Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Monday, January 11, 2010

Mr & Mrs BFF 2

Dugaan untuk si rambut kering…


Awal-awal pagi lagi Amishah sudah ke dapur. Kalau dulu, asal lepas solat subuh dengan pastinya dia akan sambung tidur sampailah pukul tujuh. Lepas itu dia juga yang kelam-kabut nak pergi mengajar.
Dia capai kuali. Mungkin pagi macam ini sesuai kalau makan mee goreng dengan bingka ubi kayu. Khusyairi suka makan bingka ubi kayu. Dia kata sedap.
“Amboi, awalnya mak dara kita masuk dapur!.” Satu suara garau tiba-tiba muncul.
Amishah cekak pinggang bila mendapati Nikman yang berdiri di pintu dapur dengan sengih lebar macam kerang tak bergigi itu.
“Sibuk ajelah.”
“Abang bukannya kacau pun, kan? Abang tegur aje.” Nikman tarik kerusi di meja makan. “Kau nak masak apa ni?.”
“Tak ada nak masak apa-apa.” Merajuk. Amishah tarik muka masam bila Nikman sengaja menyambung sengihnya yang lain macam itu. Ini mesti tak lain tak bukan mesti nak mengusiklah ni.
Nikman menjangkau tudung saji. Diangkatnya. Di bawah tudung saji itu cuma ada baki lauk-pauk kenduri yang tak habis dimakan semalam. Selalunya Mak Biah yang akan masuk dapur menyiapkan sarapan. Hari ini entah kenapa, orang tua itu masih tak kelihatan.
“Takkan tak nak masak kot? Habis, cik abang kau tu nak makan apa?.”
“Pandailah dia nak cari makanan kalau dia lapar.” Tak adalah, dia kawan baik aku, mestilah aku masak something untuk dia.
Amishah melenggang ke kabinet yang menyimpan semua bahan-bahan kering untuk memasak. Baru nak berpusing, Nikman tiba-tiba menahan.
“Kejap..kejap..”
Dengan muka tak puas hati, dia akur juga. “Apa yang abang nak tengok ni? Tahan-tahan Shah macam ni?.”
“Tu..”
“Tu apa?.”
Rambut paras bahu Amishah dibelek Nikman. “Kenapa kering? Kau pakai hair dryer ke?.”
“Abang!.” Amishah sudah merah muka sedangkan Nikman ketawa sungguh-sungguh. Senduk kayu yang ada di atas rak dicapai lalu dipukulkan ke lengan abangnya.
“Adoi! Kau ni nak bunuh abang ke apa.”
“Padan muka. Mulut tak ada insurans, kan.”
“Alah, relaxlah kau ni. Itu pun nak marah ke?.” Sempat lagi dia menarik hujung rambut Amishah menyebabkannya terjerit kecil.
“Malaslah nak layan abang. Baik Shah masak.”
“Hurmm…baguslah tu. Kesian dekat cik abang kau yang comel loteh tu. Kalau kau nak, biar aku tolong kejutkan dia. Mana boleh isteri masak, suami tidur.” Nikman terus mengomel. Kerusi yang didudukinya tadi disorong ke belakang.




