Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah
Powered By Blogger

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Wednesday, July 29, 2009

sesuci kasih seorang isteri 22

Siti menyambut kemunculanku dengan pandangan ceria. Aku pula yang terasa pelik semacam. Ada lagikah berita gembira untuk aku seawal-awal pagi begini selain daripada mendengar Asha menyebut ‘ma’ di depanku tadi?
“Assalamualaikum, tuan.”
“Waalaikumsalam. Tolong buatkan saya satu surat untuk jemput board meeting next monday.”
“Ya, tuan.”
Aku terus memulas tombol pintu tetapi akhirnya berpaling semula kepada Siti apabila terperasan sesuatu.
“Kamu tak kunci ke pintu ni semalam?.” Setahu aku, tak pernah sekali pun Siti lupa untuk mengunci pintu bilik ini saban kali mahu keluar meninggalkan ruang pejabat. Apatah lagi semasa aku ke Kuantan dua hari lepas.
“Err…”
“Kenapa ni, Siti?.”
Siti menggaru kepalanya yang berbalut tudung. Ada sesiapa memecah masuk ke?
Tanpa sabar, aku meneruskan membuka pintu dan akhirnya mengeluh lega bila menyedari kelibat Radzin yang ada di dalam pejabat. Walaupun sesuatu terdetak di hati, namun aku masih terasa lega yang amat. Lebih baik daripada terpaksa menatap muka Sofea pula pagi-pagi begini.
“Hei, awalnya kau dah ada kat office aku ni? Ada apa-apa ke?.”
“Eh, apa-apa apa pula. orang nak jenguk dia.”
“Nak jenguk aku? Duduk office aku sebelum aku sampai, kata nak jenguk aku? Kau ni biar betul. Ke nak jenguk….”
Sengaja aku menaikkan kening. Melirik ke pintu. Siti dengan muka cerianya. Radzin dengan kunjungan tiba-tibanya. Semacam ada sesuatu antara mereka.
“Apa pula kau ni?.”
“Ek eleh…kalau dah berkenan tu, cakap aje lah. Mana tahu aku boleh arrangekan date korang. Half day untuk Siti mungkin. Whatever you want, buddy.”
Radzin buat muka selamba. Diletakkannya surat khabar ke atas meja dan terus meneliti telefon bimbit.
Menyedari yang gurauanku seakan tidak mengena masanya, akhirnya terlepas pula satu keluhan dari mulutku. Dan ini berjaya menarik pandangan Radzin kembali tepat kepadaku.
“What’s wrong?.” Soalnya pula agak prihatin. Telefon bimbit Black Shine disimpan di dalam saku kot.
“Tak ada apalah. Benda biasa.”
Radzin mengerutkan dahi. “Aku tak tahu benda biasa apa yang kau fikir sampai mengeluh macam tadi, Zik.”
Aku ketawa cuma. Mana mungkin berita ini aku sampaikan kepada orang lain? Sedangkan papa dan mama pun tak tahu, takkanlah aku nak buka mulut dengan Radzin? Kawan baik aku dari sekolah menengah ni?
“Kalau ada problem tu, cakaplah. Mana tahu aku boleh tolong. Kalau tak tolong settle, tolong dengar pun kira okeylah kan?.”
“Huh, kalau setakat tolong dengar, baik aku cakap dengan baby aku kat rumah tu aje.”
“Eleh, orang offer baik-baik…”
“Ish, thanks ajelah. Aku malaslah nak kongsi-kongsi problem ni. Macam perempuan. Nak mengadu sana-sini.” Selamba aku membalas sambil menghidupkan komputer. Nampaknya dah lebih dari menjenguk si Radzin ni.
“Macam perempuan?.”
“Iyelah. Kalau perempuan, asal ada problem aje mesti nak cari kawan. Nak mengadu. Cerita semua benda.”
“Alishah macam tu ke? Dia mengadu kat siapa?.” Soalnya pula.
“Opss…excluding my wife. Dia takkan cerita apa-apa pada sesiapa.” Belaku tegas.
Betullah. Alishah nak bercerita pada siapa? Nak bercerita tentang apa? Dia yang aku kenal bukan jenis perempuan yang suka menabur cerita. Sedangkan dengan aku sendiri pun dia tak pernah bercerita tentang sesiapa. Melainkan sedikit cerita mengenai arwah ayah dan umi.
“Untung betul kau dapat Alishah tu, Zik.” Radzin meraup muka. “Kau tau tak, aku sebenarnya jealous dengan nasib kau.”
“What?.” Pandanganku serta merta mengecil. Komputer aku tolak ke sisi.
“Iyelah. Kau dengan dia elok aje.”
Oh… “Alhamdulillah. We work hard to make it real okay.”
“Tak macam aku ni hah. Ada bini tak nak beranak. Sekarang dah cerai, anak pula tak suka tinggal dengan aku.”
“Hah? Ilyas tak nak tinggal dengan kau? Apahal?.” Sejak bila pula ya Radzin berdepan masalah anak ni?
Dia ketawa. Pandangannya dihalakan ke dinding. Bergerak ke kiri, ke kanan. Bola matanya menunjukkan dia sememangnya tidak tenang sekarang.
“Dia kata papa dia ni tak pandai masak. Tak pandai nak bacakan dia buku cerita. Tak teman dia melukis dan main remote control car.”
Kali ini, tanpa berfikir-fikir aku meletuskan tawa di luar sedar sehinggalah Radzin menunjukkan reaksi sakit hati dengan responku. Rasa lucu mengisi seluruh ruang dalam bilikku namun akhirnya aku cuba bertahan untuk mempamerkan wajah serius.
“Alah, come on lah. Budak-budak memanglah macam tu. Dia tahu dia aje. Mana nak fikir perasaan kita. Relax ajelah.”
“Cakap senanglah.” Radzin mengeluh tak puas hati.
“Memanglah senang. Aku buka mulut aje.”


