Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Thursday, November 12, 2009

siapa yang salah? 17

“Aqasha.”

Dia pantas menoleh. Nampak terkejut dengan teguran aku di senja-senja begini.

Yalah, tak pernah-pernah aku menunggu dia balik kerja dengan sesetia kali ini. Lepas aje solat asar dan siapkan minum petang, aku dah keluar ke ruang tamu. Tercongok macam patung. Dekat-dekat nak pukul enam pula. aku keluar ke anjung.

“Sha? Ada apa duduk depan sorang-sorang ni? Tunggu saya ke?.” Tanyanya sambil senyum-senyum. Bolehlah aku kira senyuman dia sebagai senyuman gembira.

“Kejap.”

“Nak cakap apa-apa ke?.”

Aku angguk. Perkara ni kena ditegah awal-awal demi mengelakkan mak daripada terus salah faham.

Kami bergerak ke kerusi yang tersedia. Dekat dengan kolam ikan yang penghuninya cumalah empat ekor ikan emas. Itu pun mak jaga juga dengan sungguh-sungguh. Katanya, kolam ni hadiah hari jadi yang ayah encik tabib berikan.

“Aqasha.”

Dia jungkitkan kening. Macam mana agaknya ayat yang paling sesuai untuk aku mulakan ya?

“Err…”

“Kenapa ni, Sha? Ada masalah ke?.” Tanyanya. Dia memang prihatin orangnya. Beruntunglah siapa yang akan jadi isterinya nanti. Yang pasti orangnya bukan aku.

“Err..actually..”

Encik tabib ketawa perlahan. “Lah, kalau tak ready, cakap lain kalilah. Tak payahlah paksa diri. Ni asyik err..aje dari tadi.”

Sempat pula dia mengejek. Siap dengan nada suara yang sama aku keluarkan tadi ditirunya. Pun begitu, aku cuma mampu tersengih.

“Err..”

“Hah, see..tu tak ready lagilah tu.”

Adoi..nak buat macam mana ni? “Aqasha, err…saya ada benda nak cakap ni.”

Walaupun still ada err..tapi kiranya lebih baik daripada tadi. Adalah juga panjang sedikit ayat yang terkeluar.

“Shamim, saya rasa awak masih takut atau segan kot dengan saya ni. Tak apalah, kalau macam tu, nanti awak tulis dalam kertas, bagi saya baca. Amacam?.”

“Nak tulis dalam kertas?.” Apa kesnya aku kena menulis pula? “Macam surat cinta budak-budak sekolah aje.”

“Macamlah dia tak pernah buat. Tak nak mengakulah tu..”

“Tak pernahlah. Sebab tu saya tak pandai.” Aku nak bercintan-cintun waktu sekolah, siaplah aku diceramah oleh arwah mak dan abang.

“Hurmm..iyalah sangat tu.”

Dengan lenggang kangkungnya, encik tabib berjalan masuk ke rumah. Aduh, melepaslah chance aku nak berbincang terus-terang dengan dia.

Nanti-nanti ni entah apa pula yang nak dibuat dek mak dia. Jangan sampai dipinangnya aku depan-depan, sudah. Mahunya aku melaung nanti.

Agrh..waktu macam ni lah aku rasa rindu pula dengan abang..erm, dah lama kami tak jumpa. Last kami jumpa sehari sebelum aku lari dari rumah mak ngah…ops, bukan lari, dihalau..dihalau dan aku keluar dengan rela hati. Samalah kot dengan lari.

Entah dia tahu ke tidak aku dah duduk kat rumah banglo encik tabib ni sekarang.

Kalaulah ada peluang, aku nak pergi menjenguk dia. Rindunya aku…

“Eh, apa senyum sorang ni?.” Tepukan di peha buat lamunanku melayang jauh.

“Err..”

“Hermm..senyum ingat kat siapa tu?.”

“Eh, tak ada siapalah.” Iyeke tak ada? Tapi aku boleh rasa muka ni naik panas sendiri. Mesti dah merah..malunya…

“Mak rasa mak tahu Sha senyum untuk siapa tu.”

“Hah?.”

Jarinya digoyang-goyang di depan mataku. “Sha, mak ni pun dulu pernah jadi muda juga. Mak tahulah.”

“Ya Allah..betullah, mak. Sha tiba-tiba aje rasa macam nak senyum.”

“Yalah..”

“Mak..betul!!!.”



~~psstt, loves...hehe..1 paper dah abes jadi aku pun mengadalah menyambung cite aku yg x seberapa ni..hope u will like it..2 be continue soon....

7 comments:

  1. Thanks... I like it. Semua cerita saya suka...tulis byk2 sikit. Hari2 pun tak apa :)

    ReplyDelete
  2. wah..wah..wah..hehe, insyaallah akan ditulis tiap hari kalau tiap hari ada masa dan idea..hehe, tq sudi baca..

    ReplyDelete
  3. salam tyea...
    bila nak sambung?? seronok lak ikut citer nih...

    ReplyDelete
  4. bila nk sambung cerite ni.
    dh lma t'tunggu2.
    post cpt2 ye.
    hehehe.....

    ReplyDelete
  5. np xde jmp sambungan nyer yer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf sangat-sangat. Cerita ni belum ada sambungan hingga kini. Insyaallah one fine day... Amiiiiiiiin. 😊

      Delete
    2. Maaf sangat-sangat. Cerita ni belum ada sambungan hingga kini. Insyaallah one fine day... Amiiiiiiiin. 😊

      Delete

cakap aje..saya layan..

Popular Posts