“Hah, hari ini apa kau berdua nak buat? Nak jalan-jalan ke KL ke?.”
Khusyairi berhenti menyuap mee goreng ke dalam mulut. Matanya singgah di muka Amishah yang duduk di sebelah. Kening dijungkit sama. Amishah cuma angkat bahu. Nak jalan ke mana? Sini bukan ada tempat yang best pun.
“Tak tahulah, abah. Ikut Shah ajelah nak ke mana. Saya ikut aje.” Alasan berlapik. Dalam hatinya mahu saja dia mengatakan yang dia perlu ke rumah ibu bapanya pula bersama Amishah memandangkan orang tuanya sedang bercuti. Senanglah mereka berdua nanti tak payah acting-acting macam di sini.
Haji Rusdi pandang anak dan menantunya serentak. “Amishah, takkan nak duduk rumah aje sepanjang hari? Ajaklah Ri pergi mana-mana.”
“Alah, bah. Dia pun orang sini, dah bosan dengan pekan kita ni. Nak ajak ke mana lagi?.”
“Ajaklah dia pergi pasar.” Aju Amri tiba-tiba. Mak Biah menjeling tidak suka dengan gurauan tak bertempat anaknya.
“Takkan tak terfikir nak ke mana-mana? Pergilah bercuti berdua. Apa orang sebut, honeymoon?.”
“Betullah honeymoon tu, abah tapi Ri dah nak balik bertugas lusa. Mana boleh pergi bercuti lagi. Tak sempat.”
Seboleh-bolehnya memang dia tak mahu pergi honeymoon dengan Khusyairi. Ish, nanti digodanya aku dekat sana, mampuslah aku dibuatnya. Tak mahulah aku. Lainlah kalau suruh kami pergi mandi dekat air terjun berdua. Aku lagi suka.
“Tak apalah. Pergilah dua hari. Hari ini dengan esok. Petang esok balik ke sini semula kemudian bolehlah Ri balik KK.” Cadang Haji Rusdi lagi. Dia rasa berterima kasih sebab Amishah dan Khusyairi sudi tunaikan hajatnya. “Abah belanja.”
“Wah, untungnya korang sampai kena offer!.” Nikman menyiku lengan adik iparnya. “Kau pun tau kan abah jarang nak belanja-belanja orang pergi holiday ni.”
“Eh, bila masa pula abah kedekut?.”
Nikman sengih. “Yalah. Abah tu kalau nak diajak pergi pantai pun tak mahu. Tak nak membazir duitlah, itulah, inilah.”
“Abah bukan kedekut tapi kalau kau ajak abah pergi pantai tengok kau buat dosa dengan tunang kau, buat apa? Bazir masa, dapat dosa.” Haji Rusdi membebel menjeling Nikman di hujung meja.
Ada ke patut mengajak orang ke pantai. Kalau aku yang disuruh berehat di pantai tu nanti, bolehlah. Ini aku pula yang nak kena menjaga mata dan hati tengok budak-budak mandi pantai lelaki perempuan.
Mak Biah bangun. “Ri dengan Mishah pergilah bercuti. Semalam pun okey. Sekurang-kurangnya tak adalah melepas peluang jadi pengantin baru.”
“Nak ke mana, mak?.” Amishah sudah angkat kepala. Dia menjangka, lebih baiklah duduk di rumah saja daripada pergi bercuti. Malas nak melayan Khusyairi yang semacam perangainya bila dengan perempuan.
“Pergi Cameron kan elok.”
“Cameron, mak?.” Amishah terus berhenti makan. Oh no, tempat tu sejuk…bahaya.. “Err..tak apalah, mak, abah. Cuti kami pun bukannya panjang. Dah nak buka sekolah ni. Kalau nak bercuti kan kena lama-lama sikit.”
“Betul tu, abah, mak. Nanti-nantilah kot kami pergi honeymoon.” Khusyairi takut sama. Aku ni lelaki, Shah tu perempuan. Cameron tu sejuk. Takut nanti jadi apa-apa pula. selama ni mana pernah kami duduk berdua di hotel. Kalau ada pun kitorang pergi camping, duduk khemah lain-lain, dengan kawan-kawan.
“Eh, apa pula nantinya. Pergi sekaranglah. Lepas makan ni pergi siap. Biar abah suruh Nik book kan hotel untuk kamu. Pergi Cameron sana. Esok petang, abah sendiri pergi jemput kalau malas nak drive.”
Amishah masam muka. “Abah, kitorang tak naklah.”
“Muktamad! Tak ada bantahan!.”
“Ri!.” Bahu Khusyairi pula ditampar. Dia memandang Khusyairi dengan isyarat pujuklah-your-father-in-law tu.
Khusyairi membalas macam-mana-aku-nak-buat?
“Hah, cepatlah makan tu! Jangan nak bantah-bantah. Abah buat ni untuk kebaikan korang juga. Abah hormatkan korang sebagai pengantin baru yang perlu ruang berdua-duaan.”
Sudu di tangan jatuh ke meja. Pinggan ditolak ke tengah. Amishah dan Khusyairi : dua-duanya sudah hilang selera.



Denda? Sorry lah ye….