Belum sempat aku keluar dari kereta, telefonku bergegar minta perhatian. Penat mencengkam diri tapi aku tetap mencapainya.
“Angah.” Argh…along!!
Dalam malas, aku mengucap salam. Pintu rumah yang terbuka lebih menarik perhatian. Alishah dan Asha. Melambai-lambai padaku dengan senyuman ceria.
“Aku nak ingatkan aje. Tolong buat apa yang kau kena buat.”
“Apa yang saya dapat selain daripada Alishah dan Asha?.”
“Eh, aku abang kau. Kalau bukan kau tolong aku, siapa lagi, ngah? Kita dua beradik aje dalam dunia ni.” Dia berkeras, aku semakin lemah. Lemah dengan semua ujian yang datang bertimpa-timpa ini.
Alishah di muka pintu bergerak keluar. Mungkin baru perasan yang aku sedang bercakap di telefon, dia akhirnya bermain-main dengan puteri kecil kami. Jari telunjuknya dihalakan ke arah pokok bunga orkid sambil bercakap sesuatu pada Asha.
“Angah, aku betul-betul harap ini kali terakhir aku kena tebalkan muka minta tolong dengan kau.” Suara kesal Along kedengaran. Aku mengeluh malas. Kita hanya mampu merancang sedangkan Allah s.w.t jualah yang menentukan semuanya.
“Sudahlah, long. Saya malas nak fikir pasal benda yang belum jadi ni.”
“Aku minta maaf.”
“Tak ada guna pun nak minta maaf. Hidup saya ni pun dah tak tentu arah sekarang. Semua benda dah kacau.” Putus asa? Ya, mungkin.
“Angah..”
Aku menarik nafas panjang sebelum membuka pintu kereta. Menarik kunci dan mencapai briefcase di tempat duduk belakang.
“Okeylah, long. Saya nak masuk rumah ni. Bagilah saya peluang rasa happy kejap dengan Alishah dan Asha.”
“Angah, aku..”
Tanpa salam, aku segera memutuskan talian dan mendapatkan kedua orang puteri penyeri hidupku. Tubuh Alishah ku peluk sebelum mengucup seluruh wajah Asha. Mengekeh dia ketawa.
“Happy nya anak papa.” Pipinya yang gebu ku kucup sekali. Lekas saja tangannya menggagau minta diambil.
“Mestilah happy kalau jumpa papa, kan sayang?.” Alishah pula mengucup pipi anak kami. Bertambah lebar senyuman Asha dengan mata yang tertutup-tutup.
“Jom masuk, both of you. Kita minum petang.”
“Hmm…how about having hi-tea over here? Kat beranda ni angin dia fresher. Anak papa setuju tak?.”
Bagai mengerti, Asha menganggukkan kepala. Rambut ikalnya terjuntai-juntai ke dahi. Semakin comel dia di mataku. Dengan matanya yang galak, bibir yang merah macam ceri, hidung yang kecil walaupun tidak mancung…dia bagai bidadari padaku.
Alishah tertawa kecil dengan telatah anaknya. Sebelum dia bergerak ke dapur, sempat lagi dia mendaratkan sebuah ciuman untuk aku dan Asha.
“Anak papa ni makin cantiklah. Tapi promise dengan papa, jangan kalahkan mama tau. Papa nak mama aje yang paling cantik. Anak papa kedua cantik.” Usikku pada Asha. Anak kecil kami ini tetap mengekeh ketawa. Entah mengerti entah tidak.

2 comments:

  1. sy bosan sbb zik n alisha asyik2 ad probs.. along die yg x betul tu xa beh nk ssahkn idup adik die.. dgn permintaan mak bapak sofia yg 2X xbtul tu... arap2 lepas ni n3 baru yg leh bongkar semua ni

    ReplyDelete
  2. Mudah2hah jadi isteri yang sholehah,Amien...

    Salam kenal dari blogger Indonesia

    ReplyDelete

cakap aje..saya layan..

Popular Posts