Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah
Powered By Blogger

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Friday, November 6, 2009

siapa yang salah? 16


Entah macam mana, aku kira sebab sungguh-sungguh aku nak mengelak keluar makan bersama en.tabib, akhirnya aku tertidur pula. sedar-sedar mak muncul meraba dahiku.
“Ya Allah..mak rupanya.” Aku mengusap dada. Mahunya aku tak terkejut. Buka aje mata, sudah ada orang siap meraba dahiku.
“Eh, tak panas pun…” komennya.
Aku menganggukkan kepala. Memanglah kepalaku tak panas sebab aku bukannya demam. Aku cuma menipu sakit perut kerana senggugut. Kalau-kalau mak dah percaya sangat dengan anak dia.
“Sakit apa ni, sayang? Mak rasa okey aje.”
“Sakit perut.” Ujarku dengan sengihan mengalahkan kerang busuk. Pandai betul aku menipu sekarang.
Mak mengerutkan dahi. Dia mengambil tempat di sisiku, di tabir katil. “Ermm…sakit senggugut ke?.”
“Ya, mak.”
“Habis tu, teh halianya dah minum? Aqasha cakap kat mak, dia dah hantarkan airnya tapi dia tak jadi masuk sebab tengok anak dara ni dah tidur pula.”
Aku melebarkan sengihan. Nampaknya kenalah aku membocorkan saja rahsia gila ni. Daripada aku menyambung dosa, alangkah baiknya aku terus-terang aje. Bajet sikitlah timbangan dosa aku.
“Aqasha dah balik klinik ke, mak?.”
“Dah lama. Masa mak sampai, dia dah sarung stoking dah.”
Oh… “Eh, dia dah makan ke?.” Ramah pula aku bertanya. Sebenarnya rasa bersalah juga kalau-kalau encik tabib mempuasakan diri gara-gara terpaksa makan seorang. Manalah tahu.
Mak ketawa dengan soalanku. Entah apa yang lucu pun aku tak perasan. Setahu aku, aku tak dilahirkan pun sebagai manusia yang ada sense of humor.
Pehaku ditepuk. “Entahlah, Sha. Mak rasa bahagia sangat hari ni. Bertambah besar harapan mak nak dapat cucu macam Datin Kurshiah kat sebelah nun.”
“Kenapa, mak?.”
“Mak harap, Sha boleh jadi menantu mak yang paling baik. Mak dah jatuh sayang kat Sha.”
Hah????
Apa pula yang dimaksudkannya ni? Aku ada ke ciri-ciri menantu pilihan orang kaya macam mak encik tabib ni? Aku yang keluarganya pecah-belah, tak ada asal-usul. Terbuang pula. ish, mengarut betullah…
Belum sempat aku menyoal lebih lanjut, mak bangun selepas menepuk-nepuk pehaku sekali lagi. Senyuman di bibirnya tu buat aku jadi tambah meremang bulu roma.
Adakah dia mengharapkan aku yang sebegini nasibnya jadi menantu dia..ish, tak logik betul..kot ya pun, carilah perempuan yang baik-baik sikit..
“Hah, Sha…jom pergi dapur. Temankan mak makan. Ada lauk kenduri datin kirimkan.” Mak tiba-tiba muncul semula.
“Ya, mak.”
“Mak rasa tadi makanan dia sedap-sedap. Alhamdulillah. Mesti sha pun suka.”
Aku setuju saja. Entah-entah lauk yang aku masakkan tadi masih ada atas meja. Malulah kalau mak nampak apa yang aku masak untuk anak bujang dia. Aku cepat-cepat bangun, mendahului mak ke dapur. Nasib baik kaki mak melencong ke ruang tamu.
“Eh?.”
Pinggan di atas meja sudah kosong. Sambal ikan masin yang aku masak licin dikerjakan encik tabib…wah, nampaknya dia betul-betul tak ada niat nak tinggalkan lebihan makanan untuk aku.
Tapi, betullah tu..kan ke tadi aku pergi mengaku senggugut? Mana ada orang yang betul-betul sakit ada hati nak makan sambal ikan masin segala?
“Kenapa tu, sha?.”
“Err..tak ada apalah, mak.”
Mak ikut sama menelek pinggan kosong yang aku tenung. Kemudiannya dia tersenyum-senyum sendiri..
“Sesuai nampaknya selera anak mak dengan air tangan Sha.” Pujinya tiba-tiba.
“Apa maksud mak?.”
Bahuku ditepuk-tepuk, mesra. Senyumannya melebar sendiri. “Mak happy kalau dua-dua anak mak ni happy.”
“Mak..”
“Betul, sha. Mak tumpang gembira tengok kamu. Tengok perubahan positif Aqasha, mak rasa bersyukur sangat dia dapat kenal dengan Sha. Nasib baik dia dah cepat bertindak bawa Sha ke rumah. Jumpa mak.”
“Mak.” Bahunya pula aku pegang erat. “Mak jangan salah faham. Kalau mak ingatkan ada apa-apa antara Sha dengan doktor, mak silap. Kami tak ada apa-apa langsung.”
“Tak payahlah berdalih, sha..orang bercinta memang begitu.”
Ya Allah..dah makin-makin jauh melalut orang tua ni..apa yang buat dia cakap kami ada something? Jangan cakap encik tabib pergi meluah bagai sudah..
“Sha tak menipu, mak.”
Aku mesti bersungguh. Supaya dia percaya dan nampak sendiri yang aku memang tak pernah ada apa-apa dengan encik tabib. Memanglah dulu aku pernah minat dengan mukanya yang handsome..pandai melayan budak-budak..tapi itu semua main-main aje…
Tambah-tambah pula sekarang ni aku dah nampak macam mana keadaan family dia, aku langsung tak nampak sedikit ruang laluan pun untuk aku masuk sekali jadi ahli.
“Sha, kalau sha tak percaya apa yang mak cakap ni, malam nanti sha dengar sendiri pengakuan Aqasha. Mak percaya dengan anak mak sebab dia tak pernah menipu.”
Aduh, betullah nampaknya sangkaan aku…
“Ish, dah lah tu…benda baik macam ni pun nak buat sha menangis..janganlah risau.”
Nak ketawa, tak nampak kat sisi mana kata-kata mak tu lucu, nak menangis, aku risau dikatakan mengada-ngada…
“Kita makan dulu ya. Mak tahu sha lapar kan.”
Kerusi aku tarik. Untuk mak dan untuk diri aku sendiri. Mak keluarkan bekas makanan dari rumah sebelah. Patutlah mak kata sedap…ada macam-macam makanan..
“Hah, yang gulai kari ni, favorite Aqasha..sha belajar-belajarlah masak kalau tak reti..insyaallah mak pun boleh tunjukkan sikit-sikit.”
“Pucuk paku ni pun dia suka juga.”
Aku sudah bagai nak terjatuh dari kerusi…beriya benar nampaknya dia..


~~~ pssttt...u all, jgn marah or kasiwa coz the n3 lambat..saya dah nak exam n now trying hard not to waste time..hikhikhik...insyaallah after my exam soon, akan ada n3..lau nasib baik, time study nanti pun saya akan mencuri-curi sambung...4 u all, tau...luv u all so much..wish me luck...

3 comments:

  1. good luck for ur xm...

    ReplyDelete
  2. he~
    ske2..
    mau lgi!!
    gee~

    kak, good luck exam:)

    ReplyDelete
  3. gOOd luck for ur exam..
    anti sambung lagi yer,
    mnanti kemnculan abg ni..

    ReplyDelete

cakap aje..saya layan..

Popular Posts