Perjalanan dari Kuala Lipis ke Cameron bukannya dekat sengat. Amishah dah tersengguk-sengguk tidur di sebelah Khusyairi. Dibiarkannya lelaki itu memandu sendiri bertemankan radio Hits.Fm yang celotehnya cuma cakap orang putih.
Dia bukan tak minat. Dia layan juga lagu-lagu mat saleh yang best untuk didengar tu cuma moodnya sekarang nakkan lagu-lagu melayu yang jiwang. Tapi dah Khusyairi yang pilih channel dulu, nak buat macam mana.
Khusyairi pula tersengguk-sengguk melayan lagu yang macam-macam. Mula dengan lagu Greenday, David Archuleta, Mariah Carey, Rihanna dan seterusnya. Hits.fm memang layak untuk dilayan baginya.
Di sebelah, Amishah terlentok. Mengantuk sangatlah tu, atau bosan dengan celoteh dj radio. Dia tahu Shah memang kurang layan radio orang putih.
Pukul tiga petang, akhirnya keretanya sampai juga ke Cameron Highland. Tempat sejuk untuk orang tempatan yang tak kesampaian nak merasa kesejukan salji di luar negara. Macam aku dan Shah…Khusyairi senyum sendiri.
Amishah di sebelah dikuis. Pesan Haji Rusdi tadi, call sebaik saja sampai. Nama hotel akan diberitahu kemudian.
Amishah buka mata. Terpisat-pisat memandang Khusyairi yang sudah mematikan enjin. “Apa? Nak tukar driver?.”
“Hah, driver apa pula kau cakap ni, shah? Kita dah sampailah.”
“Hah? Dah sampai?.” Bagai tak percaya, dia meluruskan badan. Tengok sekeliling dan mula mengesan nama hotel yang terpampang di depan mata. Equatorial Hotel. Betullah dah sampai…
“Kalau tidur memanjang, memanglah tak perasan. Sampai hati kau ye biar aku driving sorang-sorang.” Khusyairi pura-pura merajuk.
“Alah, bukan aku sengaja pun, Ri. Aku ngantuk sangat.”
Mereka berpandangan. Amishah sengaja tunjukkan mata kuyu minta simpati. Khusyairi dah tersengih nakal. Inilah peluang nak kenakan budak sorang ni.
“Sebab kau dah buat salah, aku kenalah denda kau.” Sengih lagi. Amishah kerut kening isyarat bertanya. Jangan yang tak kena-kena sudahlah. Lelaki seorang ni bukannya boleh harap sangat. Nanti dimintanya pula yang bukan-bukan.
Khusyairi menarik zip baju panasnya ke atas, meregangkan tubuh sebelum keluar. Amishah ikut keluar sama.
“Denda apa ni, Ri? Kau buat aku suspenlah.” Soalnya menepuk bahu Khusyairi. Bahu lelaki ini memang best spot nya untuk dipukul. Entah kenapa. Sedap rasanya dapat tengok dahi dia berkerut lepas kena pukul.
“Sinilah dekat sikit.”
Amishah menurut juga. Dari belakang, sekarang dia berdiri di sebelah Khusyairi. Ada-ada ajelah…
“Kau nak tau apa denda yang aku nak kenakan pada kau, shah?.”
“Hish, cakap ajelah. Kau ni, nanti-nanti aku tak layan denda kau tu, rugi juga kau. Baik kau cakap sekarang.”
“Okey.”
“Apalagi? Cakaplah, Ri.” Matanya tajam menikam ke wajah si lelaki. “Nanti sekejap lagi aku nak check-in hotel. Nak sambung tidur.”
“Dendanya ialah kau kena bagi satu kiss dekat pipi aku yang bersih ni.”
“Kiss?.” Amishah gelak tiba-tiba. Tak pernah-pernah ada orang yang mendenda, dendanya bagi kiss selama ini. Gila ke apa? “Kot ya pun kemaruk sangat nak kena kiss, janganlah buat loyar buruk pula, Ri. Dendalah benda lain. Ada ke minta kiss pula.”
“Aku serius apa. Kita kan dah nikah jadi aku nak lah merasa macam mana wife aku bagi kiss. Dekat pipi aje pun kedekut ke?.”
Muka masamnya kelihatan. Amishah menahan gelak dalam hati. Nak merajuk pula cik abang seorang ni ya..
“Aku bukannya nak kedekut tapi kita kan kahwin sekejap aje. Lepas ni kau kahwinlah lain, hah nak minta kiss ke, apa ke, insyaallah semuanya dapat. Tapi dengan aku, tak dapatlah. Seganlah dengan kau.”
“Segan?.” Matanya tajam merenung Amishah yang menggaru-garu dagu. Amishah ni memanglah. “Biar betul kau segan dengan aku. Selama ni okey aje pun. Share minuman, makanan, pinjam baju. Kau tak segan pun.”
“Janganlah samakan semua tu dengan a kiss. Kissing ni private and romantic stuff tau.”
“Hmm..yelah. Kalau dah orang tak sudi, nak ku apakan lagi.”
Langkah dipusing ke belakang. Dengan kunci yang ada di tangan, dia membuka but kereta. Ada dua beg di dalam tapi cuma sebuah yang dia ambil. Beg lagi satu, biar tuannya sendiri yang angkat.
Baru nak menutup semula but, bahunya tiba-tiba disentuh. Dia berpaling dan cuma mampu merasa ada sepasang bibir comel melekap di pipinya. Hangat. Shah!!!!!

3 comments:

cakap aje..saya layan..

Popular Posts