. Selalunya tidak sampai pun tujuh minit. Ke bilik air dan terus berwudhu.
Surah-surah kegemaran isteriku yang ku baca untuk solat kami yang dua rakaat ini. Terasa tenang seluruh jiwa dapat menunaikan solat bersama-sama. Dan hakikatnya aku terganggu juga menantikan apa juga yang bakal dikhabarkan Alishah sebentar lagi.
Doaku pendek sedikit namun masih mengharapkan rumah tangga yang ku bina atas dasar pilihan keluarga dan akhirnya mencambahkan cinta ini akan terus kekal bahagia. Moga keluarga ini bertambah serinya dengan kehadiran anak-anak soleh dan solehah.
“Okey, abang dah tak sabar ni, sayang.” Tanganku yang dikucupnya ku daratkan ke pehanya. Dia senyum sedikit.
“Hmm…tak sabarkan apa?.”
“Sayang.” Ini pasti angin nakalnya datang lagi.
“Last night, you promised me that you will tell me something. After solat subuh. And now we’ve finished solat, mana dia ceritanya?.”
Sengaja ku masamkan muka dan akhirnya dia ketawa perlahan. Diletakkannya kedua tangannya di bahuku. Mesra. Matanya melurut jatuh menghala ke perutnya.
“Alhamdulillah sebab kita bertiga dah solat subuh berjemaah. Isha tak pasti dah berapa kali abang imamkan kami solat tapi subuh kali ni memang special.”
Bertiga? Kami? Apa sebenarnya yang dimaksudkan Alishah? Adakah dia…
“Am I going to be a father?.” Soalku mula teruja. Gembiranya hati bukan kepalang. Ya Allah………
“Eh, siapa cakap macam tu?.”
“Hah?.” Sedikit rasa kecewa menerpa jiwa.
“Tak apalah kalau Isha tak pregnant pun. Belum rezeki kita, sayang.”
Anehnya dia masih juga mengukir senyuman. Aik, dia tak sedihkah? Setahu aku, Alishah paling suka budak-budak. Selama ini pun dia selalu saja menderma ke rumah anak-anak yatim.
“Siapa cakap Isha tak pregnant?.”
“Aduh, dear. Janganlah mainkan abang macam ni. Cakaplah betul-betul. Kejap cakap tak, kejap cakap ya.”
Mungkin dia mula perasan akan kekeruhan di wajahku, akhirnya dia memintaku memeluknya. Saat yang sama, dia benar-benar membisikkan ke telinga bahawa sudah dua bulan aku bergelar papa.
Yahuuuuuuuuuuu…………….alhamdulillah. Dek terlalu gembira, seluruh wajahnya ku kucup berulang kali hingga akhirnya dia merengek kelemasan. Ah, aku memang happy!!!!

11 comments:

  1. sweetnyerr...
    alhamdulillah...impian mrk trcapai gak...

    ReplyDelete
  2. bestnye..
    alishah da pregnant..!
    wa..camne la klu die tau kewujudan sofea dlm hidup suami die..sure sedih je die..!
    nak lg..!

    -cheesecake-

    ReplyDelete
  3. sronoknya ISHA dgn ZIK...tp nnt mcm mn dgn ISHA bile die dpt tau ttg SOFEA???cian kat ISHA...dh la dia pregnant...

    ReplyDelete
  4. aduh.....
    isha dah pregnant...
    t ble zik bthu psal sofea msti kcian kt isya...
    jgn lah sofea bt apa2 kt umahtngga diaorg..huhu
    cpat smbng tau tyea..

    ReplyDelete
  5. yes2 alisyah pregnant
    tapi....
    mesti nnt de konflik la
    bile die tau die sdh dimadukn, ciannyer
    hopefully sofea xdtg malaysia, no way!

    ReplyDelete
  6. alisyah!!.. knapa la dia kna lalui smua tuw nnti..
    sofea tw klu dia xmsnahkn rmh tgga diowg, mybe family sfEa.. family sOfea kn "ganas"..

    ReplyDelete
  7. subhanallah
    walhamdulillah
    Allahu Akhbar!!
    besar sungguh dugaan hamba Allah ni...
    keep it up kak tyea..
    ~p.E.a.c.E~

    ReplyDelete
  8. kne tgu lg ke?
    huhuhuhu
    sian alisyah tp citer sofea x kuar lg ni.
    tragis arr kak tyea citer ni

    teruskan usaha kak tyea meng"upload" n3 baru. yeay!!

    -oewyn-

    ReplyDelete
  9. benci la sofea tu...
    zik bukannye cinta pown kat die..
    merengek rindu la...
    kesian alisyah,nnti husband die ckap mesti die terkejut besar...
    kankankan

    ReplyDelete

cakap aje..saya layan..

Popular Posts